B A B 9 | Daughter.

384 37 2
                                    

KELUAR dari bilik mandi, dia menapak mendekati meja solek. Niatnya, Ingin mengoles krim muka dan memakai losyen.

Tetapi...

Yuki statik di tempatnya. Perlahan-lahan mata melirik ke tepi. Dalam masa yang sama, tangan Yuki menarik laci meja soleknya. Setiap pergerakan begitu teratur dan cermat, enggan melepaskan sebarang bunyi termasuklah sekadar pergerakan angin. Namun waktu itu juga, Yuki dengar bunyi nafas seseorang lalu dengan pantas, dia tarik lacinya. Baru tangan hendak mencapai sepucuk pistol yang setia tersimpan di situ...

"Ah!"

Yuki segera menunduk dan bergerak ke kiri sewaktu dia mendengar imbasan angin. Angkat saja muka, satu kaki panjang sedang tegak melurus ke atas sebelum ia dijatuhkan, mahu menghentak kepala Yuki. Dengan cekap, Yuki menangkap buku lali insan tersebut tetapi insan lincah itu tiba-tiba melekapkan kedua-dua telapak tangan di atas lantai, membuat hand stand dan seterusnya badan membuat satu pusingan untuk kaki kirinya mencari mangsa.

Mujur saja Yuki dapat mengagak pergerakan tersebut maka cepat-cepat dia tolak kaki si penyerang lalu Yuki mundur. Sekilap, insan itu sudah berdiri tepat bertentangannya.

"Kau dapat tahu aku ada di sini. Macam biasa," kata si penyerang bersama satu senyuman sebagai bentuk pujian, sebelum dia meluru ke arah Yuki.

Tangan kanan mencari mangsa, Yuki mengelak. Tangan kiri menyasarkan abdomen Yuki, berjaya ditepis. Sekali lagi penumbuk dilepaskan tapi sipi-sipi saja ia melepasi sisi muka Yuki dan seterusnya...

"Ah!" Giliran dia menjerit halus gara-gara Yuki 'menghadiahkan' satu penumbuk curi ke rusuknya!

Yuki sengih segarit sebelum dia meluru ke hadapan. Ingin mencekik batang leher insan yang berani menceroboh masuk ke kediamannya dan cuba menyerangnya tapi sedetik kemudian, keadaan tidak menyebelahi Yuki. Tiba-tiba saja insan itu membongkok dan memagut pinggang Yuki. Hanya dengan sedikit tujahan, sekarang tubuh Yuki sudah terangkat ke udara. Tak sempat Yuki lakukan apa-apa...

"Argh!"

Yuki yang terlentang di atas lantai mengerang bersama dahi berkerut seribu. Fokus melekap pada si penceroboh yang kini sedang tersenyum sinis memandangnya. Dengan berlenggang-lenggok, dia berjalan menuju ke sofa di ruang tamu. Satu tin air yang sedari tadi dia ambil dari peti sejuk, baru sekarang dia berkesempatan untuk meneguknya.

Sementara Yuki pula bangun dengan hati mendongkol geram. Sakit fizikalnya boleh dikatakan hanya sekecil hama jika mahu dibandingkan dengan rasa sakit hatinya.

"Kau nak apa, Natalia?"

Jubah mandi diperkemaskan sebelum Yuki menyisir rambut menggunakan jari-jemarinya. Diri dibawa ke sebelah sofa, menghadap Natalia yang sedang selamba minum air. Yuki berpeluk tubuh lalu nama Natalia diseru sekali lagi.

"Kau nak apa daripada aku? Dah lama menghilang, kenapa datang sini tiba-tiba?"

Sebenarnya, Yuki sudah dapat mengagak insan yang telah menceroboh kediamannya ialah Natalia. Selama umurnya, cuma Natalia sahaja yang berani mengganggu ruang personalnya. Sedangkan Noah yang mempunyai kad akses pendua apartmen studionya pun, tak pernah lagi berani masuk ke dalam tanpa izin Yuki.

"Saja. Aku dengar satu cerita best, jadi aku rasa terpanggil untuk ke sini," jawab Natalia penuh bersahaja.

Baru sekejap tadi Yuki terkenangkan nama Noah, sekarang dia menggerutu bebelkan Noah di dalam hati. Nampaknya, Noah telah menyampaikan satu berita kepada Natalia. Tak lain tak bukan, tentang...

"Kau abaikan nasihat aku sekali lagi. Kau selamatkan Hayati dan Hartini."

Mata Yuki automatik menjuling ke atas.

YUKI (Twisted Tales: Queen Series #1)Where stories live. Discover now