20

144 7 3
                                    

Ini harinya . 5hb August . Pertemuan semua ketua-ketua sektor , Utara, Timur, Selatan, dan Barat .

Ketua Tertinggi organisasi GG ,Lee Soo Man berada disini , pertemuan yang diperkirakan akan menyatukan semua ketua sektor yang diwujudkannya . Hari yang penting bersama orang yang penting. Ini semua keluarganya, keluarga harus bersatu.

OIC Sektor Utara , Kim Jongkook
OIC Sektor Timur, Jee Seok Jin
OIC Sektor Selatan, Yoo Jae Suk
OIC Sektor Barat, Ha Dong Hoon

Semuanya hadir dengan pakaian lengkap dan kemas , mereka ketua pegawai yang telah menjayakan sektor masing-masing . Masing-masing telah duduk dibahagian yang telah ditetapkan.

Terdapat satu meja petak yang panjang dan besar , mempunyai bahagian Utara, Timur, Selatan, Barat dan mampu memuatkan sehingga 10 orang di setiap bahagian . Lee Soo Man duduk di kerusi yang sedikit jauh dan tinggi dari keberadaan meja tersebut. Di situ dia mampu melihat semua gerak geri dan tingkah laku setiap orang yang diingininya. Melihat keempat OIC miliknya , dia tersenyum bangga.

Muzik dimainkan. Gendang diketuk. Nama diumumkan. Dimulakan dengan sektor Barat.

"Mengumumkan ketua sektor group Elite Epic kepunyaan Barat ,
Leader , Dragon
CS (Combat Specialist) , Wolf
2nd Mind, Spider
TS (Tech Specialist) , Virus
Dan Sniper , Snake"

Nama samaran satu persatu anggota group Elite Epic kepunyaan Barat telah diumumkan , diikuti dengan kesemua anggotanya masuk dan tunduk dengan satu lutut mencecah lantai dan sebelah lengan diangkat separas tundukkan kepala mereka sebagai tanda hormat kepada ketua tertinggi organisasi dan keempat-empat ketua sektor . Setelah selesai upacara penghormatan ringkas itu , group milik Barat atau dikenali dengan group BigBang pun mengambil duduk ditempat yang telah dikhaskan untuk mereka masing-masing yang berada di sebelah Barat meja besar itu.

Group seterusnya diumumkan .
"Mengumumkan ketua sektor group Elite Epic kepunyaan Timur,
Leader , Map
CS , Iron
2nd Mind , Path
TS , Hunter
Dan Sniper, Rocket"

Perkara yang sama dilakukan , group kepunyaan sektor Timur lebih dikenali sebagai group SuJu.

"Mengumumkan ketua sektor group Elite Epic kepunyaan Selatan, ..."

Ini yang ditunggu , kepunyaan Selatan atau Utara memang paling ditunggu . Lebih-lebih lagi oleh semua orang bawahan mereka yang menjadikan Group Elite Epic sektor masing-masing sebagai idola . Pengumuman semua anggota group yang sangat rahsia ini amat dinanti-nantikan oleh semua anggota organisasi ini, dari yang masih kecil mahupun yang telah ditugaskan kedalam group tersendiri, semuanya kecuali ketua tertinggi mereka iaitu Lee Soo Man.

•••

"Tak sabarnya aku nak bertanding dengan semua Leader sektor lain, Lebih-lebih lagi sektor Utara tu ." Ujar Tiffany teruja sambil berdiri di hadapan cermin yang telah disediakan dan memperkemaskan dirinya sedikit. Tiffany mengenakan uniform lengkap yang hanya dimiliki khas oleh group Elite Epic setiap sektor . Uniform yang menyerlahkan lagi karisma diri mereka masing-masing . Maklumlah, uniform ini direka dengan sangat teliti oleh sekumpulan tailor profesional di Paris dan dilengkapkan dengan sentuhan hebat pereka fesyen terkemuka dunia, ditapis berkali-kali dan akhirnya menjadi hasil yang paling gah yang tiada siapa pun tahu.

Jessica masih dengan muka seriousnya. Sudah 2 minggu setelah misi terakhir mereka selesai . Dia masih tidak menemui 'seobang'nya . Dia telah merancang pelbagai rancangan hanya untuk membayar balik waktu yang tersisa tanpa Yuri itu . Dia pergi tanpa kata dan tidak meninggalkan apa-apa pesan . Yuri pasti marah , tapi dia kenal Yuri . Tidak akan lama marahnya . Jessica sedang mencari di seluruh pelusuk mindanya tentang segala kelemahan Yuri . Segala cara yang mampu mencairkan hati Yuri akan digunakannya untuk memujuk hati yang sudah kecewa dengan sikapnya itu . Pelbagai alasan telah disiapkan. Minda Jessica sekarang tidak berada untuk upacara ini . Fokusnya tertumpu kepada acara selepas upacara ini. Berjumpa Kwon Yuri nya .

The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now