👑 : special 3.0

20.1K 1.5K 40
                                    

"They what...?!" Medina menutup telinga menggunakan kedua belah tangan saat mendengar amukan itu.

Enam belas tahun Medina melihat dunia,ini kali pertama. Kali pertama Medina melihat ayahnya mengamuk.

"Dad..." panggil Medina perlahan.

"Don't you dare to defend them,princess" Marteen memberi amaran keras.

Urat-urat hijau mula kelihatan di leher dan tengkuknya. Tangan kekar itu juga dikepal menjadi penumbuk.

Mendapat sahaja panggilan dari Maleeq yang memaklumkan bahawa Medina dimasukkan ke hospital,terus Marteen dan Aylana meninggalkan kerja mereka di London.

"Mom..." Medina memandang lirih ke arah Aylana.

Aylana gelengkan kepala.

"I'm sorry but this time,mom sokong dad" itu sahaja yang keluar dari mulut Aylana.

Medina mengeluh lemah.

"Tell me everything princess. Every single things. Jangan skip satu pun" Marteen masih lagi dengan nada tegasnya.

Mereka berani menyentuh puterinya? Memang cari maut betul.

"They hate me because i'm better in everything more than them?"

"Tak akan sebab itu aja,princess? Tak logik" sampuk Maleeq yang bersandar pada dinding.

Medina gigit bibir bawahnya. Mata dipejam rapat.

"Diorang benci princess sebab princess ni bertudung dan tutup aurat. Mereka cakap princess ni acah alim dan ingin perhatian dengan tunjukkan yang diri princess ni ayu. Mereka cakap princess budak kolot dan tak
ikut perkembangan semasa sebab bertudung. Salah ka princess pakai tudung? Salah ka princess tutup aurat princess dari para ajnabi? Salah princess ka taknak mom dan dad kena azab dekat sana nanti?"

Matanya mula terasa panas dan berair. Segera Aylana menarik tubuh kecil puterinya masuk ke dalam pelukan. Ubun-ubun Medina dikucup
lama. Kepala yang berbalut tudung itu diusap penuh kasih sayang.

Marteen meraup rambutnya kebelakang. Katil hospital Medina didekati. Marteen duduk disebelah Medina. Jari jemari runcing itu dicapai lalu dikucup sayang.

"Tak salah,princess. You did the right things. And we're so proud with you sebab princess mampu bertahan dan pertahankan diri princess sebagai seorang wanita muslim sampai ke tahap ni. I'm sorry,sebab dad tahu benda ni lambat. I'll make sure diorang dapat balasan setimpal dengan apa yang diorang dah buat dekat princess"

Mata bundar Aylana naik menikam iris dark olive milik Marteen. Marteen yang faham akan pandangan itu jatuhkan kepala.

"Joshua..." Joshua dan Muzameel yang sedaru tadi berdiam diri di sofa bangun dari duduk masing-masing.

"Dad,Maleeq ada kirim salam dekat one of the parents yang sentuh Medina" kata Maleeq sambil tersenyum manis.

Marteen,Joshua dan Muzameel tersenyum sinis sambil memandang Maleeq. Like father,like son.

"Joshua,prepare everything. Maleeq tolong uncle Joshua. Ouh,don't forget to bring Luke sekali" arah Marteen.

"Don't worry,dad. Bahagian Maleeq dan Like dah siap. Tinggal bahagian dad aje"

"Laju kau buat kerja" Muzameel memandang anak sedaranya atas bawah.

"When its come to Medina,i'll be the first one to handle everything" jawabnya sedikit riak.

Muzameel juihkan bibir kedepan. Tahap yakin itu sama sahaja macam si bapak.

"Bila nak pergi?" Muzameel memandang ke arah Marteen.

Marteen diam sejenak. Seperti sedang berfikir.

"Esok" jawabnya mudah.

"Engkau ni...Haihh" Joshua urut dada.

Tak mahu mencarut di depan Medina.

"Suka betul ek buat suprise macamni. Nasib aku bawa laptop datang hospital" rungut Joshua.

"Dad nak pergi mana?" soal Medina polos.

Marteen senyum nipis. Sekali lagi kekura tangan Medina dicium.

"Dad nak pergi bagi lawatan mengejut dekat someone" jawabnya bersama senyuman penuh makna tersirat.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now