23

206 7 0
                                    

D-Day

Jessica mengecek beg nya sekali lagi . Semuanya sudah tersedia . Tidak banyak yang dia perlukan . Semua peralatan asas telah disediakan di dalam camp , dia hanya perlu membawa peralatan peribadi sahaja . Baju ? Cukup sekadar singlet putih dan seluar askar yang selalu menjadi pilihannya dari dulu . Dia memang begitu , fashion hanya minat luarannya . Apa yang dia pentingkan hanyalah skill dan kepantasan gerakkannya tidak terjejas jika dia perlu berlawan. Itu sudah cukup baginya.

Suara Tiffany kedengaran lantang. Arahan jelas memanggil mereka untuk berkumpul. Jessica memerhatikan jam pintar buatan SeoHyun.

'tepat pada masanya' ujar Jessica di dalam hati.

Dia mengalas beg yang berisi barangan peribadinya . Menuju ke ruang tamu . Tempat di mana The SoeNyeo berkumpul.

"Alright girls, everything here ?" Tanya Tiffany sambil memandang wajah ahli group kebanggaannya satu-persatu.

Semuanya sekadar mengganguk tanda meng-ia-kan soalan Tiffany.

"Okay girls , lets do this . We are The SoeNyeo. The best group here in South Korea ."

"YA !" Jawab The SoeNyeo serentak .

Tiffany berhenti sejenak . Tiba-tiba teringatkan sesuatu . Dia memandang wajah groupnya sekali lagi . Satu persatu . Kali ini, hatinya diserang kedinginan .

Dingin. Suasana terlalu dingin .

Tiffany membaca wajah , gerak tubuh dan situasi . Ada yang berat .  Ada yang tunduk.

"Semua pandang mata aku." Arah Tiffany tegas dan dingin . Hilang Tiffany yang mesra dengan kelantangan girangnya . Tiffany menyarungkan "topi" tegasnya.

Semua ahli The SoeNyeo mengikut arahan . Mereka patuh dan hormat kepada ketua mereka.

Satu persatu Tiffany bertentang mata . Kerana mata tidak mampu menipu .

Mata Tiffany berhenti apabila bertemu dengan mata Jessica. Lama . Jessica hanya diam. Tidak berganjak atau berkutik. Sepi .

Tiffany tertunduk seketika kemudian kembali memandang mata Jessica. Masih sama.

Tiffany kemudian beralih pula kepada ahli lain . Sekali lagi , mata Tiffany terhenti apabila bertemu dengan mata Sunny.

Sayu .

"What's wrong SunKyu ?" Tanya Tiffany kehairanan.

"Huh ? Apa maksud kau ?" Sunny menjawab pertanyaan dengan pertanyaan yang lain .

"Lee SunKyu." Tiffany serius.

Sunny terkesima sebentar. Gentar seketika . Sunny tertunduk .

"Aku tak sangka kita kena hadap semua ni girls. The ShiDae..." ujar Sunny perlahan hampir berbisik sendiri. 

Tiffany sekali lagi membaca situasi. Ini kepakarannya, dia pakar dalam memberi semangat dan menaikkan semangat ahli-ahlinya. Namun , mengapa situasi ini terasa berat juga baginya. Tiffany menutup mata untuk seketika. 

Mengimbas kembali segala titik peluh dan susah payah yang mereka alami. Apa ada pada hati sedangkan otak mengawal semua pergerakkan dan fungsi badan. Hati perlu sedar, dia juga hanya bertindak kerana arahan otak. 

Tiffany membuka mata. 

"Girls. Please dont let heart take concious of our brain. It will only do damage. Kita berpenat, bermandi darah, dan menangis untuk hidup, semua usaha itu bukan untuk kalah dengan kehendak hati kita girls." Tiffany berhenti sejenak. Memaksa dirinya melihat kembali keluarga kecilnya itu. 

The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now