B A B 1 0 | Masih hidup.

373 36 8
                                    

BESAR kakinya menapak. Setiap satu tapak diatur dengan dada naik turun. Masih berombak kencang nafasnya walaupun sudah hampir setengah jam berlalu selepas dia terima panggilan Noah. Tadi pun, bagai orang gila dia memandu.

Tiba di destinasi, dia tidak menekan loceng untuk memberitahu ketibaannya. Kerana sebagaimana Noah mempunyai akses ke kediamannya, dia juga memiliki akses ke rumah Noah.

Buka saja pintu, dia meluru ke ruang tamu dan...

"Yuki dah sampai," sapa seseorang yang sedang duduk senang di atas sofa. Kedua-dua tangan mendepa, seolah-olah mengalu-alukan Yuki manakala punggung yang tadinya elok duduk sekarang sudah diangkat. Dia berdiri tegak bersama senyuman lebar menghiasi muka.

Yuki pegun.

Membeku di tempatnya secara tiba-tiba, saat wajah lelaki itu memenuhi kornea mata. Perasaannya bertambah berkecamuk.

Marahkah dia? Kerana insan yang seharusnya sudah mati itu, tiba-tiba muncul semula di depan mata?

Bengangkah dia? Kerana insan itu telah mencucuk satu jarum halus untuk 'melukai' AJNIN?

Atau...

Bersyukurkah dia? Kerana insan yang dia sangka telah meninggal dunia di dalam satu serangan pengganas, sebenarnya masih lagi bernyawa dan sekarang berdiri tercegat di depannya?

Mata Yuki terpaku pada lesung pipit itu pula.

Masih sama, seperti yang dia lihat dahulu.

Dapat Yuki rasakan tubir matanya hangat. Hatinya juga.

Semua kerana lelaki itu.

"Yuki..."

Panggilan Noah membuatkan Yuki menghembuskan nafasnya kasar. Dia buang pandang ke tempat lain, tak lagi merelakan matanya bersabung dengan mata insan itu. Dibuang segala rasa yang menyinggah hati beberapa saat lepas.

Tak. Dia tak sepatutnya merasakan itu semua.

Tanpa kata, Yuki membawa diri ke atas sofa. Telefon pintarnya diletak di atas meja sebelum dia bersandar.

Kaki kanan naik bersilang di atas kaki kiri manakala kedua-dua tangan memeluk tubuh.

"Hud Asyraaf."

Buat pertama kalinya, Yuki bersuara.

"Kau masih hidup."

Tidak teragak-agak, Hud mengangguk.

"Dan kau muncul depan mata aku sekarang."

Lagi, Hud mengiakan dengan anggukan. Sebagaimana Yuki, dia juga kembali duduk di tempatnya tadi. Tidak mengendahkan Noah yang sedang berdiri sambil bersandar pada dinding, seluruh fokus Hud hanya pada Yuki.

"Kau masih ingat nama aku. Tak sangka pula..." kata Hud dengan sebuah senyuman.

Wanita itu pula sekadar menjongket hujung bibir.

"Aku ingat semua nama orang yang dah buat double deal dengan aku. Semestinya nama kau yang paling aku ingat, sebab kau satu-satunya orang yang tak bagi aku apa-apa. Tak ada duit, tak ada saham syarikat, tak ada geran tanah. Aku biarkan kau hidup secara percuma, cuma untuk terima berita yang kau dah meninggal dunia dalam serangan terrorist..."

"Maksudnya ada mata-mata AJNIN yang perhatikan aku dulu?" soal Hud tetapi Yuki senyap, Noah juga. Sempat Hud tangkap perubahan air muka Noah tetapi selang sedetik, ekspresi wajah Noah kembali seperti biasa. Maka Hud tidak tahu, sama ada tebakannya tepat mengena atau terpesong. Nak nilai dari ekspresi muka Yuki, lagilah susah. Wanita itu bukannya ada sebarang emosi!

YUKI (Twisted Tales: Queen Series #1)Where stories live. Discover now