UMAR X NAURA [ BAB 12 ]

2.8K 155 19
                                    



Naura memandang pantulannya di cermin sambil membetulkan tudungnya yang kelihatan senget.Dia juga berpusing ke kiri dan juga ke kanan bagi menganalisis rekaan baju yang dipakainya sebelum dia tersenyum lebar.Cantik.Walaupun tampak simple tetapi sudah terlihat cantik di mata Naura.Pandai Datin Syakira memilih design bajunya itu.

TOK

TOK

"Masuk." Pintu bilik dibuka perlahan dari luar. Naura tersenyum apabila melihat Datin Syakira melalui pantulan cermin.

Datin Syakira berjalan menghampiri gadis yang tidak lama lagi akan menjadi menantunya. "MashaAllah cantik sungguh bakal menantu mama harini." Datin Syakira menayangkan senyuman lebar sambil tangan naik mengusap lembut bahu Naura.Dia bahagia.

"Thank you mama.Naura tak sabar sangat nak jadi menantu mama,nak mulakan hidup baru dengan Umar dan belajar untuk jadi isteri yang baik untuk Umar." Selesai sahaja ayatnya,Naura terus menghadap Datin Syakira dan menggengam erat tangan wanita tua itu sebelum menyambung. "Naura janji dengan mama yang Naura akan cuba jadi menantu yang terbaik untuk mama dan juga isteri yang terbaik untuk Umar.Naura akan jaga Umar macam mana mama jaga dia dari dia kecik sampailah dia jadi suami Naura." Naura cuba mengukirkan senyuman untuk Datin Syakira.Hatinya tiba-tiba menjadi sebak.Air matanya juga mula bertakung tetapi dia cuba sedaya upaya untuk menahan air matanya daripada jatuh.Luntur make-up nya nanti.

"Thank you sangat-sangat Naura sebab Naura terima untuk menjadi menantu mama." Air mata Datin Syakira mula menurun sebelum dia memeluk tubuh gadis di hadapannya itu.

"Okay jom lah.Majlis dah nak start ni.Japgi kita terlebih berdrama kat sini,kang tak sempat kamu kawin nanti." Datin Syakira bersuara sebelum dia tergelak kecil.

"Eh Umairah mana mama ?" Naura menyoal tatkala tidak melihat bayangan kawan baiknya itu.

"Ouh dia dah ada kat luar dah tengah prepare apa yang patut." Jawapan Datin Syakira hanya mendapat anggukan dari Naura.Setelah itu,mereka terus melangkah kaki keluar daripada bilik itu.

Setelah itu,mereka terus melangkah kaki keluar daripada bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Umar Al-Fateh bin Faizal Hisyam." Encik Megat mula menyebut nama jejaka yang di hadapannya itu.

"Y-ya saya." Bergetar suara Umar ketika ini.Ya Allah dadanya hampir sesak.Jantungnya juga tidak berhenti berdegup dengan kencang.Tidak lama lagi dia akan menjadi seorang suami kepada wanita pilihan hatinya. 'Sabar Umar sabar',getus hati kecilnya.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Naura Medina Ayesha binti Megat Arsyad dengan mas kahwinnya RM100,000 tunai."

"Aku terima nikahnya Naura Medina Ayesha binti Megat Arsyad dengan mas kahwinnya RM100,000 tunai."

"Sah ?"

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah." Dengan sekali lafaz,Umar dan Naura sudah sah bergelar suami isteri.Umar tersenyum gembira sambil menadah tangan untuk berdoa.

Naura yang berada di belakang Umar sudah meneteskan air mata kegembiraan.Dia sudah bergelar isteri kepada Umar.Lelaki yang begitu dia cintai.Datin Syakira memeluk sisi tubuh gadis itu,cuba untuk menenangkannya.

Setelah Umar selesai mendirikan solat sunat dua rakaat,kini tibanya masa untuk sesi membatalkan air sembahyang. Umar berjalan ke arah Naura dan mengambil tempat di sebelahnya sebelum menyarungkan cincin.

Naura dan Umar saling berpandangan sambil tersenyum bahagia.

"Assalammualaikum cinta hati abang." Umar mendekatkan bibirnya di telinga Naura dan berbisik lembut.Tindakannya itu membuatkan Naura tersengih sampai ke telinga.Apa benda lah Encik suami dia ni ? Tak malu ke buat macam tu depan orang ramai.Masalahnya dia yang blushing teruk .Rama-rama pun dah buat konsert Justin Bieber dah ni.

"Waalaikummussalam buah hati Naura." Kalini Naura pula melakukan hal yang sama seperti Umar lakukan tadi.

"Woi dah-dah lah tu nak berasmara dekat sini.Nak lebih-lebih kat rumah nanti.Cepatlah sarungkan cincin tu." Haider terus bersuara apabila sudah lama memperhatikan gerak geri pasangan kekasih dua sejoli di hadapannya itu.

Umar dan Naura hanya tersengih malu.

Umar mula mengambil tangan kanan Naura sebelum dia menyarungkan cincin di jari manis wanita itu.Naura juga turut melakukan hal yang sama.Setelah itu,satu kucupan lembut mendarat di dahi Naura sambil matanya terpejam.

"Ha stay macam tu.Jangan gerak." Kata salah seorang fotografi di situ.

Datin Syakira,Dato' Faizal dan Encik Megat melihat pasangan kekasih itu dari kejauhan sambil tersenyum lebar.

Umairah dan Ridhwan juga hanya melihat pasangan itu dari jauh. " Kaki awak dah okay ?" Soal Ridhwan sambil menolehkan kepalanya bagi melihat wajah Umairah dengan lebih jelas.

"Ouh alhamdulillah dah okay dah ni ha.Mungkin sebab orang tu yang tolong rawatkan kut." Umairah menjawab sambil tergelak kecil.Matanya sempat mengerling ke arah Ridhwan sebelum kembali melihat pasangan kekasih di hadapannya itu.Aihh Umairah pon sama naik je dengan si Ridhwan ni.Sama-sama menyakat.

Ridhwan juga hanya tergelak kecil mendengar kata-kata Umairah.Matanya tidak lepas memandang ke arah Naura dan Umar sebelum dia mengeluh berat.

"Bila lah kita pulak yang akan duduk kat situ nanti kan Cik Umairah ?"

Mendengar itu membuatkan Umairah terus menoleh ke arah Ridhwan sambil menjungkitkan keningnya.Ridhwan juga membalas pandangan Umairah sebelum dia menyambung.

"By the way apa yang saya cakapkan haritu memang serius tau." Kalini suara Ridhwan dan riak wajahnya sudah bertukar serius.Umairah terdiam memikirkan sesuatu.Yang haritu Ridhwan cakap pasal wedding dia dengan Ridhwan tu ke ? Maksudnya dia memang tak main-main lah kan time tu ? Dan dia memang betul-betul maksudkan benda tu ?

Umairah tidak memberi respon kepada Ridhwan.Dia cuba untuk memproses kejadian yang sedang berlaku. Tetapi dia dapat rasakan ketulusan dari Ridhwan.

Suasana di antara mereka bertukar sunyi dan hanya ditemani dengan riuh rendah suara-suara tetamu yang hadir.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now