21

153 6 2
                                    

EE dari setiap sektor memandang muka masing-masing. Walaupun mereka tahu tujuan mereka dipanggil dan dikumpulkan disitu adalah untuk berdamai dan bersatu namun tidak bagi mereka. The ShiDae dan The SoeNyeo masing-masing melupakan keinginan hati masing-masing. Waktu yang mereka tunggu-tunggu telah tiba, untuk apa mereka melupakan segala yang dihajati hanya demi cinta ?

Cinta ? Mengarut. Betul cakap Leader The SoeNyeo dan The ShiDae. Bercinta melemahkan. Riak wajah ahli kumpulan semua group EE tidak lagi menunjukkan sebarang riak keliru. Hanya serious, dingin tanpa sebarang emosi. Mereka telah dilatih. Mereka yang terbaik. Mereka ketua sektor masing-masing. Mereka tidak mampu menanggung malu. Tidak sedikitpun.

Kim Jong Kook membetulkan duduknya, majlis telah diserahkan kepadanya. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh OIC sektor lain. Dia juga arif tentang apa yang bermain di minda group EE semua sektor. Dia membuat sedikit bunyi sekadar untuk membersihkan tekak yang sedang kering akibat diam terlalu lama. 

"Semua group EE sila bangun dan berdiri mengikut peranan masing-masing. " ujar Jong Kook dengan jelas. OIC tersenyum memandang group EE milik mereka. Semua OIC merupakan rakan baik sesama mereka sama-sama merupakan warrior bagi organisasi GG. Mereka merupakan satu pasukan yang sangat hebat di dalam GG, dulu GG hanyalah organisasi kecil dan tidak terpecahkan oleh beberapa bahagian seperti sekarang. Mereka betul-betul seperti sebuah keluarga yang amat besar. Malah bagi sesetengah ahli, GG merupakan satu-satunya keluarga yang mereka ada. Semua OIC dulu merupakan anak pelarian yang kemudiannya ditangkap oleh kerajaan dan diletakkan di bawah satu projek mega GG. Disitulah asal tertubuhnya GG. Mereka 'orang lama' di situ. Perbalahan sering terjadi diantara mereka semata-mata demi membuktikan siapa yang terhebat. Namun berbalahnya tidaklah selamanya. Hanya seketika, walaubagaimanapun mereka telah satu keluarga. 

Semuanya berbeza sekali setelah terpecahnya empat bahagian iaitu Utara, Timur, Selatan dan Barat. Masing-masing tidak ingin kalah sehingga terjadi perbalahan yang amat besar antara sektor. Perbalahan yang tiada henti dan sering berlanjutan. Masing-masing ingin menjatuhkan group terhebat sektor lain atau lebih dikenali dengan group Elite Epic. Perbalahan-perbalahan yang lepas telah menjadikan OIC tertinggi sangat menjaga rahsia tentang identiti EE sektor masing-masing. Perkara ini telah menjadikan organisasi GG tidak lagi mempunyai semangat kekeluargaan yang kuat seperti dulu. Perkara inilah yang menghampakan Ketua Tertinggi. 

#####

Semua group EE berdiri. Sesuai dengan arahan dari OIC Kim, mereka berdiri mengikut peranan mereka masing-masing. Untuk pertama kalinya, tidak mengikut sektor tetapi mengikut peranan mereka. Buat pertama kalinya, kumpulan EE diasingkan. 

"Terlebih dahulu kami OIC akan memperkenalkan diri kami masing-masing. walaupun kami adalah OIC Tertinggi dari sektor yang berbeza namun kami semua mereka Officer kamu semua, kedudukan kita jauh berbeza dari satu sama lain jadi sila ambik perhatian bahawa kamu semua harus melayan dan mengikut arahan semua OIC yang berada disini namun ianya tertakluk kepada OIC sektor masing-masing untuk menilai tindakan kamu itu. FAHAM SEMUA ?" terang OIC Kim kepada semua EE.

"FAHAM OFFICER !" jawab mereka serentak.

"Baiklah, saya mulakan dengan memperkenalkan diri saya dulu. Saya merupakan OIC Kim. OIC Tertinggi sektor Utara." OIC Kim pandang OIC Jee sebelum mengangguk.

Faham dengan maksud pergerakkan badan itu, OIC Tertinggi itupun memperkenalkan dirinya dan diikuti dengan OIC Ha dan akhirnya OIC Yoo. Setelah semua OIC memperkenalkan diri, giliran OIC Yoo pulak untuk meneruskan majlis.

"Jadi semua EE sudah sedia maklum bahawa organisasi kita mementingkan semangat kekeluargaan dan telah lama diterapkan dari generasi ke generasi. Namun sejak terpecahnya empayar GG kepada 4 bahagian, semangat itu makin pudar dan hampir hilang. Selatan berbalah dengan Utara, Timur dan Barat juga tidak kurang hebat." OIC Yoo berhenti sejenak memeriksa riak wajah masing-masing sebelum meneruskan ucapannya. Ada yang mengangguk tanda faham, ada yang menggangguk sekadar mengiyakan kata-katanya, ada juga yang tidak bereaksi, wajah dingin sepi seperti tiada jiwa, hanya jasad. OIC Yoo meneruskan ucapannya.

