B A B 1 4 | Pertemuan.

391 32 2
                                    

YUKI ke pejabatnya seperti biasa. Noah masuk, memberitahu perkembangan AJNIN dan memaklumkan tentang klien baharu yang memerlukan khidmat AJNIN untuk menghapuskan seseorang.

"Klien kita, Dato Seri Baharuddin. Sasaran kita pula, anak kandung dia..."

Terangkat kepala Yuki semerta. Anak kandung? Tak, dia tak hairan langsung apabila ada ahli keluarga yang saling berbunuhan. Di dalam dunia yang kebanyakannya ibu bapa dan anak-anak saling mengasihi, adik-beradik sentiasa menyayangi dan melindungi satu sama lain, sebenarnya wujud juga insan-insan yang berhati gelap. Apabila membabitkan harta benda dan wang ringgit, hati putih juga boleh jadi hitam legam. Berkongsi pertalian darah tak menghalang mereka untuk berbunuhan, asalkan mereka dapat apa yang mereka dambakan.

"Kali ni bukan sebab harta, tapi..."

Noah tahu pasti itu yang difikirkan Yuki.

Kebiasaannya, itu andaian tepat tetapi kali ini...

"Itu anak luar nikah dia. Anak dia dengan perempuan simpanan dia dulu. Dua puluh tahun lepas, ex-mistress dia tak cakap apa-apa pun. Cuma baru-baru ni, anak dia muncul semula. Dia baru tahu Dato Seri Baharuddin sebenarnya ayah dia, jadi dia nak orang tua tu jalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Dato Seri Baharuddin pula, macam biasalah. Tipikal lelaki yang takut maruah dan nama baik tercalar jadi dia tak nak orang tahu pasal dosa silam dia." Noah menyampaikan maklumat kepada Yuki.

Sebenarnya, maklumat itu bukannya diperolehi secara langsung daripada Dato Seri Baharuddin. Kecuali Puan Sri Hartini yang telah melalui cara berbeza untuk bertemu dengan Yuki di atas rancangan Yuki sendiri, kesemua klien AJNIN akan berjumpa dengan Noah terlebih dahulu untuk memberitahu nama sasaran mereka dan juga menamakan upah yang bakal diberi.

Kemudian Noah akan memerhati kedua-dua klien dan sasaran, serta cuba mengorek apa sebenarnya yang terjadi di antara mereka. Dan seterusnya, Noah akan menyiasat kalau-kalau si sasaran punya aset berharga untuk diberi kepada AJNIN sebagai balasan buat keselamatan nyawa mereka. Kalau ada, barulah Noah akan sampaikan kepada Yuki. Jika Yuki bersetuju, barulah double deal akan dibuat. Jika tidak, semuanya terkubur begitu saja.

"Apa yang anak dia boleh tawarkan pada AJNIN?"

"Mak dia merangkap ex-mistress Dato Seri Baharuddin ada kedai emas. Dah ada beberapa cawangan. I looked into it and, tak rugi kalau kita buat double deal dengan dia."

"Kedai emas seems good to me. Lagipun aku rasa, anak Dato Seri Baharuddin bukannya harapkan apa-apa daripada orang tua tu. Hidup dia sendiri dah cukup senang-lenang, dia takkan harapkan harta benda Dato Seri Baharuddin. Dia betul-betul nakkan kasih sayang seorang ayah. But then again, her father is wasted. He is cancelled." Yuki memberi komen.

Bercakap tentang ayah, Noah tiba-tiba teringatkan seseorang dan kerana itu, kepalanya terasa semakin memberat. Noah menunduk pula.

"Kenapa?" soal Yuki, hairan dengan tingkah Noah.

"Natalia..."

Terus mata Yuki menjuling ke atas sebaik nama itu meniti di bibir Noah.

"Dia datang jumpa kau? Dia bebelkan kau lagi?" tanya Noah, mengundang cebikan Yuki.

"Kalau kau risaukan aku, kau tak sepatutnya beritahu dia apa-apa. Ketua AJNIN ialah aku. Bukan Natalia. Dia cuma ketua Valerie, yang dah pun berhenti beroperasi. Aku tak faham kenapa kau nak juga sampaikan semua berita ke dia."

Yuki menggeleng-geleng. Noah sepatutnya bersyukur kerana dia merupakan orang kanan Yuki yang dihargainya. Kalau orang lain yang buat sebegitu, memang tahulah nasib buruknya.

"Dia kan mak kau. Apa salahnya aku berkongsi cerita dengan dia? Kebetulan aje... Cun-cun kita baru selesaikan hal Hartini dan Hayati, dia hubungi aku. Dah dia tanya, aku jawablah. Aku tak pernah tipu Nat, kau pun tahu kan?" Noah cuba menegakkan benang basah. Dipetik perkataan 'mak', kemudian Noah sengaja ungkit hakikat dia tak pernah menipu Natalia seumur hidupnya. Dan disebabkan itu juga, Yuki tayang muka tak semenggah.

YUKI (Twisted Tales: Queen Series #1)Where stories live. Discover now