17

152 10 2
                                    

Hujan turun dengan lebatnya. Sunny bergegas pulang ke rumah. Hari ini hari penting bagi The SoeNyeo. Dia tidak boleh lewat. Dia melihat jam di tangannya, baru pukul 10. Dia masih ada banyak masa lagi sebelum acara bermula. Dia mencapai telefon pintarnya. Merehatkan diri sambil memeriksa aplikasi chatnya .

My Youngie - hey baby, what r u doing ? Hujan lebat ni. Take care ok .

Dia tersenyum membaca chat tersebut. Ya, dia dan Sooyoung telah menjalin hubungan selama dua minggu. Dia tidak tahan dengan kemanisan dan keanggunan Sooyoung yang membuatkan dia rindu dan terus merindui Sooyoung. Tanpa dia sedar Sooyoung juga menyukainya. Tiba-tiba senyumannya mati apabila teringat tentang larangan yang dibuat The SoeNyeo. Dia buntu untuk memilih Sooyoung atau The SoeNyeo. The SoeNyeo merupakan members dan orang yang sentiasa berada dengannya. Mereka selalu ada disaat dia perlu dan tidak perlu. Mereka seperti anggota badannya yang amat penting bagi dirinya. Tetapi hatinya kini telah dimiliki. Tidak pernah dia rasakan dirinya sebahagia ini . Inilah yang dikatakan butanya cinta. Dia bimbang akan keputusan yang akan dibuatnya sama ada perlu memihak kepada The SoeNyeo. Atau Choi Sooyoung .

Sunny terus dan terus berfikir tentang hal ini sehingga tidak menyedari kehadiran SeoHyun.

Seohyun - unnie ?
Sunny - ....

SeoHyun memandang Sunny dengan hairan. Sunny jarang begini. Dia hanya akan sesat di dalam fikirannya apabila ada hal penting yang memerlukan keputusannya. Hal seperti yang hidup atau yang mati. Seumur hidup Sunny, dia hanya begini sebanyak dua kali sahaja . Ini pasti kali yang ketiga. Ada yang tidak kena kah ?

Seohyun memegang lengan Sunny dengan niat ingin menyedarkannya dari lamunannya itu.

Sunny terkejut akibat dari sentuhan yang tidak disangkanya itu.

Sunny - Yahhh, terkejut unnie . Bila kau datang?

Sunny berpura-pura mengemas barangnya walaupun tiada apa yang boleh dikemas di situ. Seohyun sekadar memerhati . Jika unnienya inginkan privasi , dia bersedia untuk menghormatinya . Manusia memang begitu, tidak selalunya sama . Ada musim dia akan berubah juga .

Seohyun - baru je sampai unnie . Dah ready ke ? Mushroom unnie suruh sampai sana awal . First imperation katanyaa .

Sunny - yeahh , let's go

Sunny dan Seohyun berjalan beiringan keluar dari kediaman mewah milik Sunny .

¤¤¤

Yuri memerhati gelagat anak kecil itu bermain . Dia tersenyum.  'comelnya' bisik hati kecil Yuri . Tiba-tiba sesuatu yang dingin menerpa kulitnya dan membuatkan dia tersedar dari keasyikan yang dirasainya tadi . Dia memandang ke arah datangnya kedingingan yang menyapa pipi lembutnya itu . Jessica sedang memandang Yuri sambil tersenyum indah . Yuri cair . 'beautiful' sekali lagi Yuri bersuara di dalam hati.

Yuri - hai baby

Jessica - haii seobang ~

Yuri -*senyum* thanks .
Sambil mengambil minuman sejuk yang dilekapkan ke pipinya sebentar tadi .

Jessica - most welcome *killer smile*

Tiba-tiba budak yang diperhatikan Yuri tadi menerpa ke arah Jessica dan menangis dengan kuat. Jessica yang panik terus memeluk budak kecil itu dan memujuknya sambil bertanyakan sebab budak itu menangis .

Jessica - heyy ... Shussssst ~ shussst ~ .. Kenapa ni .. Jangan nangis .. Shusssst good girl ... Good girl ... Shusssst .. Unnie ada .. Calmmm ~

Budak itu secara automatiknya memeluk Jessica kembali dan semakin tenang . Jessica mengangkat budak itu dan mendukungnya. Tidaklah berat sangat . Mungkin baru berusia 2 tahun . Jessica menghayunkan badannya ke kiri dan kanan dengan perlahan mengharapkan budak itu berasa tenang dan tidak menangis . Jessica lupa akan kehadiran Yuri disisinya, fokusnya tertumpu kepada budak kecil itu . Yuri tersenyum melihat Jessica . Dia inginkan masa depan mereka bersama . Dia inginkan Jessica sebagai isterinya.

Perlahan-lahan dia mendekati Jessica dan memeluk pinggangnya dari belakang. Dia membenamkan wajahnya ke bahu Jessica . Menghidu haruman Jessica.

Jessica yang terkejut dengan tindakan Yuri itu kembali tenang dan tersenyum hangat . Dia sukakan saat ini .

Tanpa mereka sedar... Mereka sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang penuh dengan kecemburuan dan menanti masa untuk memisahkan .

The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now