Screen Ipad yang tadinya gelap kini bercahaya dengan bunyi yang nyaring. Tersentak dua beradik yang sedang duduk di ruang tamu sambil menggeledah kotak besar yang penuh dengan hadiah kepunyaan Marteen Uqael.
Segera Ipad tadi didekati. Jarinya di slide ke kanan untuk menjawab panggilan yang masuk. Sambung sahaja talian,wajah permaisuri hati memenuhi screen Ipad.
"Ibuuu...." Marteen tersenyum senang.
Mendengar sahaja kalimat ibu dari mulut Marteen,laju sahaja Ipad tadi bertukar tangan.
"Ibuuuu!!!" jerit Muzameel teruja.
"Lower your voice,Uzair" suara garau dibalik sana bersuara.
"Oopsss...Sorry Mr. Nuim Nathaniel" barisan giginya yang tersusun rapi ditayang tanpa wajah bersalah.
Kelihatan ayahnya masih fokus pada laptop. Menghadap lautan kerja yang entah bila akan tiba kunjung penamatnya.
"Kotak apa besar sangat dekat belakang tu?" soal Bianca yang terlihat sebuah kotak besar di belakang anak terunannya.
"Kotak hadiah Ateem. Junior bagi hadiah sebab keluar sekolah" jawab Muzameel selamba.
"Famousnya anak ibu..." matanya mengerling ke arah Marteen.
Marteen buat tidak endah sahaja. Bukan tak faham yang ibunya itu ingin menyakat.
"Buka lahh...Ibu nak tengok diorang bagi apa" pinta Bianca.
Dua anak teruna itu pun mengikut perintah permaisuri mereka. Membuka satu demi satu hadiah yang diterima.
Ada bunga,coklat,surat penuh ayat bunga-bunga,teddy bear malah ada yang memberikan baju kepada Marteen.
Tetapi,ada satu hadiah yang menarik perhatian Marteen. Sepucuk surat yang sampulnya bewarna hitam. Tiada nama pengirim ditulis disitu. Hanya ada isinya sahaja.
Surat itu dibuka dan dibaca. Mata helangnya tidak terlepas dari melihat setiap bait ayat yang tertulis disitu.
Kehadapan dia yang sudah tidak sengaja mencuri sekeping hati kecil ini.
Kata Prof Muhaya,
Mesti ada sebab mengapa Tuhan gerakan mata hati kita untuk melihat seseorang. Lantas,Tuhan gerakan mata hatiku untuk melihatmu. Mengapa? Aku sendiri tiada jawapan untuk itu.Kamu yang tidak bisa aku gapai kerana perbezaan kita terlalu jauh dan hanya bisa aku kagumi dalam diam.
Jika selama ini,tahajudku tidak bisa membolak balikan hatimu,maka tidak apa. Tapi,izinkan aku untuk terus menyebut namamu di dalam doaku.
Siapa tahu jika suatu hari nanti doaku dan doamu dipertemukan dilangit lalu disatukan. Apabila tiba pada waktu yang tepat,dan Tuhan akan menemukan kita dalam versi terbaik diri masing-masing.
Mungkin selama tiga tahun ini,kewujudanku tidak pernah diketahui olehmu. Mungkin surat ini dianggap sebagai rasa yang samar dan akan pudar apabila ditelan zaman nanti. Tapi,ketahuilah bahawa pengakuan cintaku padamu di hadapan Tuhan adalah jelas dan nyata.
Untuk sekarang dan kedepannya,izinkan aku menjadi Fatimah Az-Zahra yang mencintaimu hanya dalam diam.
Akhir khalam,
In the future,if by some miracle you ever find yourself in the position to fall in love again,fall in love with me. you're still my favorite person. Will always be.
-Atlas Corrigan,It End With Us
Sampai Tuhan memberi peluang untuk kita bertemu semula,Tuan muda Marteen Uqael.
Matanya masih tepat merenung surat itu tanpa sedar yang bibirnya mula melakat senyuman tipis.
"Whoever you're,I pray that one day we will meet each other again" gumamnya dalam hati.
YOU ARE READING
MARTEEN'S QUEEN
RomanceAYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya wattpadlah tempat Aylana meluah perasaan. Menjadikan encik crush sebagai seorang tokoh utama di dalam ce...