9

206 11 4
                                    

Jessica menelan liurnya . Dia memerhati Yuri yang dihampiri oleh dua lelaki tadi . Dua orang lelaki yang merupakan menjadi suruhan itu datang kembali seperti yang telah dijanjikan mereka .

Mereka mengangkat tubuh Yuri . Seorang dari mereka bertindak biadap dengan menghidu rambut Yuri . Yuri hanya memandang mereka dengan pandangan mautnya . Mereka tidak berasa gentar kerana Yuri terikat , lagipun dia hanya seorang perempuan . Mereka lelaki , mereka pasti lebih kuat . Tangan Yuri terikat , malangnya kakinya tidak . Yuri hanya menunggu masa .

" A little game wont harm right hot girl" kata Lelaki 1 sambil mengeyitkan matanya kepada Yuri . Dia melutut . Bersedia untuk membuka seluar Yuri . Lelaki 2 hanya memerhati sambil menunggu Lelaki 1 melakukan perkara yang dia juga ingin lakukan . Jessica mula tidak senang duduk , diaa sangat marah dan ingin saja dia membunuh dan memotong kemaluan dua orang lelaki itu . Lelaki selalu bernafsu binatang . Itu yang dia benci tentang lelaki . Jessica ingin membuka mulut untuk menghalang perbuatan mereka , tetapi mulutnya dibiarkan terbuka dan tiada perkataan dikeluarkan .

Yuri menghayunkan lututnya ke dagu Lelaki 1 yang menyentuh seluarnya itu . Lelaki itu terjatuh dan mengerang kesakitan . Dia sangat marah dan meluru ke arah Yuri , kali ini bertindak lebih ganas . Yuri yang sudah bersedia memusingkan badannya yang menendang lelaki itu melambung jauh dan pengsan . Lelaki 2 terkejut dengan adegan itu pantas menangkap Yuri dari belakang , Yuri meronta . Dia mengepit kedua-dua kakinya ke kaki Lelaki 2 itu dan menarik kuat kakinya , lelaki itu jatuh tersembam ke tanah , Yuri diatasnya . Yuri pantas bangun dan melepaskan diri dari lelaki 2 itu . Dia menyepak muka lelaki itu , sekali sepakan sahaja . Lelaki 2 tidak sedarkan diri . Dia pergi memeriksa keadaan lelaki 1 , pengsan . Mereka selamat , untuk seketika . Yuri memandang Jessica .

Jessica memandang Yuri dan kehilangan kata-kata . Yuri menghampiri Jessica dan memusingkan badannya .

"selak baju aku dan cari pisau belati aku . Cepat sebelum ketua mereka sedar kehilangan mereka ." arah Yuri .

Jessica yang masih terkejut dengan adegan tadi mengambil masa yang lama untuk memproses kata-kata Yuri tadi .

Yuri yang menyedari tiada pergerakkan dari Jessica memusingkan badannya kembali . Yeah right , Jessica pasti terkejut dengan perbuatannya sebentar tadi . Lagipun Jessica tidak pernah tahu akan identiti sebenarnya , tapi sekarang bukan masa untuk terkejut . Mereka perlu melarikan diri . Yuri memanggil Jessica berkali-kali , Jessica dilihat masih memproses kejadian tadi . Yuri yang kesuntukkan masa mencium mulut Jessica . Yuri mencium lama . Jessica memejam mata , dia kembali sedar dengan situasi sekeliling . Yuri merasai ciumannya dibalas , dia harap dia dapat tinggal lama di dalam keadaan itu tetapi dia harus berhenti . Jessica memandang Yuri . Yuri mengulangi arahannya kepada Jessica tadi . Kali ini Jessica lakukannya dengan serta-merta . Yuri menyuruh Jessica memotong tali dan wiyer yang mengikat tangannya . Jessica bertindak seperti yang disuruh . Selesai .

Tiba-tiba Yuri terdengar derapan kaki . Fuck . Itu pasti boss mereka . Yuri berdiri disebalik pintu . Merendahkan badannya . Bersedia untuk bertindak . Pintu dibuka ...

Yuri melihat sepasang kaki memasuki bilik tu , tanpa berlengah Yuri menghayunkan kakinya ke arah kaki tersebut dengan tanggapan akan menjatuhkannnya , tetapi dia terkejut apabila serangannya dielak dengan kemas dan cekap oleh empunya kaki itu .

"yahhh Kwon Yuri !!!!" Yuri terkejut namanya dipanggil dan seperti dia mengenali tuan tubuh suara itu . Yuri memandang ke arah empunya tubuh . Ternyata itu Yoona .

"yahhh Im YoonA !!!!!" mereka berpelukkan .

"stupid kwon ! Dah agak kitorang tak perlu selamatkan kau sebenarnya . Kenapa pakai code blue kalau boleh selesaikan sendiri huhh ? Manja ..." Ulas Yoona saat menyedari dua orang lelaki yang tidak sedarkan diri di bilik itu . Dia sudah agak Yuri pasti dapat lakukannya seorang diri . Lagi pula penculik-penculik ini tidak terlatih . Lebih senang kerja Yuri . Tindakan Yuri yang mengaktifkan Code Blue sangat mencurigakan .

"there , save her . Get her out from here . I need to find their leader . " Yuri mengarahkan Yoona mengeluarkan Jessica dari sini .

"no need , Captain dh tangkap the leader dan tengah soal siasat dia sekarang . " terang Yoona merujuk kepada Taeyeon yang berada dibilik ketua mereka menjalankan sesi 'soal siasat' nya .

Jessica yang tidak faham dengan kata-kata diantara Yuri dengan Yoona hanya diam sambil menggosok tangannya yang baru bebas dari ikatan . Terasa sakit .

Yuri menghampiri Jessica .
"Yoong , bawak kereta aku ?" tanya Yuri kepada Yoona .

"on its way " balas Yoona lalu memeriksa jamnya . Jam itu kelihatan sedikit pelik dari pandangan Jessica .

" ehh , dah sampai laa . Hahahaah , Its here Yul ." beritahu Yoona .

Yuri mengangguk , memandang Jessica . "we need rest and proper bed . Yoong aku dengan Jessica balik dulu . Apa-apa inform okay . And tell taeyeon aku okay" ujar Yuri kepada Yoona .

"yupp , tak payah tanya , you surely okay . Just go , aku settle sini " balas Yoona sambil memerhati dua lelaki tadi . Salah seorang dari mereka nampak kembali sedar . Yoona tidak hairan . Ini sangat mudah .

Yuri merangkul tubuh Jessica , mengangkatnya bridal-style . Jessica yang terkejut terus menjerit .
" yahh Seobangggg !!!!"
Yuri senyum . Yoona senyum . Jessica malu .

"Yuri , you shouldnt do that " kata Jessica kelihatan marah .

"sorry babe , but i know you're tired " Yuri membawa Jessica keluar dari situ dan meninggalkan Yoona sendirian , dia tahu Yoona boleh menguruskannya sendiri.  Dia menjumpai kereta jaguar merahnya di hadapan gudang itu . Dia meletakkan Jessica tempat duduk belakang . Dia pergi ke arah tempat duduk pemandu . Bersedia untuk pergi .

Dalam perjalanan Jessica seakan-akan pelik dengan persekitaran tempat itu kerana tempat itu tidak nampak ganjil tetapi itu bukan jalan menuju ke rumahnya .

"where are we going Yul ?" tanya Jessica yang puas memikirkan keadaan persekitaran yang nampak sangat familiar dengannya itu .

" To our paradise ."  Yuri menambah kelajuan dan  memecut laju kereta

The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now