UMAR X NAURA [ BAB 10 ]

2.7K 149 1
                                    



Kini, keluarga Datin Syakira dan Dato' Faizal berada di rumah Naura bagi meminta persetujuan dari Encik Megat tentang perkahwinan Umar dan Naura.

"Hasrat kami datang ke sini adalah untuk nak minta persetujuan dari Encik Megat untuk kami nak masuk meminang saudari Naura." Dato' Faizal memulakan bicara.

Mendengarkan itu membuat Encik Megat agak terkejut dan matanya membulat.Selama ni anaknya itu tak pernah lagi bagitahu yang dia ada berkawan dengan mana-mana lelaki.Tiba-tiba ada yang nak masuk meminang terus.Tak pernah berjumpa pulak tu.Encik Megat hanya memandang Naura yang di sebelahnya.Naura membalas pandangan ayahnya dan hanya mengangguk kecil menandakan yang dia setuju.Mahu atau tidak mahu dia ikutkan sahaja kehendak anak tunggalnya ini.Sudah cukup lah selama ini dia hanya mengongkong kehidupan gadis itu 100%.Apa yang difikirkannya sekarang ini, jika itu dapat membuatkan anaknya bahagia,dia ikutkan saja kehendak Naura.

"Baiklah.Saya setuju.Jika itu dapat membuat anak saya bahagia,saya terima dan ikhlas."

"Alhamdulillah." Sekali lagi mereka bersyukur kerana sekarang ini tuan badan dan juga ahli keluarganya sudah bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan itu.

Encik Megat hanya tersenyum sebelum menyambung.  "Jadi,bilanya tarikh perkahwinan dorang nanti ?"

Datin Syakira pantas menjawab. " Bulan depan."  Jawapan itu mendapat anggukan dari Encik Megat. " Baguslah tu,lagi cepat lagi bagus kan." Encik Megat hanya tersenyum gembira.Akhirnya puterinya ini akan mempunyai keluarga kecilnya sendiri.Dia juga tak sabar nak menimang cucu.Umur Naura pon dah nak mencecah 30 tahun dan dia pon bukannya boleh hidup lama lagi.Mungkin ini akan jadi kali terakhirnya untuk melihat Naura bahagia dengan orang yang dia sayang.

Mungkin ini akan jadi kali terakhirnya untuk melihat Naura bahagia dengan orang yang dia sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam menunjukkan waktu doktor yang bekerja pada shift petang sudah tamat. Kebetulan pada hari itu Ridhwan,Naura dan Umairah bekerja pada shift petang.Jadi mereka bersiap-siap untuk pulang.

Ridhwan yang sedang menuju ke parking lot memberhentikan langkahnya apabila dia ternampak wanita yang amat dia kenali.Ya,itu Naura.Dia ingin menyelesaikan masalah tempoh hari.Dia tidak ingin hubungan persahabatannya dengan Naura menjadi renggang akibat perasaannya yang tidak dibalas itu.

"Naura !" Ridhwan menjerit memanggil nama wanita itu.

Naura menoleh sebelum senyumannya yang bergelak tawa bersama Umairah tadi hilang.Matilah dia kalau Ridhwan nak minta jawapan yang dia tunggu tu.Apa dia nak cakap nanti ? Sungguh dia tidak ingin melukai hati jejaka itu.

Ridhwan mendekati Naura dan Umairah. "Naura,boleh kita cakap sekejap ? Saya janji sekejap je." Naura hanya menoleh ke arah Umairah dan Umairah hanya membalas dengan anggukan .

Naura juga mengangguk sebelum Umairah berlalu pergi dari situ bagi memberi ruang kepada mereka untuk berbincang.

Dari jauh Umairah melihat Ridhwan dan Naura dengan hati yang pedih.Dia tau yang Ridhwan menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya itu.Dan dia juga mendapat tau dari Naura bahawa lelaki itu dah confess kepadanya.Hatinya sakit.Ridhwan seperti langsung tidak memandangnya. "Haih kalau lah kau tau perasaan aku dekat kau macam mana, Ridhwan."
Ya, kali ni Umairah pula yang menyimpan perasaan terhadap jejaka itu.Tapi,dia hanya mampu memendam kerana dia tau sekarang ni dia tengah bertepuk sebelah tangan.

"Erm Ridhwan.Pertama sekali saya nak minta maaf sangat-sangat tapi saya tak boleh nak terima awak sebab hati saya dah diisi dengan nama orang lain.Lagipon saya dan dia akan berkahwin bulan depan." Naura menunduk dan suaranya sayu sahaja kerana dia merasa bersalah terhadap lelaki itu.Walaupun Naura tidak ingin memberitahu tentang perkahwinannya dengan Umar tapi dia terpaksa supaya lelaki ini berhenti berharap kepadanya.

Ridhwan hanya mengangguk faham dan tersenyum kelat ke arah Naura.Dia tau inilah jawapan yang akan dia terima .Dia kena redha dan ikhlas bahawa dia memang tidak ditakdirkan untuk Naura.Sekarang ini dia hanya mahu wanita di depannya ini bahagia kerana itu juga boleh membahagiakan Ridhwan.

"Tak apa saya faham Naura.Awak tak perlu rasa bersalah dengan saya yaa ? Lagipon saya jumpa awak ni saya memang nak cakap yang saya akan ikhlas untuk lepaskan awak sebab saya tau dalam hati awak tu memang takda nama saya.Lepasni tak payah rasa awkward tau kalau kita jumpa.Kekalkan persahabatan kita ni macam biasa.Hati saya sakit kalau asyik tengok awak macam cuba larikan diri dari saya and benda ni buat persahabatan kita jadi jauh.Saya tanak benda tu Naura.And one more thing,congrats on your wedding.Saya betul-betul harap yang awak akan bahagia dengan lelaki pilihan awak." Ridhwan cuba untuk mengukirkan senyuman kepada Naura walaupun hatinya sedang sakit.

Naura juga hanya membalas senyuman Ridhwan. "Thank you Ridhwan.Saya harap awak akan jumpa dengan orang yang lebih baik dari saya,In Shaa Allah.Saya pergi dulu yaa." Habis saja ayatnya dia terus melangkah pergi meninggalkan Ridhwan yang masih berdiri kaku di situ.

Ikhlas Ridhwan.Ikhlas lepaskan dia.Kalau kau ikhlas lepaskan dia In Shaa Allah,Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.Sedarlah yang dia memang tak tercipta untuk kau.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now