"Tujuan kita berkumpulan ini adalah untuk masing-masing mengenali diri masing-masing atau dalam erti kata lain, menjadi akrab. Menjadi keluarga semula. Sebelum saya teruskan dengan arahan, EE sila perkenalkan diri masing-masing kerana kami OIC hanya mengenali satu sahaja EE iaitu EE sektor masing-masing. Jangan terlalu formal, anggap sahaja seperti kamu bercakap dengan OIC kamu sendiri. Leader , untuk menjimatkan masa kamu perkenalkan group kamu masing-masing. Jadi sekarang semua boleh bersatu semula mengikut sektor kamu."

Semua group EE bertindak mengikut seperti yang telah diarahkan.

"Baiklah, Utara mulakan, diikuti dengan Timur kemudian Barat dan akhir sekali selatan." arah OIC Jee.

"Ya Officer, Saya Kid. Leader The Shidae. Ini CS Pearl, Ini 2nd Mind Fiona, Ini TS ShikShin dan yang paling cantik ini Sniper Deer. Kami semua telah direkrut serentak oleh GG dari umur 4 tahun. Walaupun bertubuh kecil namun saya orang kedua yang paling hebat dalam combat. Saya yakin kami mampu menerima dan menjalankan arahan atau tugasan yang akan diberikan dengan sempurna." Taeyeon senyum. Tidak sedikitpun dia memandang kearah The SoeNyeo. Hatinya terlalu berat dan dia harus fokus. Dia tidak suka mengecewakan sesiapa. Dia juga tidak suka melakukan sesuatu yang mampu membuatkan dia menyesal. Itu prinsip hidupnya dan telah dia sendiri gagalkan.

"Saya Map. Leader kepada SuJu. Ini ahli kumpulan saya CS Iron, 2nd Mind Path, TS Hunter dan Sniper Rocket .Saya direkrut dari umur 6 tahun. Manakala yang lain direkrut dari umur 7 tahun.  Saya sangat teruja dan mendapat banyak kejutan daripada perjumpaan hari ini. Saya yakin kami mampu menjadi kawan yang baik kepada semua." ujar LeeTeuk. Dia kenal kedua-dua group The ShiDae dan The SoeNyeo ini. Kolej mereka heboh dengan kedua-dua group ini namun dia tidak sangka mereka merupakan keluarga GG-nya. Kejutan dahsyat bagi dirinya dan ahli pasukan. The ShiDae memang amat ditakuti. Itu yang didengarinya. Khabar angin di kolejnya. Dulunya dia tidak ambik endah namun sekarang dia berasa perlu untuk mengambil tahu tentang mereka.

"Hello all, respect Officer. I am Dragon. Saya Leader kepada Big Bang. Saya pasti group saya tidak akan menghampakan sesiapa. Kami yang terbaik di sektor Barat namun saya pasti kemampuan kami tidak terhenti di barat sahaja. Ini Wolf memegang peranan sebagai CS kami, tidak pernah ada yang mampu mengalahkannya lagi setakat ini. Ini Spider merupakan my 2nd Mind. Ini pula TS terbaik Virus dan ini Sniper terhebat Barat iaitu Snake. All the best guys. Thank You." JiYong memandang semua group EE lain dengan penuh sinis. Dia merasakan bahawa dia hanya perlu berwaspada dengan group dari sektor Timur, musuh ketatnya selama ini. Dia mengharapkan lebih dari sektor Utara dan Selatan namun dia hampa. Dia tidak rasa mereka merupakan lawannya. Mudah baginya.

"Annyeong to all. I am Gem. The Leader of The SoeNyeo. This is CS Ice, 2nd Mind Bunny, TS Strict and Sniper Hawk. We are the EE group of South. I hope everything is going to be well." ujar Tiffany. Itu sahaja, pendek. Fikirannya agak berat ketika ini. Namun hatinya tidak mahu mengalahkan. Hati dan otaknya sedang berbalah ketika ini. Hati menginginkan namun otak memburukkan. Tekanan. Dia telah mahir menghadapi tekanan. Dalam apa jua situasi, dia diajarkan dan merupakan pelajar yang amat cemerlang dalam pembelajaran "menghadapi tekanan". Sudah lama dia tidak menghadapi tekanan sama ada dari segi perasaan mahupun otak. Adakah dia sudah gagal ? Hanyalah kerana Kim Taeyeon berada disisi Utara ? Tidak. Dia gagal kerana Taeyeon berada di hatinya. Meneroka atau menjajah, dia tidak pasti. Buntu.

#####

Setelah group EE memperkenalkan diri masing-masing. Kini tibalah masa yang telah ditunggu-tunggu. Arahan atau tugasan. 

OIC Ha bangun. Dia ditugaskan untuk memberikan "tugasan" itu.

"Semua EE, ATTENTION !" seperti faham dengan maksud arahan itu semua group Elite Epic memberikan fokus mereka sepenuhnya kepada OIC Ha.

"Kamu semua DITUGASKAN dalam sebuah projek mega organisasi GG. Kamu akan disatukan dalam sebuah bangunan. Kamu semua diarahkan untuk menetap disitu selama 1bulan. Setiap group yang berbeza akan ditugaskan setiap minggu untuk menjalankan misi rahsia One Point. Kamu tidak dibenarkan menjalankan misi tanpa arahan atau persetujuan OIC Tertinggi. Itu sahaja. Perincian misi akan dijelaskan di dalam dorm nanti oleh OIC masing-masing. Kamu semua perlu melaporkan diri ke markas masing-masing pada Ahad ini pada pukul 9:00 pagi. JELAS SEMUA !" OIC Ha tegas.

"JELAS DAN FAHAM OFFICER!"

The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now