11

285 9 2
                                    

Yuri tiba-tiba membuka mulut dan bercakap dengan nada sayu .

"Though you leave this house. Aku selalu kembali ke sini dengan harapan kau sedang tidur di atas katil ini. Sampai je dekat sini kau tiada. Puas aku tunggu kau tetap tiada. Kadang-kadang aku keletihan akibat menangis dan tertidur bersama dengan bantal yang mempunyai wangian dan bau kau sica. Tidur aku tenang. Tetapi bila sedar kau masih tiada. Aku kemaskan tempat ini kerana kau tidak sukakan kotoran. Aku kemas dan berharap kau akan kembali. Kau tetap tiada disini. Tak pernah aku lupakan kau walau sesaat pun sica. Aku rindukan kau. Aku cintakan kau. Kadang-kadang aku berfikir untuk menculik sahaja kau dan bawa kau datang ke sini bersama-sama dengan aku, tapi aku tahu aku takkan bahagia jika aku memaksa. Aku hanya mampu melihat kau dari jauh dan berterusan mengharapkan kau kembali seperti dulu. Sica baby ~ please back to me ...."

Jessica yang mendengar kata-kata Yuri sangat terkejut dan menjadi lemah. Dia memandang Yuri. Suara Yuri kedengaran pecah dan sayu. Air mata bergenang di tubir matanya mengugut untuk jatuh ke pipi. Matanya merah kerana keletihan. Yuri menutup matanya.

Tidak. Yuri menangis. Shit! Itu kelemahannya. Dia ingin memegang pipi Yuri dan menenangkannya. Tetapi dia tidak mampu kerana hatinya juga remuk. Jessica memalingkan wajahnya. Air matanya gugur. Dia tidak boleh membiarkan Yuri melihatnya dalam keadaan begitu. Dia perlu kelihatan kuat dan cool. Yuri sentiasa menjadikan Jessica sebagai penguat semangatnya. Jika Jessica lemah, Yuri lebih teruk. Dia tidak akan membiarkan itu berlaku. The great Kwon Yuri tidak boleh lemah. Jessica bangun dari katil. Berjalan menuju ke pintu, bersedia ingin keluar dari bilik itu dan berharap Yuri tidak melihat tangisannya.

Yuri yang terkejut dengan tindakan Jessica yang tiba-tiba bangun diserang ketakutan. Ketakutan yang Jessica akan meninggalkannya. Dia memegang tangan Jessica, menariknya rapat ke dada dan memeluknya. Dia tidak ingin Jessica pergi lagi. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi memiliki hati Jessica semula.

Jessica terasa tangannya ditarik Yuri dan tubuh Yuri laju merapatinya. Tanpa dia sedari dia sudah berada di dalam pelukan Yuri yang erat dan hangat.

"no Sica, please dont go. I love y..ou.. Sic..aa .. I'm your seo..bang forev...er and al..ways .. Dont lea..ve me sica.." Yuri memeluk Jessica erat sambil menangis. Tidak adil baginya dihukum tanpa dia tahu apa salahnya. Atau jika benar Jessica berubah hati, dia ingin tahu apa caranya untuk mendapatkan Jessica kembali. Dia terlalu lemah. Dia terlalu inginkan Jessica.

Jessica terdiam dan menangis perlahan. Hanya Jessica yang mampu melihat Yuri dalam keadaan sebegini. Tiada orang lain yang tahu The great Kwon Yuri mampu menangis sebegini. Perlahan-lahan dia membalas pelukan Yuri. Dia mengusap lembut belakang badan Yuri mengharapkan Yuri bertenang dan berharap Yuri tahu bahawa Yuri masih memiliki hatinya. Untuk beberapa ketika mereka hanyut dalam fikiran masing-masing. Hanyut dalam harapan masing-masing. Tiada yang bersuara. Sunyi. Kesunyian yang mendamaikan. Yuri kembali tenang. Tangisannya beransur hilang. Dia masih memejamkan matanya dan memeluk Jessica erat.

Jessica yang merasakan ketenangan nafas Yuri perlahan-lahan melepaskan pelukan. Dia ingin melihat wajah cantik Yuri. Yuri teragak-agak untuk melepaskan pelukan tetapi akhirnya dia melepaskannya juga. Jessica memandangnya. Dia memandang Jessica kembali.

Tiba-tiba Jessica merapatkan wajah mereka. Bibirnya singgah ke bibir Yuri. Mulut mereka bertaut. Jessica mencium Yuri perlahan. Melepaskan rasa rindunya selama ini. Yuri membalas ciuman Jessica dan bercium mengikut rentak Jessica. Dia juga rindukan Jessica. Setelah lama bibir bertaut mereka akhirnya melepaskan ciuman kerana memerlukan oksigen. Jessica terus memandang Yuri. Dia tiba-tiba menolak Yuri perlahan ke arah katil. Yuri hanya mengikut keinginan Jessica. Jessica mencium bibir Yuri kembali. Kali ini lebih bernafsu, dia merapatkan tubuh mereka, menindih Yuri. Yuri membalas ciuman Jessica dan mula menjadi horny kerana merasakan nafas dan ciuman Jessica yang semakin bernafsu. Bertukar posisi, Yuri di atas Jessica.

The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now