𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐈𝐈 🪐| 𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤

1.9K 100 9
                                    

"Lia nak makan ke atau nak tenung muka Haider ?" Pinggan yang masih dipenuhi dengan lauk-lauk itu dipandang sebelum bebola mata Datin Syakira bergerak memandang pada wajah Amelia.

Sesekali matanya juga sempat melirik ke arah Haider yang masih diam bersahaja. Langsung tidak menghiraukan tatapan ngeri yang diberikan oleh anak saudaranya. Mungkin lelaki itu sudah terbiasa dipandang sebegitu.

Lagipun, siapa je yang tak akan cair bila tengok lelaki sekacak Haider Maleeq ?

Pertanyaan yang dilontarkan kepada Amelia membuatkan semua mata turut tertumpu pada wanita cantik itu kecuali Haider.

"Lia dah kenyang." Balas Amelia bersahaja. Matanya masih melekat kuat pada wajah tampan yang sedang berada di hadapannya seraya dagu ditongkat dengan tangan kanan.

"Apa yang dah kenyangnya ? Nasi tu sikit pun tak sentuh. Ke Lia dah makan sebelum datang sini ? Atau mama Sya masak dah tak sedap macam dulu ?" Datin Syakira memandang Amelia dengan dahi yang sudah berkerut seribu. Pelik dengan sikap anak saudaranya.

"Eh tak lah." Kepala digeleng berkali-kali. Dia cuba sedaya upaya menidakkan kata-kata Datin Syakira. Malah masakan wanita yang sudah berusia ini makin bertambah sedap !

"Habis tu ?"

"Lia dah kenyang sebab dapat tengok pemandangan yang indah sangat depan Lia sekarang ni." Matanya kembali tertumpu pada wajah Haider.

Dan kali ini, lelaki itu juga sudah membalas pandangan Amelia. Kening dijongket sekali ke arah wanita itu dengan wajahnya yang masih tidak bereaksi.

Auch, sexy !

Amelia segera melebarkan senyumannya apabila matanya bertembung dengan mata lelaki kacak itu. Namun, reaksi Haider masih sama. Beku !

Senyuman Amelia mati apabila Haider tidak membalas senyumannya. Nak pandang dia pun Haider tak mahu.

Nafas dihela perlahan. Sudu dan juga garfu diambil seraya makanan segera dimasukkan ke dalam mulut dengan kasar. Dia bebal dengan lelaki beku ni !

"Biasa lah tu, Ma. Orang kalau dah jatuh cinta memang jadi macam tu." Umar tiba-tiba mencelah.

"Dia nak tackle kau tu, Haider." Ridhwan pula tiba-tiba bersuara. Sengaja ingin kawannya itu bertambah panas. Dia tahu Haider kurang suka dengan perempuan-perempuan yang begini.

"Kalau I betul-betul nak tackle you pun, apa salahnya ? Kan ?" Tatapan penuh serius diberikan pada Haider namun lelaki itu hanya diam tanpa membalas kata-kata dari Amelia.

Mendengar itu membuatkan Umar tiba-tiba tersedak. Dada diurut perlahan.

"Apa yang jujur sangat kau ni ?"

"Jujur je lah kalau dah suka." Balas Amelia dengan riak wajah tidak bersalah.

"Habiskan makanan tu dulu, Lia. Nanti baru bincang balik benda ni. Kena tanya tuan badan tu jugak macam mana." Dato' Faizal mencelah secara tiba-tiba. Kalau tak diberhenti, makin panjang pula topiknya nanti.

"Lia dah buat keputusan." Kedua-dua tangannya menampar kuat meja makan sehinggakan semua mata tertumpu pada diri Amelia. Datin Syakira sudah mengurut-urut dadanya akibat terkejut dengan tindakan wanita muda itu. Macam mana tak luruh jantung dengan perangai Amelia Larissa ni ?

Mereka hanya diam menunggu ayat seterusnya yang akan keluar dari bibir mungil wanita itu.

"Lia nak tidur rumah mama Sya." Matanya tiba-tiba bersinar apabila mengungkapkan idea bernas yang sudah berada di fikirannya sejak tadi.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now