UMAR X NAURA [ BAB 9 ]

2.5K 164 2
                                    



Naura masih membeku di tempatnya.Masih tengah memproses apa yang sedang berlaku sekarang ni.Dia tanak bagi lelaki itu harapan kerana dia sudah mempunyai pemilik hati.Siapa lagi kalau bukan Umar.Rasa bersalah jugak dia nak tolak lelaki tu mentah-mentah.

"Maaf,tapi saya perlukan masa untuk fikir." Lantas sahaja Naura bangun dari tempat duduknya lalu beredar dari situ.Dia tak sanggup ingin menolak lelaki itu.

Ridhwan menghela nafas berat.Aduhh Ridhwan, mesti lepas ni kau dengan dia akan jadi awkward.Dah tak macam dulu lagi.Kau ni kenapa confess awal sangat ? Naura pun mesti akan rasa tak selesa dengan dia lepas ni.Haihh nasib kau lah Ridhwan.

Haihh nasib kau lah Ridhwan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum." Naura memberi salam apabila masuk ke dalam rumah sebelum dia terdengar satu suara yang memanggilnya.

"Naura." Naura terus menoleh ke arah pemilik suara itu yang merupakan Encik Megat yang tengah khusyuk membaca surat khabar di ruang tamu.

"Sini kejap,ayah nak cakap sikit." Naura hanya menurut dan berjalan mengambil tempat duduk di depan ayahnya.

"Ayah nak cakap apa lagi ? Kalau ayah nak suruh Naura untuk kerja dekat syarikat bawahan ayah tu memang sampai bila-bila Naura tak akan buat.Naura akan tetap dengan kerjaya Naura sebagai seorang doktor." Dingin sahaja suara Naura ketika ini.Dia sudah penat melayan perangai ayahnya yang satu ini.Cukuplah dia dah bertahan dengan ayahnya sejak kecil lagi.Namun sekarang dia dah besar.Dia ada hak untuk nak tentukan arah tujuan hidupnya sendiri.Hidupnya tak perlu dikongkong.Dia bukan lagi budak kecik yang perlu diarah-arah.

Encik Megat hanya mengeluh kecil.Ya dia sudah sedar selama ini dia hanya mengongkong hidup Naura tanpa fikirkan perasaan dan juga mental anaknya itu.Dia juga tidak pernah menunjukkan kasih sayangnya terhadap Naura sejak dia kecil lagi.Yang dia tau hanya memberi tekanan kepada Naura.Dia tahu dia gagal.Dia gagal dalam mendidik anaknya.Dia gagal  menjadi seorang ayah yang terbaik.

"Ayah nak mintak maaf dekat Naura.Ayah sedar selama ni ayah asyik mengongkong hidup Naura je.Ayah tak pernah peduli tentang perasaan anak ayah yang sorang ni.Maafkan ayah ya Naura.Ayah menyesal sangat.Ayah hanya ada Naura sorang je dalam dunia ni. Cukuplah mama Naura dah tinggalkan ayah dulu." Menetes air mata Encik Megat.Sungguh dia menyesal.Anaknya terseksa bertahun-tahun disebabkan oleh egonya sendiri.

Air mata Naura juga sudah bertakung mendengar kata-kata ayahnya itu.Seteruk mana pon ayahnya, dia masih sayangkan Encik Megat.Dia masih menganggap Encik Megat sebagai seorang ayah.Pantas dia bangun dari duduknya dan terus memeluk tubuh lelaki tua itu.Encik Megat membalas pelukan anaknya dengan erat.

"Naura selalu maafkan ayah.Seteruk mana pun ayah layan Naura,ayah tetap ayah kandung Naura.Maafkan Naura kalau Naura masih belum jadi anak yang terbaik untuk ayah.Naura janji Naura akan cuba banggakan ayah." Sebak hati Naura ketika ini.Akhirnya ayahnya sudah sedar tentang kesilapannya.Kini Naura tidak lagi merasa terbeban dengan tekanan-tekanan yang diberikan oleh Encik Megat.Dia tersenyum bahagia sambil air mata yang tidak berhenti mengalir dengan deras.

