UMAR X NAURA [ BAB 28 ]

1.8K 120 1
                                    

Belakang tubuh Naura hanya dilihat dari jauh. Datin Syakira terus menapak keluar dan berjalan menuju ke arah menantunya yang sedang duduk bersimpuh di gazebo yang terletak di halaman rumah mereka.

Akhir-akhir ini, Naura kelihatan seperti suka duduk menyendiri di gazebo tersebut. Muram sahaja wajah wanita itu padahal pada Datin Syakira, menantunya itu adalah seorang yang sangat ceria. Tapi sekarang, boleh dikatakan keceriaan dan senyuman di bibir wanita itu seperti dibuat-buat. Naura lebih banyak termenung.

"Jauh termenungnya, Naura. Dah sampai mana ?" Datin Syakira sekadar mengusik seraya punggung dilabuhkan di sebelah wanita itu.

"Eh mama." Naura yang menyedari kehadiran Datin Syakira, terus menukar posisinya untuk duduk bersila.

"....nampak sangat ke yang Naura tengah termenung ?" Dia tersenyum malu. Diri dia sendiri pun tak perasan yang dia sedang jauh termenung.

Datin Syakira mengangguk.

"Naura fikir apa, sayang ? Bukan harini je mama nampak tapi dah dua tiga hari jugak tu. Ke Naura ada bergaduh dengan Umar ? Kalau betul Naura ada masalah, boleh mama tau ?" Bahu Naura diusap lembut. Dia bukan apa, cuma risaukan Naura dan kandungannya yang sekarang. Kalau nak kata Naura bergaduh dengan Umar, puteranya tu tenang je tadi. Siap boleh bergelak tawa lagi dengan suaminya.

Namun, Naura masih tidak membuka mulut. Kepala hanya menunduk bermain dengan jari-jemarinya.

"Kalau Naura taknak bagitau mama, tak apa. Mama tak paksa. Cuma kalau Naura nak cari tempat untuk meluah, mama sentiasa ada dengan Naura. Ya, sayang ?" Kali ini, Naura mengangkat kepalanya memandang wajah Datin Syakira. Jelas terpampang kerisauan pada wajah wanita yang sudah berumur itu.

Kepalanya digeleng sekali.

"Takdalah,ma. Naura tak gaduh dengan Umar. Cuma otak Naura ni tak boleh berhenti memikirkan sesuatu. Hati ni pulak rasa macam tak sedap hati." Datin Syakira mengerutkan dahi. Dah kenapa pulak Naura jadi tak sedap hati ?

"Tak sedap hati pasal apa ? Umar ?" Datin Syakira hanya meneka. Mana tahu menantunya ini juga mempunyai firasat yang sama seperti dia.

Naura mengangguk.

Jadi, memang tepat lah tekaan dia. Naura fikirkan tentang Umar. Patut lah sebelum-sebelum ni Naura asyik termenung. Mesti ada sesuatu yang terjadi antara Naura dan Umar tapi anak lelakinya itu sendiri yang tidak membuka mulut.

"Kenapa Naura rasa macam tu ?"

"Naura pun taktau lah, ma. Naura rasa macam Umar ada sembunyikan sesuatu dari Naura. Hati Naura kuat mengatakan macam tu walaupun dah berkali jugak Naura cuba menepis perasaan yang tak sedap hati ni. Naura ada cakap dekat Umar, kalau dia ada masalah, dia boleh cerita dekat Naura. Tapi, Umar asyik cakap yang dia okay je." Resah juga hati Naura ketika ini. Macam mana lah dia tak berfikiran negatif kalau suami sendiri nampak macam tengah menutup kesedihan di sebalik senyuman.

Naura perasan semua tu cuma dia hanya buat-buat tak tahu. Kalau tanya melebih, takut pulak Umar rasa rimas dengan dia nanti. Tak pasal-pasal nanti kena dapat sound free je dari Umar.

"Takda apalah tu. Kalau Umar dah kata dia okay, maksudnya dia okay lah tu. Kalau dia ada masalah, mesti lah dia bagitau Naura, ya tak ? Buat apa dia nak simpan untuk diri dia sendiri sedangkan dia dah ada isteri dekat sisi dia. Yang selalu ada dengan dia. Mama rasa tu perasaan Naura je tu. Biasalah, orang mengandung ni suka fikir benda yang bukan-bukan." Datin Syakira cuba menyedapkan hati menantu. Dan lebih tepatnya ingin menyedapkan hati sendiri juga sebenarnya. Hati dia juga sentiasa rasa tak tenang. Macam ada sesuatu benda buruk yang akan berlaku. Tapi, segalanya dia serahkan kepada Allah. Allah lebih mengetahui. Berharap semoga perkara buruk tidak menimpanya sekeluarga.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now