14

157 11 1
                                    

Hari ini sama seperti hari isnin yang biasa. Sibuk dan sibuk di sana sini. Pelajar biologi manusia lebih sibuk dengan projek dan assignment masing-masing. Mereka perlu siapkan minggu depan juga semua tugasan yang diberi. Hubungan The SoNyeo and The Shidae pula makin rapat kerana projek ini.

Kringg ..

Loceng menandakan tamatnya kelas yang terakhir.

The SoNyeo

"sorry guys , i need to go. TaeTae nak jumpa." ujar Tiffany kepada members yang lain sambil mengemas beg sekolahnya.

"me too , Yul is waiting. Apa-apa hal chat dalam group okay" kata Jessica lalu bergegas keluar dari bilik kelasnya.

"we were so busy lately ~" uhar Seohyun sebelum menyedari telefonnya berbunyi. Dia segera melihat skrin di telefonnya
-Alligator Yoong-
Dia segera menjawab panggilan tersebut.

Sunny dan Nicole sudah faham dengan situasi yang bakal mereka hadapi lalu mengangkat tangan memberi isyarat kepada maknae mereka bahawa mereka mahu pergi dahulu.

Mereka tidak mahu pulang lebuh awak jadi mereka memutuskan untuk singgah di kafe dahulu.

Nicole - Busy ehh dyeorg dengan The ShiDae sekarang ? I guys takde lagi musuh tradisi lah kan ?
Sunny - no , i dont think so. Maybe dyeorg rapat sebab projek bio tu je kot.
Nicole - kenapa pulak?
Sunny - you know Tiffany , dia tak suka kalah. Walaupun aku agak pelik bila dia panggil Taeyeon ,Taetae tadi.
Nicole - hm, kenapa kau dengan Sooyoung tak nampak busy sangat pun dengan projek korang ?
Sunny - i'll tell you what , Sooyoung is a real expert dengan mechanism. Dia berjaya cipta prototaip lung, usus dan perut manusia yang mempunyai fungsi yang sama. Projek kitorang siap lama dah, semua laporan pun aku dah siapkan since Sooyoung buat prototaip tu sengsorang. So fair and square lah. Projek kitorang memang gempak , aku yakin aku dapat kalahkan Tiffany kali ni.

Kata Sunny sambil tersenyum gembira mengingatkan kembali saat dia dan Sooyoung sangat bersemangat ingin kalahkan leader masing-masing. Keserasian itu membuatkan dia selesa berada dekat dengan Sooyoung.

"ehh , kau dengan Hyoyeon pulak macam mana ? Kau okay dengan dia ?" sambung Sunny.

Nicole yang memerhatikan senyuman manis Sunny dari sejak dia mula bercerita mengenai Sooyoung tersedar kembali saat Sunny mengajukan soalan itu kepadanya.

Nicole - Well suprisingly we suit each other. Kami punya pun dah siap dah minggu lepas. Tak sangka projek kali ni sangat menarik. Partner yang menarik.

Sunny dan Nicole masing-masing tersenyum gembira mengingatkan partner projek mereka masing-masing.

¤¤¤

Yuri menunggu Jessica di perpustakaan, hari ini dia akan menyiapkan projek mereka bersama dan mulai esok mereka boleh sibukkan diri dengan masing-masing. Dia tak sabar nak tumpukan sepenuh perhatiannya kepada Jessica. Dia telah mencari maklumat dan buku-buku yang dipesan Jessica. Jessica sangat bossy jika ingin mendapatkan maklumat dan itu sangat seksi bagi Yuri. Dia tersenyum seorang diri. Tanpa Yuri sedari dia sedang diperhatikan.

SeKyung memerhatikan Yuri di perpustakaan. Dia tidak sangka Player yang sangat nakal ini boleh berada di perpustakaan. Apa yang dia tahu Yuri dan rakan-rakannya yang lain iaitu The Shidae memang suka buat kacau sampai ramai orang yang tidak berani dengan mereka. Tetapi penampilan Yuri yang sangat cool dan cantik dalam masa yang sama itu membuatkan dia telah lama meminati Yuri, siapalah yang mampu menolak keindahan The Great Kwon Yuri.