Cik Su,pembantu rumah Dato' Faizal dan Datin Syakira menatang sedulang air untuk dihidangkan kepada satu keluarga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cik Su,pembantu rumah Dato' Faizal dan Datin Syakira menatang sedulang air untuk dihidangkan kepada satu keluarga.Naura juga berada di situ disebabkan Datin Syakira yang ingin bertemu dengannya beberapa tempoh hari yang lepas.

Muka Naura sudah seperti tomato kerana Umar duduk berhadapan dengannya.Kadangkala mata mereka sempat bertaut beberapa kali.Aaaa apa niii malu lahhh sayaa.

"Kenapa datin nak jumpa saya ?" Naura tersenyum kekok apabila dia mula bersuara.Semua mata memandang ke arahnya.

"Aip Naura ni, kan haritu mama dah suruh panggil 'mama' je." Datin Syakira hanya menjeling manja ke arah Naura.Naura pula hanya tersenyum malu.

"Naura dah sedia ke nak jadi menantu mama?"

Pertanyaan yang baru dilontarkan oleh Datin Syakira itu membuatkan Umar yang sedang menghirup air sudah tersedak.Dia mengurut-urut dadanya sebelum matanya memandang ke arah Naura yang sudah terbuntang luas biji matanya.Cepatnya mama dia ni buat kerja.

"H-ha a-apa dia ?" Tergagap-gagap suara Naura.Ya lah member dah terkejut monkey dah tu.Dia memang sukakan Umar tapi belum terfikir untuk nak jadi isteri dia yang sah.Tapi dalam hati,dia juga ingin mengahwini lelaki di depannya itu.

"Naura nak tak jadi menantu mama ? Kawin dengan Umar bulan depan.Semua mama dah settlekan cuma nak tunggu persetujuan dari tuan badan sendiri je dan juga family Naura." Datin Syakira hanya tersenyum memandang Naura.Betapa dia mengharapkan gadis itu untuk bersetuju berkahwin dengan anak terunanya.

Membulat mata Umar apabila mendengar kata-kata Datin Syakira.Mamanya dah settlekan semua ? Kenapa dia tak pernah tau pun benda ni ? And yang membuatkan dia lebih terkejut,dia akan berkahwin dengan Naura pada bulan hadapan.Lajunya ?!Memang sah nampak jelas ketulusan Datin Syakira untuk menjadikan Naura sebagai menantunya.Sampai macam tu sekali mama dia ni excited.

"Mama." Umar berbisik kepada mamanya dengan mata yang masih membulat. "Shh kamu diam je." Datin Syakira hanya membalas sambil matanya yang masih merenung Naura.

"Terima lah Naura.Papa pun dah tak sabar nak ada menantu ni.Mana tau lagi cepat kawin,lagi cepat ada cucu." Dato' Faizal menyetujui isterinya untuk menjadikan Naura sebagai menantu.Siap terikut-ikut lagi Datin Syakira panggil mama papa.

Umairah yang berada di sebelah Naura sudah menyiku lembut lengan kawannya itu sebelum berbisik perlahan. "Weh terima lah.Aku tak sabar ni nak kau jadi kakak ipar aku a.k.a bestie aku.Lagipun kau memang betul-betul sukakan abang Umar kan ?" Naura hanya berfikir sejenak.

Naura yakin dengan jawapan yang akan diberikannya nanti kerana sebelum ini dia telah melakukan solat istikharah.Dia memang merasakan yang ini adalah jawapan yang tepat dan Umar memang benar-benar jodohnya yang sudah tertulis untuk dirinya.

Naura berdehem sebelum menjawab.

"Naura setuju.Tapi kena mintak persetujuan dari ayah Naura dulu." Malu-malu kucing dia menjawab.

"Alhamdulillah." Ucap semua secara serentak.

Sempat Umar dan Naura memandang antara satu sama lain sambil tersenyum sebelum mereka berdua menunduk malu.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now