👑 : 24

28.7K 1.7K 23
                                    

"Aku tak kisah kau nak guna cara apa. Yang aku tahu,aku nak dia mati"

Lelaki yang berdiri di hadapannya saat ini masih lagi diam. Sepucuk sampul bewarna coklat diserahkan pada lelaki itu.

"Ni separuh. Habis kerja nanti aku bagi lagi separuh"

Sampul tadi dibuka lalu lelaki tadi tersenyum sinis.

"As you wish" balas lelaki tadi dan berlalu pergi dari club malam yang bingit dengan bunyi muzik dan lampu yang menyilaukan mata itu.








"Ilaria sayang...." Aylana yang sedang duduk menonton drama di ruang tamu didekati.

Marteen membaringkan dirinya di atas ribaan Aylana. Wajahnya dihadapkan ke arah perut datar Aylana.

"Ilaria..." panggilnya.

Aylana hanya menjawab dengan deheman. Mata masih lagi tertumpu pada drama kegemarannya.

Marteen cebikkan bibir apabila dirinya tidak dilayan. Tangan kecil Aylana ditarik lalu diletakkan di atas rambut tebalnya. Meminta Aylana untuk memanjakan dirinya.

Seperti faham dengan apa yang Marteen mahukan,rambut tebal milik Marteen diusap lembut oleh jari runcing milik Aylana.

"Esok jangan masak dinner tau. Aku balik lambat sebab meeting sampai petang" kata Marteen dengan mata terpejam.

Aylana tundukkan kepalanya. Memerhati suaminya yang terlebih tampan. Perlahan-lahan bibir kecil miliknya didaratkan pada hidung mancung Marteen. Lelaki itu pula hanya tersenyum kecil.

"Janganlah kerja kuat sangat. Nanti awak sakit macam mana,husband?"

"Kau kan ada untuk jaga aku?"

"Kalau saya tak ada macam mana?"

Soalan itu berjaya membuatkan Marteen membuka semula matanya.

"Don't say something like that" Marteen merenung tepat kedalam anak mata Aylana.

"Tak nak naik atas ke?" soal Marteen secara tiba-tiba.

"Buat apa?" soalan dibalas soalan.

Marteen tersenyum senget dan perlahan-lahan bangun dari baringnya. Terjerit kecil Aylana dibuatnya saat badan kecilnya dengan mudah dicempung oleh Marteen.

Tangannya dilingkarkan pada leher Marteen untuk mengelakkan dirinya dari terjatuh.

"Buat apa? Tambah pahala dan tambah keturunan kita,wifey" balasny dengan nada nakal.

Memerah terus wajah Aylana. Wajah disembamkan pada dada Marteen yang bergetar kecil akibat ketawa.







Jarum jam sudah melepasi angka enam. Langit juga sudah mula bertukar warna menjadi kemerah-merahan.

Aylana baru sahaja selesai mengunci pintu utama bakerynya. Kunci kereta ditarik keluar dari dalam handbag.

Badan diboloskan untuk masuk ke dalam perut kereta. Sebuah mesej ringkas dihantar kepada Marteen untuk memaklumkan bahawa dirinya sudah bergerak untuk pulang ke rumah. Kereta miliknya mula meluncur di atas jalan.

Jantung Aylana berdetak sedikit laju saat sebuah kereta bewarna hitam seperti sedang mengekorinya dari belakang. Bibir dikemam untuk menghilangkan cemas.

Beberapa kali juga Aylana mencuba untuk menyelit di celahan kereta namun kereta tadi masih lagi kelihatan dibelakangnya. Sah! Aylana memang sedang diekori!

Kereta dibelok ke arah jalan yang boleh membuat dirinya memecut lebih laju. Smartphone yang berada disebelah dicapai. Nombor Marteen didail dengan harapan lelaki itu akan menjawab panggilannya.

Tiga kali percubaan barulah talian berjaya disambungkan.

"Wifey,aku tengah..."

"Awak..tolong..." persetankan meeting itu situasi Aylana sekarang ini lebih gentir.

Mendengar sahaja suara Aylana yang sedikit bergetar membuatkan badan Marteen menegang. Wajahnya yang sedia datar bertukar ketat.

"Wifey,what's wrong?" suaranya juga sedikit tegas.

"Ada orang ikut kereta Lana dari belakang" genggaman pada smartphonenya semakin erat.

"Calm down. Drive selaju yang kau boleh. Kejap aku suruh Joshua detect location kau. Don't end this call"

Marteen melirik ke arah Joshua disebelahnya. Joshua yang faham akan lirikan mata itu terus mencapai Ipadnya.

Bunyi jeritan dan dentuman kuat dari dalam talian mengejutkan Marteen dan Joshua.

"Wifey?..." panggil Marteen.

"Ilaria answer me..." masih tiada sahutan.

Sesaat kemudian bunyi kaca pecah pula masuk ke dalam halwa pendengaran Marteen.

"AYLANA ILARIA" suaranya naik seotaf.

Marteen bangun dari duduknya. Kakinya berlari sama dengan kelajuan detak jantungnya saat ini.

Yang ada di dalam kepalanya saat ini hanyalah Aylana. Joshua dan dan Muzameel juga turut berlari mengikuti Marteen.

Enjin keretanya dihidupkan. Tangannya bergetar hebat saat ingin memegang stereng kereta.

Tangan dihentakkan pada stereng. Kemudian wajahnya pula diraup kasar. Mulut terkumat-kamit berselawat untuk menenagkan diri.

"Ya Allah,please save my wife" doanya di dalam hati.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now