B A B 4 | Bunuh.

461 46 0
                                    

SELESAI mandi, jubah mandi disarung ke tubuh. Berlenggang dia berjalan ke suatu arah. Memandangkan dia tinggal di apartmen studio, dia boleh lihat tempat tidur, dapur, dan ruang tamu, tak kira di mana dia berdiri.

Sementara roti dibakar, dia berlalu ke peti sejuk untuk mendapatkan segelas susu segar. Sayup-sayup suara dari TV memasuki pendengaran tetapi dia tak berikan sebarang perhatian kepadanya hinggalah...

"Seorang wanita disyaki membunuh suaminya..."

Kejur.

Pegun.

Beku.

Hati terus disambar satu rasa kurang senang. Dalam kepayahan, dia gerakkan bebola mata untuk memandang kaca TV. Tekun dia menonton berita tersebut, cuba menghadam segala butir si pembaca cerita.

Selang beberapa minit, berita mengenai pembunuhan itu tamat. Tetapi dia kekal statik di tempatnya dengan seribu satu perasaan. Kala satu panggilan diterima, terkapai-kapai tangannya mencari telefon pintar yang tadinya diletak di atas kabinet.

Tanpa melihat nama si pemanggil, dia menjawab panggilan tersebut.

"Hmmm."

Hanya itu yang menjadi pembuka kata tetapi si pemanggil terus menujah soalan demi soalan.

"Kau tengah buat apa? Kau ada tengok berita? Kau tahu apa yang dah jadi?"

"Apa?" Sepatah itu saja dijawabnya. Tiba-tiba otak jadi benak, tidak mampu merangka ayat penuh.

"Puan Sri Hartini dah bunuh suami dia, Yuki! Dia dah bunuh pembunuh kakak dia!"

SETIBANYA di ofis, Yuki memasuki pejabatnya. Tak endahkan Noah yang setia menanti di luar lif sejaktadi, Yuki jalan menonong. Noah pula, tidak melengah. Terus meluru masuk ke dalam pejabat Yuki tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Surat khabar yang sedari tadi menjadi peneman, kini dihempas ke atas meja kerja Yuki.

"Perkara macam ni tak pernah berlaku! Kau taktakut AJNIN terbabit sama?" Memang sejak berita pembunuhan tersebut, Noah hanya memikirkan tentang AJNIN. Puan Sri Hartini itu sudah tidak waras, hinggakan dia berani menjadi malaikat pencabut nyawa suaminya sendiri. Siapa tahu kalau-kalau Puan Sri Hartini hilang akal dan mula membuka mulut tentang AJNIN kepada pihak berkuasa?

Tenang, Yuki menggeleng.

"Tak, dia takkan buka mulut tentang AJNIN pada sesiapa. She is one simple woman. Niat dan fokus dia cuma pada Hayati, itu aje. Dia tak ada niat untuk tumbangkan AJNIN. Dia tak berminat dengan AJNIN pun."

Giliran Noah menggeleng pula, kali ini lebih laju berbanding biasa. Sumpah, dia tak faham bagaimana Yuki boleh begitu yakin dengan firasatnya. Lupakah Yuki yang Puan Sri Hartini sanggup ke sini untuk menamatkan riwayatnya? Ingin terus berceloteh tetapi riak kosong Yuki berjaya mengunci mulut Noah. Lalu dia hela nafas dalam-dalam dan sepanjang mungkin, untuk menenangkan diri. Usai dihembus keluar, Noah raup mukanya.

"Okey. Katakanlah, apa yang kau fikirkan tu, betul. Puan Sri Hartini tak pedulikan AJNIN dan tak ada niat untuk hancurkan kita. Tapi, Yuki... Kau lupa sesuatu. Dengan kematian Tan Sri Madza, kita dah kehilangan satu klien setia. Dia antara klien VVIP kita, tau! Macam mana kau boleh bertenang sangat? Kita baru aje hilang satu sumber kewangan yang sangat-sangat signifikan untuk AJNIN!" kata Noah, memetik nama arwah suami Puan Sri Hartini iaitu Tan Sri Madza.

Terbayang-bayang rupa lelaki yang berusia awal 50-an itu. Sekali pandang, orang akan mengganggap dia dalam lingkungan pertengahan 40-an. Wajah tampannya, keperibadiannya dan cara pemakaiannya membuatkan dia kelihatan jauh lebih muda berbanding usia sebenar. Harta kekayaannya yang kemudiannya digabung dengan harta yang diwarisi Puan Sri Hartini turut menjadi punca Tan Sri Madza menjadi sebutan orang ramai, terutamanya dari kalangan wanita pisau cukur. Dan mungkin disebabkanitu juga, Tan Sri Madza jadi lebih tamak baik dari segi wang ringgit, mahupun dari segi nafsu lelakinya.

