7 tahun kemudian...
Dewan besar itu sudah mula dipenuhi oleh orang ramai. Hiruk-piruk dari segenap dewan sedikit pun tidak mengganggu dirinya yang sedang menyusukan si kecil di bilik khas yang disediakan di belakang dewan.
Pipi merah yang mengembung ketika menyusu itu dipandang gemas. Dress kecil yang sedikit tersingkap ke atas dibetulkan. Paha gebu milik si kecil ditepuk lembut.
"Mom..." seru satu suara.
"I'm here,sayang" sahut Aylana yang masih lagi sibuk menyusukan anak kecilnya.
Sepasang kaki kecil berlari mendekat ke arahnya.
"Mom,boleh tolong Maleeq tak?" soalnya sambil menunjukkan bow tie yang masih belum diikat pada leher.
Aylana toleh ke arah Maleeq Adryan. Anak sulungnya yang sudah mencecah usia 6 tahun nampak segak memakai tuxedo bewarna hitam dengan rambut hitam pekat disisir rapi. Mungkin ikut Marteen,sebab itu anaknya yang satu ini tinggi melangut walau usianya masih kanak-kanak.
Aylana pandang tangan sendiri. Sebelah tangan masih memegang botol susu kepunyaan anak keduannya manakala sebelah lagi sedang menepuk paha Medina Alya yang masih tertidur pulas.
"Alamak..." rasa serba salah pula bila tidak dapat menolong anaknya.
"Eh tak apa. Kalau mom tak boleh tolong kejap lagi Maleeq min-" belum sempat ayatnya dihabiskan,satu suara garau datang menegur dari belakang.
"Sini. Biar dad yang ikatkan untuk Maleeq" tubuh anaknya didukung menggunakan sebelah tangan lalu didudukkan atas riba selepas mengambil tempat disebelah Aylana.
Maleeq duduk diam dipangkuan Marteen sementara lelaki itu mengikatkan bow tie padanya.
"Done. As handsome as always" puji Marteen.
"Tengok la anak siapa" Maleeq tersenyum senget.
Boyish smirk itu... Sama sahaja seperti si ayah. Boleh dikatakan hampir sembila puluh peratus perangai Maleeq turun dari Marteen.
Penat Aylana yang mengandung sembilan bulan. Alih-alih keluar semua genetik Marteen juga. Nasib lah si bulat Medina ni ada juga ikut dia. Kalau ikut Marteen juga,mungkin Aylana akan minta tambah lagi sampai dapat yang ikut genetik dia pula?
Rengekan kecil dari Medina menarik perhatian semua. Tahulah mereka,si kecil itu sudah bangun dari tidur nyenyaknya.
"Hi,princess"jari jemari kecil Media dikucup oleh Maleeq.
Mata bundar itu ralit memeriksa wajah si abang sehingga satu senyuman manis menampakkan gusi dan lesung pipitnya terbentuk cantik.
Pintu bilik yang diketuk dari luar membuatkan semua yang di dalam menoleh. Joshua jengulkan kepala dari luar.
"Semua dah sampai" maklumnya.
Marteen anggukan kepala. Maleeq sudah melompat turun dari riba si ayah. Tuxedonya dibetulkan.
"Shall we,my dearest author?" sebelah tangan dihulur pada Aylana.
Dengan senang hari huluran itu disambut dengan sebelah tangan memangku Medina.
Dress yang tersarung ditubuh dibiarkan meleret ke lantai. Tangan dikalung pada lengan sasa Marteen. Maleeq pula memegang sebelah lagi tangan Marteen.
Hari ini harinya. Hari dimana Aylana akan merasmikan syarikat penerbitan miliknya sendiri beserta dengan novel terbarunya.
The Unbroken Love.
Mengisahkan tentang dua insan yang saling mencintai dan sanggup mengharungi segala dugaan bersama demi mencari erti kebahagiaan dengan saling melengkapi satu sama lain.
Kata siapa bahagia dengan orang yang kita suka itu tidak mampu dicapai jika sudah ditakdirkan sejak azali?
Apa mereka lupa dengan kuasa doa? Lupakah mereka,dengan satu doa,seluruh perjalan hidup mampu dibolak-balikkan?
Kerana itu,Aylana tidak pernah lupa nama seorang Marteen Uqael di dalam doanya. Kerana kuasa doa itu,dia berada di sini hari ini. Disisi orang yang disayanginya. Dan Aylana akan semtiasa berdoa. Agar kebahagian ini kekal hingga ke hujung kisahnya.
-T A M A T-
YOU ARE READING
MARTEEN'S QUEEN
RomanceAYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya wattpadlah tempat Aylana meluah perasaan. Menjadikan encik crush sebagai seorang tokoh utama di dalam ce...