B A B 1 3 | Rancangan.

341 30 0
                                    

"COMEL."

Hud menyebut satu perkataan itu. Setibanya di kediamannya, Hud juga terimbau semula momen bersama Yuki.

Waktu itu, sumpah dia tak jangka Yuki akan menyebut 'comel', sebelum Yuki sambung berjalan. Yuki tetap tidak melepaskan Hud malah selepas itu, Yuki jalan beriringan dengannya. Sewaktu mereka di dalam kereta, Noah yang memandu asyik menutup hidung sementara Yuki yang duduk bersebelahan Hud di belakang kekal bersahaja.

"Yuki..." Buat kali kesejuta, dia seru nama Yuki. Terbayang-bayang wajah Yuki sewaktu mereka bertentang mata buat pertama kali setelah berbelas tahun tidak berjumpa.

Sumpah, Hud tidak tahu apa yang tersirat di dalam jiwa Yuki.

Gembirakah wanita itu? Marahkah dia?

Hud tidak tahu!

Cuma apa yang pasti...

Hud kecewa. Sudah dia jangka Yuki takkan berikan sebarang nama kepadanya tetapi tetap juga dia menyesali keputusan wanita itu.

"Huhhh!" Hud mendengus sewaktu dia lepaskansatu tumbukan ke bantal. Tidak cukup untuk lempiaskan rasa, Hud capai bantal itu dan mula dilempar tanpa arah. Saat seterusnya, dia tarik duvet dan campak ke tepi. Objek-objek lain yang ada di dalam bilik tidurnya pula menjadi mangsa.

"Arghhh!" Tak sudah-sudah Hud melepaskan perasaan.

"Hud!"

Tiba-tiba pintu bilik Hud terbuka luas. Satu figura terjengul di situ. Tadi hanya memanggil Hud, sekarang dia bergegas masuk ke dalam setelah melihatkan keadaan bilik Hud yang tak ubah seperti tongkang pecah. Pandang Hud semula, lelaki itu sudah terkaku. Tak jadi menghempas pasu kaca yang ada di tangan.

"Kau buat apa ni? Mengamuk tak tentu pasal!"

Semakin kuat Hud mendengus. Hidung sudah kembang kempis, dada naik turun dengan kasar. Terketar-ketar bibirnya menandakan dia benar-benar dilanda amarah. Dalam masa yang sama, tangannya sendiri sudah menurun. Pasu diletak semula di tempatnya.

"Ini mesti pasal Yuki kan? Apa dah jadi? Dia takkan beritahu kau?"

Terlanjur bertanya, Remy menggeleng sendiri. Sah-sahlah tebakannya tepat mengena. Kalau tidak, Hud takkan lepaskan amuk macam sekarang!

"Relakslah. Kau dah expect perkara ni akan terjadi. Kau sendiri yang kata, Yuki takkan sebut nama sesiapa. Kenapa nak mengamuk pula?"

Betul kata Remy tapi senyatanya, Hud pun tak tahu kenapa dia emosional semacam. Apa lagi sewaktu dia mendengar nama Yuki disebut-sebut Remy, rasa darah terus naik ke kepala!

"Kau jangan sebut nama perempuan tu lagi. Aku benci dia!" luah Hud dengan muka merah padam. Tadi tak rasa terhina, sekarang tiba-tiba dia rasa bengang pula kerana Yuki berjaya menewaskannya sekali lagi.

Ahhh! Hati kalau sudah marah... Bertambah senang kerja syaitan untuk terus membenihkan kebencian. Hal-hal yang sebelum ini tak diambil pusing pun, tiba-tiba saja tampak besar di matanya!

Sementara Remy...

Mencebik.

Tubuh dipaling dari Hud sewaktu dia membongkok untuk mengutip semula duvet dan bantal Hud. Dalam masa yang sama, dia sempat mengomel.

"Betul ke benci? Itu Yuki kut!"

"Kau cakap apa?"

Remy segera menoleh lalu dia menggeleng laju. Muka acah suci ditayang di hadapan Hud.

"Tak ada apa! Aku tak cakap apa-apa!" Kemudian cepat-cepat Remy berpaling. Dia dengar rengusan Hud tapi dia buat tak endah. Orang tengah emosi, dia malas nak simbah minyak ke api.

"Sabarlah, Hud. Kita memang dah agak Yuki takkan beritahu nama orang tu. Kau marah-marah, mengamuk macam ni pun, takkan boleh ubah keputusan Yuki. Tengok muka kau pun, aku dah boleh agak tadi kau sempat bergaduh dengan dia," ujar Remy lembut, cuba memujuk menenangkan hati si rakan.Mata Remy mengerling sekilas pada pipi dan bibir Hud. Ada tompok merah dan hijau biru di situ, membolehkan Remy meneka apa yang terjadi di antara lelaki dan wanita tersebut. Bila Remy sebut 'bergaduh', dia bukannya maksudkan bergaduh macam budak-budak. Tapi berlawan!

Hud diam, tidak memberi sebarang balasan. Walau Remy tidak pernah bertentang empat mata dengan Yuki, Remy tahu tentang ketangkasan seorang Yuki. Hud sudah berkongsi cerita dengannya.

"Kau masih ada Plan B. Kalau Plan B pun gagal, aku boleh tolong kau buat rancangan lain."

Sekarang Hud mengetap gigi. Sedikit sebanyak, ketenangan Remy berjaya memadamkan api amarahnya. Kata pujukan Remy juga agak bernas.

Rancangan A gagal, dia boleh laksanakan rancangan B. Kalau gagal juga, dia akan cipta rancangan C. Pedulilah kalau ada rancangan Z sekali pun. Dia akan buat apa saja, asalkan dia dapat jawapan yang dia inginkan!

YUKI (Twisted Tales: Queen Series #1)Where stories live. Discover now