UMAR X NAURA [ BAB 33 ]

1.8K 117 6
                                    

Telefon yang sedang berdering di atas nightstand itu segera dicapai. Tertera nama Haider pada skrin telefonnya. Beberapa detik, panggilan itu diangkat seraya kakinya berjalan menuju ke arah balkoni. Pintu balkoni dibiarkan terbuka.

"Kenapa call ?" Mata Umar memandang pada sinaran bulan yang terang bercahaya. Menerangi balkoni rumah Dato' Faizal dan Datin Syakira yang tampak agak suram.

"Takda apa. Aku saja call kau. Kau macam mana ? Okay ?" Akhir-akhir ni rasa risau pulak dekat kawan dia yang seorang ni.

"Hmm macam ni lah aku. Alhamdulillah tak mampus lagi." Sesekali rambut Umar diraup ke belakang. Riak wajahnya tidak mempamerkan apa-apa reaksi.

"Apa pulak kau cakap macam tu ? Mestilah kau akan terus hidup. Aku percaya kau boleh sembuh, Mar."

"Aku pun taktau lah yang aku ni boleh sepenuhnya sembuh atau pun tak, Haider. Kau sendiri pun tau kan, aku bukannya demam biasa. Dalam otak aku ni ada cancer, Haider. Kau masih percaya yang kawan kau ni akan sembuh ?" Umar tersenyum sinis. Sudah pastinya, tersenyum untuk diri sendiri. Dia sendiri pun tak percaya yang dia akan sembuh, inikan pulak Haider.

"Letak kepercayaan kau pada Allah, Mar. Kau sembuh ke tak sembuh ke tu belakang cerita. Aku nak kau tetap kuat, Mar. Bukan selalu aku nak mengaku benda ni tapi kau sendiri pun tau kan, kawan terbaik yang aku ada cuma kau dan Ridhwan je. Takkan lah aku sanggup nak tengok kawan aku sendiri terseksa macam ni ?" Ya, Haider dan Ridhwan sebenarnya sudah berkawan sejak lama. Tetapi sejak Ridhwan berkahwin, dia jarang-jarang berjumpa dengan lelaki itu. Asyik berkepit dengan bini dia je tu.

Umar juga mula rapat dengan Ridhwan sejak lelaki itu menjadi adik iparnya. Membuatkan hubungan mereka berdua menjadi lebih rapat walaupun terkadang seperti anjing dan kucing. Selalu sangat bergaduh seperti anak kecil.

Walaupun mereka bertiga itu sudah seperti adik-beradik, Umar juga terpaksa menyimpan rahsia tentang sakitnya itu dari Ridhwan. Berbeza dengan Haider yang mengetahui segala-galanya kerana lelaki itu sudah merawat Umar dalam jangka masa yang lama. Ditambah pula, Haider juga merupakan doktor peribadi Umar. Jadi, memang wajar lelaki itu tahu tentang penyakit yang dialaminya selama bertahun.

Mereka berdua diam seketika. Mata Umar masih tertumpu pada bulan yang sedang menerangi.

"Kali ni je aku merayu pada kau. Kita sambung buat rawatan ya, Umar ?" Suara Haider kedengaran separuh merayu. Terdengar keluhan berat dari Umar di sebalik panggilan. Umar dapat agak, Haider menelefonnya pada waktu ini pasti ada sebab.

"Aku pun dah buat keputusan untuk nak sambung buat rawatan tu balik tapi selepas aku bagitau semuanya pada Naura." Haider tersenyum di sebalik panggilan. Hatinya sedikit lega apabila menerima jawapan yang memang dia harapkan dari Umar. Lelaki itu akhirnya bersetuju.

"Betul ni, kau memang setuju untuk sambung balik ? Kau tak main-main kan ?" Tanya Haider sedikit ragu. Umar ni bukan boleh sangat. Kadang fikirannya tu boleh berubah dalam sekelip mata.

"Iyaa, betul lah. Takkan aku nak main-main hal ni. Aku dah penat sangat sekarang ni, Haider. Kau bantu aku untuk sembuh, boleh ?"

"Sentiasa, Mar. Sentiasa. Selagi aku boleh tolong, aku akan tolong kau. Kau kan kawan baik aku." Haider bersuara dengan teruja. Dia tak sangka yang Umar akan bersetuju untuk menyambung rawatannya semula. Haider sangat berharap yang Umar akan sembuh seperti sediakala dan dapat teruskan hidupnya dengan Naura. Haider tahu, Umar sangat cintakan Naura dan wanita itu juga sangat cintakan Umar.

"Terima kasih, Haider."

"Hmm dah lah kau. Lama-lama kita bersembang ni habis segala ayat-ayat cinta keluar nanti. Risau pulak aku. Kau pun mesti nak bermesra dengan bini kesayangan kau kan ?" Haider sengaja menyakat kawan baiknya itu.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now