Dia bertekad untuk merapati Yuri. Dia berjalan dan duduk di kerusi hadapan Yuri. Yuri sedang asyik membaca buku sambil tersenyum. Buku apakah yang dibacanya itu?

Yuri mendengar kerusi hadapannya bergerak menandakan ada orang yang duduk dihadapannya. Yuri tersenyum.

"Haii baby~" ujar Yuri sebelum mengangkat kepalanya.

Yuri agak terkejut apabila mengangkat kepalanya dan terlihat orang lain yang berada di hadapannya, dan yang lebuh teruk lagi Jessica berada betul-betul di belakang orang itu. Yuri panik. Salah faham pasti berlaku.

SeKyung terpaku disaat Yuri melihatnya. Hatinya berdebar, dia tidak pernah merasa debaran sehebat ini. Pandangan mata Yuri seolah-olah menusuk terus ke hatinya. Terasa rama-rama sedang terbang di dalam perutnya.

'so this is what they call The Great Kwon Yuri' -gumam hati SeKyung.

Tiba-tiba bahu SeKyung ditepuk dari belakang. SeKyung berasa agak marah dengan orang yang menganggu keindahan yang dua rasakan sekarang ini. Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangannya. Mata terbeliak tanda sangat terkejut.

"Je.. jess.. Ice Princess ...." Sekyung terkejut.

Jessica tersenyum ke arahnya.
"i'm sorry but i believe this is my seat." kata Jessica kepada SeKyung.

"ouhh, Sorry" SeKyung bangun lalu kembali ke tempatnya sebelum ini. Dia melihat Yuri sedang memegang tangan Jessica dengan wajah yang penuh kerisauan. Dan Jessica memegang wajah Yuri agar Yuri kembali tenang. Yuri nampak tenang setelah Jessica memegang wajahnya. Yuri kelihatan ingin mencium tangan Jessica namun ditarik oleh Jessica, Jessica memerhati sekeliling dan kembali bercakap sesuatu dengan Yuri.

SeKyung memerhatikan setiap pergerakkan YulSic dan berasa hairan. Bukankah The SoNyeo and The ShiDae musuh tradisi? Dia memerhatikan Yuri , kemudian Jessica. Jika hendak membandingkan dia dengan Jessica, sangat jauh berbeza. Tapi dia inginkan Yuri. Dia berharap Yuri tidak jatuh hati dengan kecantikkan Jessica.

¤¤¤

Jessica berjalan ke arah Yuri , dia memerhatikan kekasihnya itu sedang membaca sambil tersenyum. Apakah yang dibacanya itu? Jessica tersenyum kerana Yuri kelihatan sangat comel di matanya, Jessica kemudian sedikit terkejut apabila ada seorang wanita yang juga menuju ke arah Yuri. Jessica memperlahankan langkah, ingin memerhati. Wanita itu duduk di hadapan Yuri, tempat yang sepatutnya milik Jessica.

"Hai baby~" ujar Yuri lembut namun Yuri tidak mengangkat kepalanya, Yuri hanya mengangkat kepalanya setelah dia selesai mengujarkan perkataan itu. Jessica tahu apa yang sedang berlaku.

Yuri kelihatan sangat terkejut apabila mengetahui kehadiran Jessica di belakang wanita itu. Jessica menepuk bahu perempuan itu dua kali.

Perempuan itu mengalihkan pandangannya memandang Jessica. Jessica sedikit cemburu kerana perempuan itu kelihatan terpaku memandang Yuri sebelum memandangnya.

"Je.. jess.. Ice Princess ...." ujar perempuan itu terkejut.

Jessica tersenyum ke arahnya.
"i'm sorry but i believe this is my seat." kata Jessica lembut.

"ouhh, Sorry" perempuan itu bangun lalu kembali ke tempatnya sebelum ini.

Jessica kemudian duduk di kerusi yang telah dikosongkan itu. Yuri terdiam. Jessica memandangnya dengan pandangan maut.

'Lord, please save me from Hell Sica' - mohon Yuri di dalam hatinya.

The Gangster VS ThePopularWhere stories live. Discover now