10

188 8 2
                                    

Tiba di perkarangan rumah mereka bersama .

Its YulSic Paradise .

Jessica tergamam melihat rumah mereka yang telah lama dia tinggalkan . Dia memerhati sekeliling rumah tersebut . Masih terjaga rapi dan masih seperti biasa . Rindu bertamu di hatinya . Rindu rumah mereka , rindu kenangan mereka, yang paling penting . Dia rindukan Kwon Yuri . Dia memandang Yuri . Yuri juga kelihatan memandang sayu ke arah rumah mereka berdua .

"how can you tell me this is our paradise Yul ?" Jessica bersuara . Dia memasang wajah ice princessnya . Jauh di dalam hatinya . Dia sangat mengharapkan waktu dapat diputarkan kembali .

"Its a nightmare Yul" tambahnya lagi .

Yuri memandang Jessica sayu . Dia tahu niat Jessica untuk menyakitkan hatinya . Dia bertekad untuk memulihkan hubungan mereka yang dia sendiri tidak tahu mengapa boleh retak .

"Lets get in" ajak Yuri .
"We need to talk" tambahnya lagi .

Jessica membuat tidak tahu dengan ajakan Yuri itu . Tidak faham dengan keinginan hatinya sendiri . Sebahagian hatinya ingin kembali ke rumah itu, Sebahagian lagi ingin menunjukkan ego.

Yuri yang sudah masak dengan perangai Ice Princess itu sudah bersedia dengan keadaan begitu .

Dia keluar dari kereta lalu pergi ke tempat duduk Jessica, dia bukakan pintu Jessica. "Lets go Sica"

"No"

Yuri yang memang mengagak jawapan Jessica itu menundukkan badannya separas dengan pinggang Jessica . Dia memasukkan tangan di belakang badan Jessica serta bawah lutut Jessica . Dia mengangkat Jessica tanpa sebarang kesulitan . Bridal-style . Jessica yang terkejut dengan tindakan Yuri menjerit dengan kuat. Yuri tidak mengendahkan jeritan Jessica. Di situ hanya mereka sahaja jadi dia tidak perlu risau jika jeritan tersebut didengari jiran-jiran atau orang lain.

Sebenarnya Yuri memang akan berbuat sebegitu sekiranya Jessica keletihan selepas menghadiri apa-apa acara atau tertidur. Mengangkat Jessica merupakan rutinnya setiap pagi juga kerana Jessica sangat malas jika sudah bertemu dengan katilnya . Jessica memang sudah terbiasa dengan keadaannya yang begitu . Namun, semuanya masih sebagai kenangan. Dia rindukan Yuri Kwon, Seobangnya, girlfriendnya, hidupnya, dan cintanya hanyalah Kwon Yuri. Berterusan berfikir tentang hubungan mereka, dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidak kalah dengan pujuk rayu Yuri. Jika Yuri memang masih seorang playgirl seperti dahulu, dia tidak mahu berdampingan atau menyerahkan hatinya kepada Yuri lagi. Cinta dan maruahnya terlalu mahal untuk disia-siakan oleh seorang playgirl.

Yuri mengangkat Jessica sampai ke bilik mereka. Dia meletakkan Jessica perlahan-lahan di atas katil milik mereka. Jessica memerhati keadaan sekeliling. Tiada satu habuk pun yang kelihatan. Semua masih di tempat yang sama. Masih mempunyai bau yang sama. Dia memandang Yuri. Dia sangat ingin memeluk Yuri dan mengajak Yuri untuk bersama-sama tidur dengannya. Tetapi egonya menguasai diri. Tidak mungkin dia akan menyerah dengan begitu sahaja.

"Though you leave this house. Aku selalu kembali ke sini dengan harapan kau sedang tidur di atas katil ini. Sampai je dekat sini kau tiada. Puas aku tunggu kau tetap tiada. Kadang-kadang aku keletihan akibat menangis dan tertidur bersama dengan bantal yang mempunyai wangian dan bau kau sica. Tidur aku tenang. Tetapi bila sedar kau masih tiada. Aku kemaskan tempat ini kerana kau tidak sukakan kotoran. Aku kemas dan berharap kau akan kembali. Kau tetap tiada disini. Tak pernah aku lupakan kau walau sesaat pun sica. Aku rindukan kau. Aku cintakan kau. Kadang-kadang aku berfikir untuk menculik sahaja kau dan bawa kau datang ke sini bersama-sama dengan aku, tapi aku tahu aku takkan bahagia jika aku memaksa. Aku hanya mampu melihat kau dari jauh dan berterusan mengharapkan kau kembali seperti dulu. Sica baby ~ please back to me ...."

Suara Yuri mula pecah. Air mata bergenang di tubir matanya mengugut untuk jatuh ke pipi. Matanya merah kerana keletihan. Yuri menutup matanya. Air matanya mengalir perlahan turun ke pipi. Kedengaran sendu nafasnya. Dia membuka kembali matanya dan melihat Jessica yang memalingkan wajah. Tidak melihatnya. Remuk hatinya. Wanita yang dicintai tidak lagi seperti dahulu. Mereka juga seperti pasangan bercinta yang biasa, sering cemburu dan kadang-kadang bergaduh. Dan setiap kali kesalahan itu adalah milik Yuri dia akan menangis kerana rasa bersalahnya terhadap Jessica. Jessica mempunyai satu kelemahan yang nyata. Ianya tangisan Yuri. Marah hatinya akan segera cair jika dia melihat Yuri menangis. Segalanya akan dimaafkan dan dilupakan. Dia akan bertindak memegang pipi Yuri dengan serta-merta untuk menenangkannya dari berterusan menangis. Dia tidak ingin dia menjadi punca tangisan Yuri walaupun kesalahan itu memang kesalahan Yuri. Dia tidak mampu melihat Yuri menitiskan air mata. Tetapi kini, Jessica seperti tidak lagi kisah dengan semua itu. Tiada tangan yang singgah di pipi Yuri. Malah Jessica tidak melihat wajahnya pun. Jessica pasti sudah berubah hati. Dan cinta Jessica bukan lagi miliknya. Fikir Yuri.

The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now