UMAR X NAURA [ BAB 4 ]

3.1K 193 10
                                    


Selesai sahaja menghantar Naura pulang,suara Datin Syakira menyapa gegendang telinga Umar dan Umairah.Aik malam-malam begini mama mereka masih berjaga ?

Ouh patutlah tengah tengok cerita kegemarannya,Shin Chan berkening lebat.

"Umar,mama nak cakap sikit dengan Umar ni." Langkahnya terus terhenti.Umairah yang mendengarkan itu terus berjalan menaiki tangga untuk masuk ke dalam bilik membiarkan ibu dan anak itu meluangkan masa bersama.Bukan apa,Umar terlalu sibuk dengan kerja syarikatnya sehinggakan tidak ada masa yang terluang untuk bersama keluarga.

"Kalau esok je boleh mama? Umar penatlah." Datin Syakira mengeluh.Apalah yang susah sangat anak terunanya ini mahu meluangkan masa bersama?

"Tak boleh.Mama tahu kalau esok-esok Umar nak bincang rasanya sampai ke sudah mama tak akan dapat cakap pasal benda ni. Umar tu pulak asyik busy je memanjang.Bilanya nak ada masa bersama mama dengan papa? Mama dengan papa ni dah tak lama Umar.Semakin hari semakin meningkat usia kami.Teringin jugak mama nak tengok Umar ada seseorang yang boleh jagakan Umar kalau kami dah tak ada nanti." Panjang lebar Datin Syakira meluahkan isi hatinya itu.Sungguh dalam lubuk hati wanita tua itu,dia menginginkan Naura untuk menjadi menantunya.

Umar hanya diam membisu mendengar setiap bait bicara mama kesayangannya itu.

"Umar jujur dengan mama,Umar memang tak ada sikit pun ke perasaan pada Naura?" sambung Datin Syakira.

Jika ingin jujur,ya dia memang menyimpan perasaan terhadap gadis jelita itu.Sejak pertama kali dia terlanggar Naura di hospital hatinya terasa berdegup dengan begitu laju.Dan mata Naura yang cantik membuatkan dia ingin menatap gadis itu dengan lebih lama.Tapi bila difikirkan tentang satu sebab ini, membuatkan hatinya hancur berderai.Mampukah dia hidup bahagia bersama Naura sehingga kedua-keduanya menua?

"Kalau nak jujur tu Umar memang ada perasaan pada Naura. Tapi mampukah Umar untuk jadi suami yang terbaik untuk dia nanti mama ? Tambah pulak Naura tu pun macam tak suka je dekat Umar." Umar memuncungkan mulutnya menandakan dia sedang sedih sebelum kepala perlahan menunduk bermain dengan jari-jemarinya.

Jika dilihat,Umar seperti anak kecil yang bersedia untuk menangis.

Datin Syakira hanya tersenyum melihat kecomelan anaknya itu.Dah besar macam bapak orang pun menyempat lagi nak bermanja-manja.

Tangan Datin Syakira naik lembut mengusap rambut anak terunanya.

"Tak apa, mama yakin Naura pun sukakan Umar jugak.Cara dia pandang Umar pun mama dah tahu. Mama ni dah makan garam sebelum Umar lah.Papa Umar dulu pun macam tu jugak.Dekat luar je dia nampak macam bencikan mama tapi dalam hati dia sebenarnya selalu berbunga-bunga bila mama selalu dekat-dekat dengan papa.Kalau hati dia belum terbuka untuk Umar sekalipun,tackle lah dia sampai dapat.Buat dia jatuh cinta dengan Umar." Umar hanya tersenyum manja mendengar nasihat emas dari mamanya sebelum mengangguk laju.

"Dah pergi tidur.Dah lewat ni.Esok Umar ada banyak meeting yang kena attend kan ?" Umar hanya mengangguk dan kaki terus mengorak langkah masuk ke biliknya.

Esok Umar ada banyak meeting yang kena attend kan ?" Umar hanya mengangguk dan kaki terus mengorak langkah masuk ke biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naura bergolek di atas katilnya ke kiri, ke kanan dan melakukan hal yang sama berulang kali.Haih Naura ni dah macam ayam golek yang tunggu untuk dimakan je.

Matanya juga turut dipejamkan beberapa kali berharap supaya dia dapat memasuki ke alam bunian. Eh salah. Alam mimpi.

"Ish kenapa aku tak boleh tidur ni?" Dia merengus geram.

Namun fikirannya teringat akan seseorang.Siapa lagi kalau bukan Umar Al-Fateh.

Ya tepat sekali.Naura juga menyimpan perasaan terhadap Umar.Namun otaknya berkeras untuk tidak mengikut kata hati.Sekeras apa pun dia cuba untuk menafikan perkara itu namun hatinya tidak ingin memberi kerjasama.Dia juga tidak tahu bagaimana dan bila perasaan ini muncul dalam dirinya.Dia cintakan Umar.Naura Medina Ayesha cintakan Umar Al-Fateh. Benarlah Allah Maha Membolak-balikkan hati seseorang manusia dalam sekelip mata.

"Arghhhh kenapa dia hensem sangat tadiii !!! Aku tak boleh lahhh.Jantung aku bagai tak boleh dipam.Bunyi pun dah macam deguk degak deguk degak.Rambut dia,tinggi dia,senyuman dia,tatapan dia.Aarghhh !! Ya Allah Umar ni boleh buat aku gila lah." Naura dah macam orang tak betul waktu ni.Keluar habis mode fangirl dalam dirinya.

Naura mula tersedar dengan kelakuannya.

"Astaghfirullah Naura apa kau buat ni ? Dia bukan suami kau yang halal lah Naura."  Laju tangan kiri menepuk lembut dahinya berkali-kali.Dia mengangkat tangannya menadah tinggi untuk berdoa.

"Ya Allah jika benar dia jodohku,maka Engkau dekatkanlah ya Allah.Namun, jika dia bukan yang terbaik untukku maka Engkau palingkanlah ku daripada dirinya ya Allah.Labuhkanlah perasaanku pada orang yang tepat.Jauhkanlah ku daripada berbuat maksiat kepadaMu ya Allah.Aamiin yra."

Selesai berdoa,dia terus menghempapkan semula badannya di atas katil untuk memaksa dirinya untuk tidur.Namun,belum beberapa saat matanya sudah terpejam rapat bersama dengkuran yang halus.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now