"Kau taknak tegur dia ka?" tanya Ayzal.
Aylana menggelengkan kepala. Mata masih tunak memandang ke arah tempat duduk yang disediakan bagi golongan VIP. Di mana Marteen Uqael sedang duduk bersama kedua ibu bapanya.
Dapat melihat lelaki itu selepas setahun sahaja sudah cukup untuk membuatkan Aylana bersyukur.
Rindu yang selama ini hanya bisa diluahkan saat melihat gambar mereka berdua kini sudah terubat.
"Kau rindu dia sangat ke sampai taknak lepas anak mata tu pandang dia?" sejak tadi lagi Ayzal memerhatikan kawannya yang satu ini.
Aylana sudah seperti dipukau. Mungkin terpukau dengan kekacakan Marteen yang sudah berlipat kali ganda bertambah. Yang pastinya,bukan Aylana seorang yang bersikap begitu.
Boleh dikatakan semua gadis yang memandang sekali pasti akan menoleh berkali-kali lagi untuk memandang lelaki yang satu itu. Termasuklah para waris yang hadir.
Well,the perks of being Marteen Uqael maybe?
Aylana melepaskan sebuah keluhan. Sekeping kertas dikoyak dari buku nota bersaiz a4 miliknya. Mata pen mula bergerak-gerak di situ. Merangkai kata yang tidak mampu untuk diungkap menggunakan mulut.
"For him?" Aylana menoleh ke sebelah.
Kepala dijatuhkan kepada Ayzal.
"Kalau kantoi kali ni kau siapa macam mana?" gertak Ayzal.
Aylana tersenyum nipis.
"Tak apa. Dia tak akan tahu aku ni siapa" balas Aylana yakin.
Ayzal hanya diam mendengar jawapan Aylana.
Sepanjang majlis graduasi itu berlangsung,Aylana hanya fokus pada kertas ditangannya. Majlis gah yang sedang berlangsung itu langsung tidak menarik minatnya sama sekali.
"Kenapa kau datang?" bahu berotot abangnya ditumbuk kuat.
Tapi malangnya,tumbukan itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada Marteen.
"Haritu kau suruh aku datang. Ni aku dah datang kau tanya kenapa pula" Marteen sudah bercekak pinggang.
Apa masalah si Muzameel Uzair ni? Tak tetap pendirian betul!
"Okay,aku tak kisah kau nak datang. Tapi,perlu ka jadi handsome sangat sampai tarik perhatian semua orang? Kau tahu tak sebab kau,aku jadi kurang handsome harini?"
Cemberut terus muka Muzameel selepas melepaskan perasaan tidak puas hatinya. Marteen pula sudah bantai ketawa.
Sesungguhnya suara ketawa lelaki itu bagai satu alunan muzik yang cukup merdu di telinga sesiapa yang mendengarnya.
Pergaduhan kecil mereka terhenti ketika seorang pelajar mendekati Marteen.
"Senior Marteen? Ada orang suruh saya pass ni dekat senior" sampul surat bewarna hitam itu dihulurkan kepada Marteen.
Jantung Marteen terus berdegup kencang. Sampul itu. Sama seperti sampul yang pernah diterimanya setahun yang lalu.
Laju tangan merampas surat itu. Isi di dalamnya terus dikeluarkan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
19 February menjadi saksi.
Saksi dimana hati ini telah kembali berdegup kencang untuk sekali lagi. Siapa sangka hari dimana aku bisa bertemu denganmu sekali lagi akan tiba?
Tuhan benar-benar mengabuli permintaanku untuk bersua muka denganmu lagi.
Walau tidak berbicara atau bersua muka,melihatmu hanya dari jauh sahaja sudah cukup buatku.
Ku kira,perasaanku padamu akan terhapus seiring dengan waktu. Ternyata tanggapanku salah.
Maaf,
Namamu masih belum bisa aku hapus dari doaku. Hati ini sudah sedaya upaya mencuba tapi hasilnya masih tetap sama.
Asal kamu tahu,
Sejauh ini dan sampai detik ini,kamu masih mejadi yang paling istimewa di dalam setiap kisahku.
Terima kasih,kerana sudah kembali walau hanya untuk satu masa yang singkat.
Sampai Tuhan mempertemukan kita semula,Tuan Muda Marteen Uqael.
"Siapa...?" toleh sahaja ke samping,junior tadi telah hilang dari pandangan matanya.
Marteen menguak rambutnya kebelakang sambil berdecit sebal.
"Terlepas lagi" gumamnya sendiri.
YOU ARE READING
MARTEEN'S QUEEN
RomanceAYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya wattpadlah tempat Aylana meluah perasaan. Menjadikan encik crush sebagai seorang tokoh utama di dalam ce...