"Baguslah dia dah tak ada. He was such a pain in the neck. Sampai bila kita kena berurusan dengan dia? Tak cukup arahkan kakak ipar dibunuh sebab dia nak harta tu jatuh pada Hartini jadi in a way, dia boleh dapatkannya juga... Dia juga arahkan AJNIN untuk tutup mulut semua perempuan yang pernah dia tiduri. Pantang ada musuh bisnes yang tak sehaluan dengan dia, dia suruh kita kerjakan mereka semua."

Sepertinya, Yuki tahu apa yang ada di dalam benak Noah maka dia suarakan secara lisan. Disenaraikan satu per satu kegiatan Tan Sri Madza yang membabitkan AJNIN, sebelum Yuki mencebik pula.

"Dia memang lubuk duit tapi bila kita asyik terima arahan dari dia, aku mula rasa annoyed. Rasa macam dia dah ambil alih tempat aku dan jadi ketua AJNIN."

Bagaikan cermin, Noah turut mencemik. Sejak bila pula Yuki mula rasa Tan Sri Madza menjengkelkan? Padahal selama ini Yuki tak pernah libatkan perasaan dan hal peribadi dalam segala urusan AJNIN.

Syarikat AJNIN...

Dari luaran, mungkin dikenali sebagai syarikat yang menawarkan servis pengawal peribadi, juga disebut-sebut sebagus Syarikat Muhafiz tetapi sebenarnya, AJNIN bukan sekadar itu. AJNIN punya kenalan dari kalangan ahli politik, usahawan dan artis. Belasah orang? Ugut orang? Atau lebih dahsyat lagi...

Hapuskan orang?

Itulah sisi paling hitam AJNIN.

Dan arwah Tan Sri Madza merupakan salah satu klien VVIP mereka, juga merupakan antara yang paling kerap mendapatkan khidmat AJNIN.

Noah mencerun mata pada Yuki, cuba mengorek niat sebenar wanita itu.

"Aku musykil. Aku tak tahu yang mana satu niat sebenar kau. Kau pergunakan Hartini untuk hapuskan the bug that had been annoying you, atau kau sebenarnya kasihankan dia jadi kau bongkarkan belang Tan Sri Madza?"

Kening kanan Yuki menjongket tetapi dia tidak mengatakan apa-apa. Diam cuma, menanti kesinambungan kata-kata Noah.

"Kalau kau nak tolong Hartini, kau tahu kau ada cara yang lebih baik. Mungkin kau boleh beritahu dia yang sebenarnya Hayati..."

"Hayati dah meninggal dunia. Nak bercakap tentang apa lagi?"

"Beritahu yang sebenarnya..."

"Lebih elok kita berhenti bercakap tentang orang yang dah meninggal dunia. Lagipun... The dead can't speak," kata Yuki dengan mata galaknya sekali gus menoktahkan sesi balas bicara bersama Noah.

Kedengaran hembusan nafas kuat lelaki itu.

The dead can't speak?

Baiklah. Jika itu yang dikatakan Yuki.

Kala keadaan kembali hening, Yuki tahu Noah masih tidak berpuas hati dengan tindakannya tetapi Yuki tak berniat untuk menjelaskan apa-apa kepada lelaki itu. Kalau Noah masih berprasangka buruk dengannya, tak terdetik pun di hati Yuki untuk jernihkan persepsi tersebut. Apalah sangat sekadar dipandang jahat oleh Noah sedangkan selama ini, dia sudah pun dilabel syaitan berjuta kali?

Lagi, suara Noah kedengaran lalu menarik fokus Yuki terhadapnya.

"Kau pelik tak?"

"Apa?" Soalan berbalas soalan. Apa lagi yang pelik pada hemat Noah?

"Macam mana Hartini boleh tahu tentang AJNIN? I'm pretty sure klien kita takkan buka mulut pada sesiapa, melainkan dia orang memang yakin dan percayakan satu sama lain. Tapi untuk Hartini yang berlatar belakang bersih dan cuma seorang suri rumah tahu tentang AJNIN dan Yuki, sedangkan dia tak ada kenalan manusia-manusia keparat macam kesemua klien kita... Kau tak rasa pelik?" tanya Noah, menyuarakan kehairanannya. Sebenarnya sejak semalam lagi akalnya mempertikaikan perkara tersebut tetapi baru sekarang dia berpeluanguntuk suarakan.

Yuki senyap.

Betul juga. Di mata orang, AJNIN hanyalah syarikat yang menawarkan khidmat pengawal peribadi. Hanya orang-orang tertentu yang berjiwa gelap, dan punya banyak rahsia hitam dan jijik untuk disorokkan, yang mengetahui tentang AJNIN. Mustahil mereka-mereka itu yang membuka mulut kepada Puan Sri Hartini kerana itu sama saja dengan membuka pekung di dada dan menggali lubang kubur sendiri.

Jadi...

Bagaimana wanita sepolos dan senaif Puan Sri Hartini boleh tahu tentang sisi gelap AJNIN?

p/s: salam Aidiladha! ✨

YUKI (Twisted Tales: Queen Series #1)Where stories live. Discover now