12

190 10 2
                                    

Jessica membuka mata. Terasa sengal badannya sedikit, mungkin akibat dari aktiviti semalam. Dia memandang manusia di sebelahnya. Tersenyum dengan kehadiran manusia tersebut. Dia menatap lama wajah Yuri. Dahinya, hidungnya yang tinggi dan sesuai dengan wajah mukanya, pipinya yang tidak terlalu gebu namun masih cantik, dagunya yang menawan, lipsnya yang mungil 'erghhh, i want to kiss that lips' sempat Jessica berbisik dalam hati. Dia ingin mencium lips Yuri, tapi bukan sekarang. Dia ingin menatap wajah yang sangat dia rindukan ini dahulu.

Setelah hampir 10minit menatap wajah yang sama tiba-tiba Yuri bergerak, Jessica merasakan Yuri hendak bangun. Dia cepat-cepat memejamkan mata dan berlakon tidur.

Yuri terjaga dari tidur nyenyaknya. Dia menyesuaikan mata dengan cahaya sekeliling. Dia memerhati jam dinding yang diletakkan di hadapan katil mereka. Jam ini memang sengaja diletakkan di situ kerana Jessica suka bangun lambat dan hanya jam itu yang akan menyedarkan Jessica betapa lambatnya mereka.

Flashback

"Sica baby cepat bangun. Kita dah lambat ni. " bisik Yuri lembut ke telinga Jessica.

Jessica yang terasa mengantuk masih tidak mahu bangun. Dia merasakan Yuri menipu kerana Yuri membangunkannya dengan lembut dan tidak panik. Kalau mereka memang betul-betul lambat pasti Yuri sudah panik.

Yuri tersenyum memandang Jessica, seperti biasa baby-nya tidak akan mudah terjaga. Dia sudah biasa dengan keadaan begitu. Tidak kiralah dia kejutkan dengan cara panik, biasa, lembut atau mengejut Jessica tetap dengan cara yang sama. Tidak bergerak.

Yuri bangun dan naik ke atas katil, dia pergi ke bahagian kepala Jessica, menyelitkan tangannya ke belakang badan Jessica . Yuri mengangkat perlahan badan Jessica, kini Jessica dalam keadaan duduk.

"baby ~ buka mata . I've got a suprised for you." tipu Yuri.

Jessica yang tidak ingin menghampakan Yuri perlahan-lahan membuka matanya.

10:00 . Itulah benda pertama yang dilihatnya apabila dia membuka mata, dia teringatkan kelasnya harini ini pada pukul 9:30am. Yuri surely memberi kejutan kepadanya .

"ohhhh shittttt seobangggg !! Kita dahh lambat !!!!! Yahhhhhh" jerit Jessica frust dengan perangai Yuri yang dia rasakan sengaja hendak kenakan dirinya.

Jessica bangun dan berlari ke arah shower. Yuri yang memandang Jessica hanya tersenyum dan perlahan-lahan mengikuti Jessica ke shower.

End Of Flashback

Yuri memandang Jessica. Dia rindukan pagi begini. Pagi yang dia akan nelihat Jessica apabila bangun dari tidur. Yuri memperketatkan pelukannya. Dia perlahan-lahan menghidu rambut Jessica dan mencium kepala Jessica.

"I miss you sica baby" bisik Yuri sambil tersenyum.

Jessica yang mendengar kata-kata Yuri juga tersenyum. "Miss you too seobang" balas Jessica perlahan.

Yuri yang terkejut mendengar balasan dari Jessica itu segera melepaskan pelukan dan memandang Jessica . Jessica memuncungkan bibir

"yahh seobang, i need your hug"

Yuri mencium bibir Jessica dan memeluknya kembali.

***

"Soo , macam mana dengan data yang aku minta haritu ?" tanya Taeyeon serius. Kali ini dia tidak boleh hilang fokus, ketuanya memberi peluang kedua kepadanya untuk menyelesaikan kes ini.

"belum Taeng, aku dah check semua informer dan dah ceroboh semua database yang berkemungkinan. Masih tiada info. Tapi ada tanda-tanda tentang mereka. Jangan risau, aku akan inform kepada kau secepat mungkin sebaik sahaja aku mendapat data yang kau inginkan itu." balas Sooyoung juga serius.

Taeyeon hanya mengangguk tanda faham. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia tidak ada mood hendak melayan sesiapa sahaja yang menelefonnya sekarang jadi dia biarkan sahaja. Tetapi pemanggil itu berterusan menelefonnya dan membuatkan dirinya bertambah tiada mood, hendak sahaja dia mencampak telefon itu tetapi fikiran warasnya menahannya dari melakukan itu.

Taeyeon akhirnya menjawab panggilan pemanggil yang tidak berputus asa menelefonnya itu

"yeobuseyo, siapa ni?"

"yeobuseyo? Kim Taeyeon-ssi?"

Taeyeon yang semakin annoy dengan pemanggil yang menelefonnya tanpa henti tetapi kemudian seolah-olah bertanya sama ada dia Taeyeon atau tidak.

"Yes i am Kim Taeyeon. Who are you ?" tanya Taeyeon malas.

" I am Miss Tiffany Hwang assistance . Wait a minute Taeyeon-ssi , miss Tiffany want me to call you. I will get her for you" jawab pemanggil itu.

Taeyeon agak terkejut setelah mendengar jawapan dari pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai pembantu Tiffany Hwang itu.

Setelah 3minit akhirnya panggilan itu bersambung.

"Kim Taeyeon." suara Tiffany serius . Taeyeon menelan liurnya.

The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now