Angin sepoi bahasa meniup lembut wajahnya. Jus buah yang dipesan tadi disisip perlahan untuk membasahkan tekak yang kering. Rambut yang menutupi muka disebak kebelakang.
Pemandangan dari bahagian luar restaurant hotel ini diamati. Ketenangannya diganggu saat kerusi dihapan yang sejak tadi kosong kini sudah dihuni.
Wajah yang tadinya tenang kini berubah datar. Azura berdehem untuk menenangkan hati yang sedang bergelora.
"Hi" sapa Aylana mesra.
Senyuman paling manis ditayang pada Azura. Dibelakang Aylana pula ada Joshua yang setia menemani.
Baru sahaja Azura ingin buka mulut,Aylana terlebih dahulu memotong.
"Shh,aku taknak dengar suara longkang kau. Kau ni,kesian tau bila aku tengok kau. Aku nak cakap kau bodoh tapi kau model" sindirnya.
"Kau nak apa sebenarnya ni?" soal Azura dengan nada tertahan.
"Ouh,aku datang sini sebab nak cakap sorry and thank you"
Azura kerutkan keningnya.
"Sorry sebab dah gagalkan plan bodoh kau semalam. Kau ingat dengan plan macam tu boleh buat Marteen tinggalkan aku ke? Come on. Kalau dia sebodoh tu nak percaya,orang tak akan panggil dia Tuan Muda Marteen"
"Well,aku dah cakap. Marteen's mine. Apa pun kau buat,at the end of the day,i will always be the winner" sambung Aylana lagi.
Aylana lipat tangan ke dada apabila melihat wajah pucat Azura.
"And thank you. Disebabkan plan bodoh kau tu...." sengaja Aylana tidak menyambung ayatnya sehingga habis.
Azura masih diam ditempatnya.
"Okay lah,aku gerak dulu. Bye..." tangannya dilambai ke arah Azura.
Baru beberapa tapak Aylana melangkah,badan kembali diputar untuk memandang Azura.
"By the way,good luck. Semoga kau boleh nampak matahari lagi esok" Aylana tersenyum senget.
Bunyi kasut tumit tinggi yang dipakainya bergema memenuhi ruangan letak kereta bawah tanah. Hatinya sedari tadi lagi berdebar kencang. Tangan yang sedikit menggeletar digenggam. Kunci kereta digagau dari dalam beg tangan.
Jeritan nyaringnya bergema di seluruh pelusuk ruang saat lehernya dikunci dari belakang. Azura meronta-ronta ingin melepaskan diri.
"Welcome to the nightmare" bisik satu suara garau.
Itu asalah perkara terakhir yang Azura ingat selain merasakan sakit dibahagian lehernya yang dihentak kuat oleh sesuatu.
Buka sahaja mata,wajah tidak bermaya orang-orang yang pernah diupahnya menjamah mata. Leher yang masih sakit diurut perlahan. Sedetik badannya menegang kerana teringatkan apa yang dilihatnya sebentar tadi.
"Apa korang buat dekat sini?" soalnya dengan nada hairan.
"Sebab kau. Kau punca kitorang terkurung hampir mati dekat sini!" jerkahan itu membuatkan bahu Azura terangkat.
"Shh,bising sangat ni kenapa? Sakit telinga tahu tak?" Muzameel berjalan masuk ke ruangan itu sambil menggosok telinganya.
"Muzameel,you buat apa pula dekat sini?" makin berkerut dahi Azura dibuatnya.
"Buat apa? Cabut nyawa kau of course" jawabnya tenang.
Semakin lama langkahnya semakin hampir mendekati Azura sebelum duduk mencangkung dihadapan wanita itu.
"Kau ni cantik tau Azura. Lagi cantik kalau kau bertudung macam dulu. Tapi,sayang. Kau ni bukan definisi beauty with brain" kepala Azura ditunjal sedikit.
"Dari first kau decide nak sentuh Aylana,kau dah jadi manusia paling bodoh atas muka bumi ni. Nak tahu sebab apa? Sebab abang aku dah jatuh cinta paling dalam dengan bini dia. And he won't hestitate to be a grim reaper if anyone dare to touch his queen"
Muzameel mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu botol yang ada ditangannya ditayang di hadapan wajah Azura.
"Tahu tak ni benda apa?" soalnya dengan nada riang.
Azura diam tidak menjawab.
"Ini nama dia cuka getah. And kau tahu aku nak buat apa dengan benda ni?" Azura sudah tegup liur sendiri.
Firasatnya mengatakan sesuatu yang buruk akan terjadi. Tapi malangnya tubuh yang sudah kemas terikat ini membataskan segala pergerakan.
Rambutnya dipintal lalu dicengkam kuat oleh Muzameel hingga membuatkan Azura terdongak. Penutup botol cuka getah itu dibuka. Perlahan-lahan cecair itu dituang ke atas wajah Azura.
Raungan wanita itu bergema hebat. Muzameel melepaskan cengakamnya pada Azura. Wajahnya hanya kosong saat melihat Azura yang sedang menggelupur kesakitan.
"I'm done with my part. Joshua....your turn....." panggilnya meleret.
Sebuah evil smirk diberikan kepada tahanan lain yang sedang melihatnya. Muzameel berjalan ke arah pintu keluar. Ada Joshua disitu sedang elok bersandar pada pintu. Keluar sahaja Muzameel dari ruangan itu,Joshua mula berdiri tegak dan turut melangkah ke arah pintu.
Sebelum keluar,pemetik api ditangannya dinyalakan lalu dilempar begitu sahaja ke lantai.
"Adios!" bersama lambaian kecil Joshua berlari mendekati Muzameel.
Gudang yang sedang terbakar dibelakang mereka sedikit pun tidak menarik perhatian. Dua lelaki itu melakukan fistbump.
Well,everyone got their own devil side right?
YOU ARE READING
MARTEEN'S QUEEN
RomanceAYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya wattpadlah tempat Aylana meluah perasaan. Menjadikan encik crush sebagai seorang tokoh utama di dalam ce...