USAI urusannya bersama anak Dato Seri Baharuddin itu, Yuki segera pulang ke apartmen. Dibersihkan diri bagi menghilangkan lekit peluh. Memang itulah yang berlaku setiap kali dia mengejar sasarannya.
Tak faham betullah dia dengan mereka. Nampak orang yang tidak dikenali dan pelik sikit, terus lari lintang-pukang. Tak pasal-pasal Yuki kena kejar mereka, sebelum dia berpeluang untuk menawarkan double deal.
Yuki berjalan menuju ke almari baju. Pintu almari dibuka dan yang terpampang di hadapannya hanyalah warna putih semata. Dari hujung kanan ke hujung kiri. Tiada warna lain.
Mata Yuki tertancap pada satu sheath dress lalu tangan memanjang, menariknya keluar.
YOU ARE READING
YUKI (Twisted Tales: Queen Series #1)
RomanceYUKI. Dia digelar Snow Queen dan hatinya sedingin salju. Hidup mati seseorang ibarat di dalam genggamannya sahaja. Namun, kehadiran lelaki itu telah membawa kehangatan yang mampu mencairkan segalanya. HUD ASYRAAF. Dia seharusnya sudah mati. Tidak la...