22

144 9 4
                                    

Yuri termenung sejenak . Memikirkan keadaan yang dihadapinya semalam. Dari semalam dia tidak mampu melelapkan mata. Tak tahu apa yang dia rasa, yang pasti dia masih buntu.

Kadang-kadang terfikir kenapa takdir mampu memutarkan segala jenis keadaan dalam sekelip mata. Tanpa disedari sesiapa, takdir sedang memainkan perasaan dan ianya menyakitkan untuk diterima pemainnya.

Tekak terasa kering, perut berbunyi. Yuri tersedar dari lamunan mempersoalkan takdirnya. Baru dia teringat, setelah balik dari perjumpaan itu dia belum lagi menyuapkan apa-apa ke dalam mulutnya. Badan mula terasa lemah secara fizikal mahupun mental.

Yuri bangun dari tempat duduknya. Memandang telefon sekadar untuk memeriksa waktu. Tanpa dia sedar , hari telah pun malam. Sekali lagi tanpa sedar. Mengeluh sedikit. Yuri mula berjalan, mengambil sehelai tuala yang terlipat kemas dari dalam almarinya. Bersiap untuk mandi.

Semasa mandi, Yuri masih memikirkan keadaan dirinya selepas ini . Apa yang akan berlaku kepadanya ? Yuri membasahkan kepalanya. Membiarkan dirinya hanyut di dalam kesejukkan air yang ingin mengigit tubuhnya. Yuri menukar suhu air kepada panas . Dia tidak ingin dipeluk kesejukkan. Dia ingin kepanasan yang selesa. Sekali lagi dia memejamkan mata. Ingin sekali dia melupakan segalanya . Segala ingatan atau perasaannya. Tidak pernah dia tahu sesakit ini merasakan cinta.

Yuri tersenyum sedikit mengingatkan kenangan bersama Jessica. Dia rindu. Senyumannya yang tadi indah tiba-tiba mati. Kini ketakutan tadi kembali bertandang. Sekali lagi , keluhan kecil dilepaskan. Yuri teruskan mandiannya.

Selesai mandi, Yuri turun ke dapur. Mencari makanan atau bahan yang boleh dijadikan masakan. Dia perlu mengisi perut. Sebagai CS dia perlu sentiasa mengekalkan kesihatan badannya. Tugasnya meletihkan namun dia tiada pilihan. Itu tugasnya.

Yuri melihat ada satu lagi sosok tubuh. Tubuh itu kelihatan sedih dari belakang. Semakin dekat semakin jelas. Taeyeon rupanya.

Yuri merapati Taeyeon.

"Heyy ..." Tegur Yuri.

Taeyeon diam tidak berganjak. Yuri hairan. Dahi dikerutkan. "Yahh Taeyeon !" Sekali lagi dia menegur tetapi kali ini beserta dengan tamparan kencang di belakang badan Taeyeon.

Taeyeon yang terkejut pantas memusingkan badannya lalu menarik tangan itu dan dilipatkan ke belakang badan si penegur.

Terkejut dengan gerakkan mempertahankan diri Taeyeon, Yuri bertindak membalas gerakkan itu dengan gerakkannya pula. Sudah lama dia tidak beradu tenaga bersama Taeyeon.

Yuri memusingkan badannya dan bertindak menarik tangan Taeyeon, Yuri melipatkan tangan Taeyeon dan menekan kepalanya ke bawah. Yuri menendang belakang lutut Taeyeon , Taeyeon rebah ke lantai, kepala ditundukkan tidak boleh diangkat kerana ditekan. Tangannya pula dikunci sebelah, Taeyeon sedar dia telah kalah.

"Yahhh KWON YURI !!!" Jerit Taeyeon mengaku kekalahannya.

Yuri ketawa dengan kuat kerana geli hati melihat gelagat Taeyeon yang ingin melepaskan diri.

Kerana suara nyaring Taeyeon dan ketawa ilai Yuri, satu persatu The ShiDae keluar dari bilik masing-masing dan menuju ke dapur untuk melihat apa yang terjadi. Masing-masing ketawa dengan gelagat Taeyeon dan Yuri. Mungkin itu yang mereka perlukan saat ini. Sedikit gelak ketawa.

"Hahahaahahaha kalah ke Taeng ?" Tanya SooYoung kepada Leader mereka itu.

"Yuri main tipu lahh" rungut Taeyeon merajuk. Malu kerana kalah.

"Apa pulak, kau yang serang aku dulu." Balas Yuri.

Taeyeon menjelirkan lidah ke arah Yuri dan kembali duduk di kerusi yang dari tadi menjadi kawasan jajahannya.

The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now