UMAR X NAURA [ BAB 17 ]

2.6K 137 14
                                    



Minggu ke minggu sudah pun berlalu.Umairah dah Ridhwan juga sudah sah bergelar sebagai suami isteri pada beberapa hari yang lepas.Kini,Naura sudah ikhlas menerima pemergian Encik Megat walaupun kesedihan masih tersisa di lubuk hatinya.
Dia dan Umar sudah berpindah ke rumah baru mereka.Tidak dapat dinafikan,keindahan di dalam rumah tersebut dan juga perabot-perabot yang sudah dihiasi amatlah menarik perhatian Naura.Bersih dan rapi.Pandai jugak si Umar ni mereka bentuk rumahnya.

Naura yang baru sahaja menuruni tangga menghentikan langkahnya. Matanya tertumpu pada Umar yang sedang berada di ruang tamu. Lantas sahaja kakinya yang langsing itu melangkah menuju ke arah Umar yang sedang khusyuk menonton televisyen.Belakang tubuh Umar menghadap ke arahnya.Naura berfikir sejenak sebelum dia mengukirkan senyuman nakal.

"BHAA !!" Naura sengaja ingin mengejutkan Umar namun reaksi Umar membuatkan mukanya bertukar riak.Ish orang nak buat dia terkejut ni.Cubalah melatah sikit.Mak kau hijau ke.Ayam berak tak basuh ke. Tak sporting betul.

"Tak terkejut lah sayang." Bersahaja saja suara Umar ketika ini sambil matanya masih tertumpu ke arah televisyen.Naura mencebik.Punggung dilabuhkan di sebelah suami sebelum kepala dilentokkan di bahu Umar.Haritu Umar yang manja kan ? Sekarang bagi bini dia pulak yang merasa nak manja-manja ni.

"Abanggg~~~~." Hmm memang sebijik macam Umar buat haritu.Ha hambik ko.Balasan dari binimu yang syantik ini.Ingat orang tak tergoda ke ha time dia buat macam tu haritu.

Kepala Umar toleh memandang si isteri sambil mengangkat sebelah keningnya yang tebal itu.

"Abang tanak pegi honeymoon ke ?" Naura menunduk bermain dengan cincin kahwinnya sebelum kepala didongakkan memandang reaksi si suami.Umar memandang ke arah televisyen semula. "Sayang nak pegi honeymoon kat mana,hm ?"

"Mana-mana pun takpa,Naura tak kisah.Dalam negara pun boleh." Umar diam berfikir sebelum dia menjawab. "Ermmmm kalau kita pegi Sabah nak ?" Mendengarkan itu,kepala Naura terus bangun dari melentok di bahu Umar dengan riak wajahnya yang teruja.

"Wah Sabah !! Nak nakk !! Jom lah abang,Naura tak sabar nak pegi ni." Tubuh Umar digoyang-goyangkan.Umar tersenyum melihat kerenah si Naura yang seperti kanak-kanak riang.

"Okay-okay nanti abang tempah tiket penerbangan yaa ? Next week jugak kita pergi." Membulat mata Naura apabila mendapat kenyataan dari Umar.Dia menari kecil.Senyuman di bibir Umar tidak lekang apabila memandang si isteri.Haihhh comel je.Geget kang baru tau.

Umairah baru sahaja keluar dari bilik air tanpa melihat keadaan sekeliling dengan tuala yang masih terlilit kemas di paras dadanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Umairah baru sahaja keluar dari bilik air tanpa melihat keadaan sekeliling dengan tuala yang masih terlilit kemas di paras dadanya.Kaki panjangnya yang seperti model itu menuju ke arah almari yang tersimpan bajunya dan juga Ridhwan.Salah dia jugak sebab tadi sebelum dia masuk ke bilik air dia terlupa untuk membawa baju gantiannya sekali.Nasib Ridhwan ada kat luar.Kalau tak habis malu dia nanti dengan berpakaian begini.Tangan diraba-raba bagi mencari baju di dalam almari.

"My love tengah cari ni ke ?"

Satu suara maskulin menyapa gegendang telinganya.Tindakannya yang sedang mencari baju di dalam almari terhenti.Haa mampos kauuu Umairah.Tu suara Ridhwan tu.Sejak bila pulak dia masuk bilik niii ??! Macam mana aku boleh tak perasan ??!

Badan dipusingkan perlahan-lahan menghadap jejaka itu sebelum dia mengukirkan senyuman kekok.Kelihatan Ridhwan yang sedang berada di birai katil dengan 'pakaian wanita' nya yang berada di tangan Ridhwan membuatkan mata Umairah membulat.Benda apa 'pakaian wanita' tu ? Ha pandai-pandailah kome pikir.

Lantas kaki Umairah berlari menuju ke arah suaminya dan cuba untuk merampas 'benda itu' dari tangan Ridhwan.Namun sayangnya,disebabkan ketinggian Umairah yang pendek,dia tidak dapat menggapai 'benda itu' dari suaminya.Malah Ridhwan juga mengangkat tinggi tangannya itu.Tau lah dia ni pendek.

"Eeiiii bagi lahhh balikkk ! Saya nak pakai ni." Umairah menyerah kalah.Tak larat dah nak terginjat-ginjat kaki.Laki dia ni pon agak-agaklah nak main ngan benda yang macam ni.Habis merah muka dia dibuatnya.

"Aippp my love.Tak baik meninggi suara dekat suami." Riak Ridhwan mula dingin.Kalau bab-bab macam ni dia tak boleh ambik hal mudah.Tak pasal-pasal Umairah jadi isteri yang derhaka nanti.

Umairah mencebik dan kepala menunduk.Ridhwan mengangkat lembut dagu Umairah bagi memandang wajahnya.Anak mata hazel milik Ridhwan bertemu dengan anak mata hitam milik Umairah sebelum satu kucupan lembut dihadiahkan di bibir si isteri.Umairah tergamam dengan tindakan Ridhwan.Badan Umairah dihempapkan di atas katil sebelum tubuh Ridhwan menindihnya.

"Jom." Pelawa Ridhwan sambil mengukirkan senyuman sinis.Umairah sekadar mengangguk perlahan.

Now you know what's gonna happen...

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now