25

81 1 0
                                    

Hari baru . Adakah hari ini akan memberikan sedikit perubahan daripada semalam ? Atau adakah pertanyaan itu hanya mampu menjadi pertanyaan sehari-harian manusia ? Walaupun letih , hidup perlu diteruskan . Walau sakit , itulah hidup . Tiada yang menjanjikannya untuk sentiasa menjadi indah . Hanya sekadar coretan seni dongeng pencerita yang selalu menginginkan 'Happy Ending' untuk pembacanya , walau hakikat sebenar jauh langit dari bumi .

Taeyeon bangun dengan semangat baru . Dia tahu walau bagaimana hebat dirinya merancang dan mendaki, dia juga tidak mampu melawan takdir . Jika ini lah coretan cerita hidupnya , dia akan hadapinya . Lagipun dia bukan dilahirkan sebagai insan yang lemah dan sukakan kekalahan . Dia memang dilatih dari lahir untuk menjadi kuat . Dengan kehilangan ibunya sewaktu dia baru dikejutkan dengan cahaya dunia . Dia sudah biasa dengan kekecewaan dan kesepian . Tiada yang mampu menjadikan dia lebih sakit dari sekarang . Dia sudah belajar erti sakit semenjak lahir . Bukannya dia hebat atau istimewa , cuma sudah terbiasa .

Taeyeon mengeluh kecil . Dia bangun mencapai tuala untuk membersihkan dirinya .

Dia suka waktu mandi . Suka akan titis-titis air yang menitis halus ditubuhnya . Dia menikmati waktu mandinya . Taeyeon menutup mata . Mendongak . Membiarkan titis-titis air itu mencuit lembut wajahnya . Tenang . Ini ketenangannya . Taeyeon berhenti mendongak namun dia tidak membuka mata . Dia perlahan-lahan duduk dibawah titisan air . Taeyeon hanya begitu selama 20 minit . Setelah dia sudah mencapai ketenangan yang dia inginkan , Taeyeon menghabiskan mandiannya .

Semasa sedang bersiap-siap tiba-tiba Taeyeon teringatkan Tiffany . Fikiran itu menyapa Taeyeon. Taeyeon tertanya-tanya sendiri. Inikah rindu ? sakit rasanya. Sakit itu terasa dalam dan pedih itu seperti berterusan dihiris. Taeyeon berfikir sendiri. Mengapa perasaan ini mengganggunya ? Mengapa sakit ini mendatanginya ? Dan dengan semua pemikiran itu, tanpa Taeyeon sedar. Ada air halus yang mengalir membasahi pipinya. Air itu perlahan dan halus. Menuruni pipi Taeyeon dengan hangat dan pilu. Hatinya terasa sakit dan lemah. Taeyeon menyapu kasar air mata yang mengalir lembut ke pipinya itu. Taeyeon bencikan dirinya sekarang ini. Dirinya yang lemah dan sedih itu. 

Taeyeon teruskan bersiap . Dia menggapai jam tangan miliknya lalu menekan butang kecil di tepi jam tersebut. Taeyeon perlu sedar. Dia bukan hanya hidup untuk dirinya. Dia ketua The ShiDae. Perang ini miliknya.

.............

Peluh sakan menuruni segenap tubuh Yuri. Hampir 2 jam fokusnya jelas terhadap pembinaan stamina dan penghasilan peluh. Yuri sudah puas bersenam. Dia memutuskan untuk berhenti setelah selesai membakar lagi 400 kalori. 

Jam kecil Yuri mengeluarkan sambaran elektrik halus yang menyebabkan Yuri tersentak kecil. Terkejut agaknya. Sambaran itu tidak terlalu kuat namun cukup untuk meransang reseptor sakit di badan pemakainya. Jam kecil milik Yuri itu merupakan salah satu daripada ciptaan tunggal dan idea bernas Sooyoung. 

Ya, benar. Jam ini hanya tercipta 5 sahaja di dunia ini. Jam ini mampu tahan berat sebanyak 8900 tan bersamaan dengan 9,042,817 kilogram. Beratnya seperti 100.5 bilangan ikan paus. Ia juga mampu menahan tekanan pada tahap 896,726kPa. Jam hebat ini juga lepas ujian suhu sebanyak 120 darjah selsius dan sehingga -280 darjah selsius. Air dan tekanan udara di muka bumi ini tidak mampu mencabar ketahanan jam kecil . Fleksibal dan mampu menyelaraskan dirinya sendiri mengikut pergelangan tangan si pemakai. Diaktifkan dengan "voice command" dan gerak nadi pemiliknya untuk meng"istimewa"kan lagi jam ekslusif ini. Sooyoung bertindak dengan meletakkan nano cip khusus untuk membuatkan jam tersebut memiliki teknologi yang terkini dan canggih. Direka khas untuk The Shidae oleh satu-satunya Tech Specialist mereka, Choi SooYoung.

Sambaran elektrik halus itu untuk meng'alert' The ShiDae . Sesiapa sahaja boleh mengaktifkannya, namun kali ini orang yang mengaktifkannya adalah Taeyeon Kim.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now