👑 : special last part

25.9K 1.6K 93
                                    

Tersentak tubuh Dato' Zubir saat pintu pejabatnya dirempuh kasar dari luar. Terus berdiri tegak lelaki paruh baya itu saat melihat empat orang jejaka melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

"Saya minta maaf Dato'. Saya dah-" tangan diangkat supaya pembantu kanannya berhenti dari bercakap.

"Tuan Marteen dan Tuan Muda Maleeq ada hajat apa datang jumpa saya?" wajah cuba dimaniskan walau jantung sudah berdetak laju tatkala melihat wajah ketat didepannya.

Marteen tidak membuka bicara. Sebaliknya kerusi di depan meja Dato' Zubir dihampiri lalu duduknya dilabuhkan. Kaki kanan disilang di atas kaki kiri.

"Sit down Dato' Zubir. We need to talk" suara datar itu mampu membuatkan seluruh tubuh bergetar takut.

Dato' Zubir duduk berhadapan Marteen. Joshua,Luke dan Maleeq pula setia berdiri dibelakang Marteen.

"Anak perempuan kau ada kirim salam dari Maleeq tak semalam?"

Perlahan-lahan Dato' Zubir jatuhkan kepala. Marteen tersenyum senget. Jarinya dipetik sekali. Sejurus itu,Joshua letakkan sebuah file di atas meja yang memisahkan jarak mereka. File itu ditolak ke arah Dato' Zubir.

Tangan laju membuka cover file. Ingin melihat isi yang terkandung didalamnya. Berderau darah saat melihat isi kandungan file itu. Kepala diangkat memandang wajah Marteen dengan pandangan keliru.

"T-tapi,kenapa Tuan?" soalnya terbata-bata.

"Ouh,anak kau tak ada cerita apa-apa ke?" soal Marteen dengan nada yang sengaja dibuat-dibuat terkejut.

Makin keliru wajah Dato' Zubir dibuatnya.

"Luke..." Luke yang faham akan arahan Marteen meletakkan satu sampul putih bersaiz a4 ke atas meja Dato' Zubir.

Di dalam sampul itu mempunyai surat saman dan juga bukti kukuh tentang perlakuan anaknya terhadap Medina. Semakin terkejut Dato' Zubir melihat beberapa kepingan ganbar yang disertakan bersama di dalam sampul itu.

"Tu-tuan Marteen... Ini bukan..."

"Bukan apa? Nak dalih apa yang anak kau dah buat? Disebabkan perbuatan anak kau,puteri aku terlantar dekat hospital sekarang ni" mata Marteen mencerlung tajam ke arah Dato' Zubir.

Terdiam lelaki separuh baya itu dibuatnya.

"Listen here,Dato' Zubir. Starting from today,Cael tak akan berurusan lagi dengan syarikat Dato'"

Selesai menuturkan kata,Marteen dan yang lainnya melangkah keluar meninggalkan Dato' Zubir sendirian.




Koridor tang tadinya bising kini dilanda kesepian saat kaki panjangnya mula dihayun ke arah tiga orang pelajar perempuan yang masih lagi bergelak ketawa di hujung koridor. Sampai sahaja di depan tiga orang pelajar itu,ketua mereka dicari.

Tidak bercakap panjang,kedengaran bunyi lempangan kuat terhasil saat tangan besarnya mendarat di pipi mulus si gadis. Suasana yang sunyi semakin hening. Tergamam.

Dia yang dikenali dengan sikap terpuji dan dianggap bagai seorang manusia yang pijak semut pun tidak akan mati baru sahaja melempang seorang gadis? Apa dunia sedang terbalik saat ini?

"Kau siapa nak berani naik tangan dekat aku?" melengking suara si gadis.

Air mata mula merembes keluar. Wajahnya bertukar merah menahan rasa yang bercampur aduk. Pipi terasa kebas akibat tamparan maha dewa tadi.

"Aku siapa? Kau bodoh ke bebal tak kenal aku? Harap je anak Dato'. Siapa yang kolot sekarang ni?" kata-katanya ibarat pedang yang menusuk ke dalam kalbu.

Biar betul ini pelajar contoh sekolah yang diagung-agungkan semua orang. Mengapa sifat malaikatnya bagai berubah 360 darjah?

"Aku Megat Iskandar Bin Megat Mokhtar. Dan aku datang sini nak bagi amaran dekat korang. Sekali lagi korang berani sentuh Medina Alya Binti Marteen Uqael,aku yang akan jadi malaikat maut korang"

Setiap bait bicaranya penuh dengan amaran dan ancaman yang mampu buatkan semua mulut terkatup rapat tidak berani membalas.

Megat Iskandar. Anak tunggal dan bakal menjadi pewaris The Moris Legacy tidak lama lagi. Cukup namanya sahaja sudah mampu buat semua orang tunduk hormat.

Bukan itu sahaja,identiti sebenar Medina juga buatkan semua orang terkejut. Jadinya selama ini,mereka membuli dan mengabaikan seorang puteri tunggal dari keluarga tersohor di Malaysia? Liur ditegup payah. Rasa menyesal dan takut semakin menggunung dan bersarang di dalam hati.

"Siapa kau pada Medina?" soal salah seorang tiga pelajar perempuan tadi.

Megat Iskandar tersenyum senget.

"Aku wingless guardian dia"


-T A M A T-

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now