16

178 12 1
                                    

"Taeyeon .."
Tiffany memanggil Taeyeon lembut. Taeyeon memandang Tiffany dengan pandangan nafsu. Tiba-tiba dia inginkan ketua kumpulan The SoNyeo itu menjadi miliknya.

"Kim Taeyeon ~~" Panggil Tiffany lagi apabila panggilan pertamanya tidak direspon oleh Taeyeon.

Taeyeon mendekatkan wajahnya dengan wajah Tiffany. Bibirnya sekali lagi menyentuh lembut bibir Tiffany. Dia sukakan ini. Dia sukakan Tiffany.

"YAHHHHH KIM TAEYEON !!!!" terkejut dengan suara lantang Tiffany itu Taeyeon terus bangun terduduk. Dia mengesat matanya.

'shitt , its just a dream ?' bisik hati Taeyeon setelah menyedari semua tadi hanyalah mimpi.

Taeyeon tertidur di atas riba Tiffany dengan nyenyak sekali, dia mula mengigau dan bercakap dengan lantang. Tiffany yang terkejut dengan tingkah Taeyeon itu ketawa apabila mendapati ketua The ShiDae itu mempunyai sleeping habit yang sangat comel. Dia tidak kejut Taeyeon dan bertindak untuk hanya memerhatikan tingkah Taeyeon yang tidur di atas ribanya itu. Namun pemerhatiannya terhenti apabila Taeyeon tiba-tiba bercakap dengan jelas

"You want to be with me Tiffany?"

Jantung Tiffany berdebar dengan soalan yang didengarinya itu.

"I'm ready to be yours Taetae ..."

Jujur Tiffany yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Taeyeon namun hanya bertindak mendiamkan diri supaya personaliti dan maruahnya tidak tercalar. Situasi begini memang sudah lama diidaminya.

Setelah Tiffany meluahkan jawapannya, Taeyeon masih berdiam, matanya masih terpejam. Tiffany memandang Taeyeon dengan hairan.

'dont tell me tadi tu dia mimpi' Tiffany gugup meneka.

"Taeyeon ..." panggil Tiffany lembut.

Taeyeon tidak menyahut.

Tiffany mendekatkan wajahnya dengan wajah Taeyeon untuk memastikan Taeyeon sedar atau tidak. Ternyata Taeyeon masih tidur!

'like seriously Kim Taeyeon? You really play my heart this time. You play people heart even when youre sleep. Such a player. Why did u have to fall in love with this player. ' bisik hati kecil Tiffany yang agak kecewa dengan situasi yang dihadapinya sekarang.

"Kim Taeyeon ~~" panggil Tiffany dengan suara yang sedikit kecewa.

Tiba-tiba Taeyeon mendekatkan bibirnya dengan Tiffany. Bibirnya menyentuh lembut bibir Tiffany. Tiffany terkejut terus menegakkan badannya yang tadinya sedikit membengkok ke arah wajah Taeyeon.

"YAHHHHH KIM TAEYEON !!!!" Jerit Tiffany tekad ingin membangunkan Taeyeon. Kali ini dia berjaya.

Taeyeon bangun dan terus terduduk di sebelah Tiffany. Dia memandang Tiffany. Wajahnya nampak kecewa dan sangat blur.

¤¤¤

Hyoyeon memerhati skrin komputer di hadapannya. Terhadap bintik hijau yang berkelip di penjuru kiri skrin itu. Bintik itu semakin menghampiri ke tengah skrin namun bintik tersebut bergerak perlahan dan terhenti sebelum menghampiri tengah. Hyoyeon tahu apa yang perlu dia lakukan.

Hyoyeon menekan butang G setelah memasuki lif yang terdapat di bangunan 20 tingkat itu. Tugasnya sudah selesai. Dia baru sahaja berjumpa dengan pegawai Kim Jongkok untuk melaporkan situasi terbaharu target atau suspek mereka. Dia sedang berhenti rehat di YG Maniac Club, mungkin mencari mangsa baru atau mungkin ingin bersuka ria. Itu bukan urusannya lagi, terserah kepada Pegawai Kim untuk menguruskan kes itu. Dia pasti kes itu tak diserahkan kepada The Shidae iaitu kumpulannya sendiri. The Shidae merupakan kumpulan elit yang hanya menguruskan kes kriminal berat seperti penjualan dadah antarabangsa yang melibatkan lebih seribu pihak terlibat, pelacuran antarabangsa yang membabitkan golongan yang berstatus rendah ataupun penindasan golongan atasan, pembunuhan skala besar dan kes pembunuhan yang tidak dapat ditangani oleh kerajaan negara itu sendiri, kes-kes yang lazimnya terdapat di deep atau dark web yang menjadi kes tanggungan The ShiDae. Namun The Shidae bukanlah satu-satunya group yang memegang status elit di organisasi itu. Terdapat 4 group elit di dalam organisasi itu yabg tidak mengenali diri mereka masing-masing. The Shidae merupakan group ketua di sektor utara. The ShiDae hanya akan mengenali group-group di sektor utara sahaja kerana mereka adalah pembimbing senua 9 group yang terdapat di sektor utara. Pegawai Kim merupakan Officer In Charge yang akan menguruskan semuanya dia sektor utara. Daripada kes-kes kecil sehinggalah sebesar-besar kes yang memerlukan bantuan sektor utara. Sektor utara merupakan ketua bagi keempat-enpat sektor. Jika sektor selatan, barat dan timur tidak mampu menangani kes yang diberikan, sektor utara akan menganbil alih dan semua kes yang dikendalikan oleh sektor utara pasti berjaya.

Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati ketua-ketua sektor yang lain. Sektor utara selalu dipuji manakala sektor yang lain pasti akan dicemuh. Walaupun banyak kes telah diselesaikan oleh sektor selatan, barat dan timur masing-masing namun sektor utara pasti akan mendapat pujian yang dahulu berbanding mereka.

Ini menyebabkan organisasi GG sentiasa tidak mampu mencapai kata sepakat. Ketua-ketua group setiap sektor juga selalu mencari cara untuk mengenalpasti identiti ketua group sektor utara dan seterusnya menjatuhkan mereka dan prestasi mereka.

Kerana itulah, Identiti rahsia yang paling ditutupi oleh OIC semua sektor adalah group yang mengetuai sektor masing-masing. The Shidae sering diingatkan untuk berhati-hati dengan semua benda, sedikit kesalahan mampu membunuh prestasi dan keunggulan sektor mereka. Kerana itu jugalah KimTaeyeon iaitu adik kepada Pegawai Kim Jongkok yang merupakan ketua group sektor utara tidak akan membiarkan sektor utara dijatuhkan oleh mana-mana sektor yang lain. Dan atas alasan inilah Taeyeon tidak membenarkan ahli-ahli The Shidae untuk jatuh cinta yang dilihatnya mampu untuk memusnahkan The ShiDae.

Semua ahli The Shidae faham akan keadaan yang mereka hadapi dan semuanya akur dengan kehendak Taeyeon. Masalah datang apabila ahli kedua yang penting pada anggota The Shidae iaitu Yuri Kwon terjatuh cinta dengan Jessica Jung, keadaan ini meresahkan semua ahli The Shidae namun apa yang lebih mengejutkan adalah mereka telah lama menjalinkan hubungan bersama dan The Shidae tidak pernah sekali pun nampak The Great Kwon Yuri lemah, prestasinya kekal baik malah lebih baik. Jadi sebab itulah Taeyeon mangambil keputusan untuk membiarkan sahaja keadaan ini selagi masalah tidak timbul di mana-mana.

¤¤¤

Kim Jongkok berjalan masuk ke dalam biliknya, dia baru sahaja pulang daripada mensyuarat bersama dengan Ketua Tertinggi organisasi GG, mesyuarat tersebut turut melibatkan semua ketua-ketua sektor yang lain. Permusuhan mereka ini telah diketahui oleh Ketua Tertinggi mereka dan mereka mendapat amaran keras sekiranya perkara ini terjadi lagi, mereka mendapat arahan terbaru dari ketua organisasi GG. Arahan ini dilihatnya sangat membimbangkan namun dia yakin semuanya akan berjalan dengan lancar. Dia mengambil alat yang digunakan untuk memanggil The Shidae, mereka mempunyai alatan tersendiri kerana mereka tidak selalunya berada di dalam ruang kawalan.
Selesai menekan butang itu Kim Jongkok mengeluarkan satu senarai yang mengandungi beberapa nama. Ditatap senarai itu lama. Setelah itu dia menyimpan senarai tersebut di dalam sebuah peti dan menguncinya.

"we are here sir !" kata Taeyeon dengan lantang.

Jongkok memandang Taeyeon dan rakan-rakannya yang seperti adiknya sendiri. Kim Taeyeon, Kwon Yuri, Kim Hyoyeon, Choi Sooyoung dan Im Yoona. Hanya mereka berlima keluarganya yang dia miliki.

"duduk and ease semua" kata Jongkok.

Semua The Shidae berjalan ke arah sofa yang diletakkan di tengah-tengah bilik tersebut. Mereka duduk satu persatu. Menunggu arahan atau kes yang bakal diterima mereka.

Kim Jongkok menatap satu persatu wajah The Shidae.

"Its finally the time girls..." kata Jongkok lemah.

"Time for what oppa ?" tanya Taeyeon hairan dengan sikap abangnya itu.

"Time to meet the other ketua group sektor lain." jawab Jongkok.

The Shidae masing-masing memandang OIC mereka dengan pandangan 'what?'


The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now