👑 : 22

27.7K 1.7K 27
                                    

Aylana masih lagi sibuk dengan novel ditangannya. Masih lagi fokus dengan sweet scene yang dibacanya.

Bunyi pintu bilik air yang dibuka dari dalam sama sekali tidak membuatkan Aylana menoleh. Marteen melangkah keluar dengan hanya mengenakan sehelai tuala yang diikat kemas pada pinggangnya.

Aylana menoleh sebentar. Melirik ke arah tubuh kekar Marteen yang dihiasi lapan coklat bar di atas perut.

Tetapi maaf,malam ini novel yang ada di tangan Aylana lebih menarik dari badan hot and spicy milik Marteen.

Marteen yang melihat riaksi tidak tertarik Aylana sedikit tercengang. Kalau tidak selalu sahaja nak curi-curi pandang. Ni dah bagi pandang taknak pandang pula.

Kaki melangkah masuk ke dalam walk in closet. Tak betah berlama-lama memakai tuala itu. Sudah lah bilik tidurnya ini sesejuk kutub utara.

Seluar pendek bersama sleeveless jersey dipakai pada tubuh. Marteen keluar dan berjalan ke arah katil. Tubuh besarnya merangkak naik menindih tubuh kecil Aylana.

Aylana mengangkat sedikit tangannya, memberi akses supaya Marteen dapat berbaring di atasnya.

"Ilaria.." panggil Marteen.

Aylana hanya menyahut dengan deheman. Marteen mencebik sedikit. Wajahnya ditenggelamkan di dada Aylana. Hidung turut digesel-geselkan disitu.

Aylana menutup novel yang sedang dibacanya. Novel diletakkan ke tepi. Jari runcingnya naik mengusap pipi Marteen.

"What's wrong hm?" soal Aylana lembut.

"Penat..." rengek lelaki itu.

"Kesiannya husband saya"

Pipi Marteen ditekup lalu kepala lelaki itu diangkat untuk menghadapnya. Bibir kecil Aylana dijatuhkan di segenap inci wajah tampan Marteen.

Marteen hanya menerima dengan senyuman nipis.

"Are you okay?" tangan kecil Aylana digenggam.

"I'm good. Kenapa?" mata bundarnya terkebil-kebil memandang Marteen.

Marteen yang tidak tahan melihat kecomelan Aylana terus mendaratkan sebuah ciuman singkat terhadap bibir kecil isterinya.

Terkaku sebentar Aylana dibuatnya.

"First kiss,Lana" bibirnya ditekup menggunakan tapak tangan.

Marteen tersenyum senget.

"Come on,it's my first kiss too" jawabnya selamba.

"Kau okay ke? Tadikan langau tu datang serang kau" Marteen kembali kepada topik asal mereka semula.

"Joshua bagitahu?" Marteen jatuhkan kepalanya dan kembali bersandar di atas Aylana.

"Lana okay je. Setakat si Azura tu apa lah sangat. Celah gigi aje"

"Jangan yakin sangat,wifey. Aku risau dia buat benda bukan-bukan dekat kau" pinggang ramping Aylana dipeluk kemas.

Aylana tersenyum segaris.

"Jangan risau. Kita sama-sama usaha dan minta tolong Allah jagakan kita berdua okay?"

Mata Marteen semakin layu.

"Awak penat sangat ni husband"

Marteen hanya menggumam perlahan.

"Penat. Nak lunch pun tak sempat" adunya.

Aylana diam sebentar. Kedudukan dibetulkan sedikit agar dirinya dan Marteen lebih selesa untuk berbaring.

"Why not Lana masakkan bekal untuk awak?" soalnya memberi cadangan.

"Taknak. Nanti sampai waktu lunch bekal tu dah sejuk" kepala digeleng kecil.

"Tak. Maksud Lana,nanti Lana pergi COD lunch tu dekat office awak,husband"

Marteen kembali celikkan matanya.

"Aku taknak bebankan kau,wifey" tepi pinggang isterinya diusap.

"Mana ada susah. Husband jangan lah halang Lana nak buat pahala lebih ni" bangkang Aylana.

Marteen melangut sedikit. Melihat wajah cemberut isteri kecilnya. Nafas dihela perlahan. Dengan Aylana Marteen tak boleh nak menang.

"Fine. Selagi kau tak rasa terbeban,aku benarkan. Tapi,just datang kalau kau free je. Kalau busy jangan paksa diri. Understood?" laju Aylana mengangguk.

"Tapi...Lana boleh masuk macamtu je ke office awak,husband? Ke kena buat appointment?"

"Ilaria,sayang. You're my wife. The big ma'am. What's mine is yours. Buat je company aku tu macam kau punya"

Aylana tersengih sebentar lalu mengangguk lagi.

"Now,sleep. Aku ngantuk"

"Baik,husband"

Lampu ditepi katil dimalapkan sebelum pasangan itu kedua-duanya mul belayar ke alam mimpi.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now