👑 : 46

27.5K 1.6K 15
                                    

Pemandangan kota London yang terbentang didepan mata diamati sepuas-puasnya dari balkoni bilik. Secawan hot chocolate yang menemani diri disisip perlahan. Sesaat kemudian,jari kembali menari-menari di atas papan kekunci laptop.

Kejap. Kota London? Ya,kota London.

Macam mana boleh sampai sini? Marilah berjemaah menyalahkan Marteen Uqael yang terlebih bijak kerana membuat kejutan tergempar ini. Diam-diam sahaja lelaki itu merancang perjalanan mereka kesini. Bila ditanya kenapa tiba-tiba nak balik London,dengan mudah lelaki itu menjawab...

"Nak tebus honeymoon awal-awal kahwin haritu"

Bila Aylana tak terima jawapan tersebut,mulalah Marteen kaitkan nama semua orang. Katanya Bianca dan Nathaniel rindu mahu bertemu dengan Aylana. Mahu tidak mahu,Aylana terpaksa mengikut kemahuan si suami yang satu itu. Dasar banyak akal!

Perutnya diusap lembut sambil mata ralit memandang screen laptop. Kadang-kadang kening yang tidak gatal digaru. Kadang-kadang satu keluhan lemah meniti di bibir. Buntu? Haruslah.

Mencari idea itu bukanlah sesuatu yang mudah. Badan disandarkan pada kerusi. Mata dipejam sekejap. Berharap agar ada idea yang terlintas masuk ke dalam kotak fikirannya.

Tangan kekar yang memeluknya dari belakang sedikitpun tidak membuat Aylana terkejut. Aylana kenal pemilik haruman cologne yang menerjah masuk ke dalam hidungnya. Bahu yang mula terasa berat diabaikan. Kepala disandarkan pada dada bidang lelaki itu.

"What are you doing,wifey?" suara garau itu bertanya.

Aylana diam tidak menjawab. Sengaja ingin lelaki itu mencari sendiri jawapan untuk soalannya.

Mata dark olive milik Marteen mula naik memerhati screen laptop. Membaca setiap baris ayat yang terpapar pada screen laptop. Matanya terkedip-kedip memandang Aylana dan screen laptop bersilih ganti.

"Wifey...Are you being serious right now?" soalnya dengan nada tidak percaya.

Aylana tersenyum geli hati dengan mata yang masih terpejam.

"Wifey...Jawab lah jangan lah diam" rengeknya persis anak kecil.

"What is it,Marteen Uqael?" rambut tebal lelaki itu diusap lembut.

"Wifey...Tulis novel balik?" Aylana jatuhkan kepala.

"Kalini pasal apa?" soal Marteen penuh minat.

"Pasal kita" makin bersinar mata Marteen selepas mendengar perkataan 'kita'.

"And about our future little family" sambung Aylana.

"Little one,did you hear that,mom wrote about us in her novel" katanya dengan nada teruja sambil mengusap perut Aylana.

"Did we get a happy ending?" bahu Aylana dikucup sekali.

"Of course. As long as we're together,they'll always be a happy ending"

"Manuskrip ni dah siap ke,wifey?" tempat disebelah Aylana diambil.

"Dah. Tinggal nak hantar je" cawan hot chocolate miliknya dicapai.

"Kenapa tak self publish?"

"Susah. Banyak kerja. Banyak guna duit. Lagipun nak self publish sekarang? Taknak lah. Lana nak rehat" adunya.

Marteen tersenyum nipis. Kalau itu yang Aylana risaukan,petik jari sahaja Marteen sudah boleh selesaikan.

"Tapi teringin tak nak self publish?" pancing Marteen.

"Teringin tu ya. Tapi mungkin bukan sekarang. Mungkin satu hari nanti? Aylana ni dah la tak famous. Nanti rugi kalau self publish"

Marteen kerutkan dahi. Dia tak salah dengar kan? Aylana cakap apa tadi? Tak famous? Sungguh menipu.

Bukannya Marteen tak tahu berapa income yang Aylana dapat setiap bulan sebagai seorang penulis novel. Novel Aylana tu bukan main laris lagi di pasaran. Itu yang dikatakan tak famous? Minta kena gigit betul.

Marteen senyum senget. Smartphone di dalam poket dikeluarkan. Satu pesanan dihantar pada Joshua. Tidak sampai seminit mesej tersebut sudah di reply.

Settle satu kerja.

MARTEEN'S QUEENWhere stories live. Discover now