Buku yang baru habis ditelaah ditutup. Botol air yang setia berada di atas meja dicapai lalu air diteguk untuk menghilangkan rasa kering di tekak.
Buku-buku yang bertaburan di atas meja dikemas semula. Badan yang terasa letih diregangkan sedikit. Kerusi ditolak kebelakang lalu badan dibangunkan.
Baju sekolah dirapikan. Tudungnya juga dilipat supaya kelihatan kemas semula. Buku-bukunya di atas meja diambil untuk dibawa keluar dari library bersama.
Satu senyuman kecil diberikan kepada penjaga library saat melintasi meja pertanyaan yang bersebelahan pintu keluar. Kaki dilangkah ingin kembali ke kelas semula.
Namun langkahnya terhenti di tengah jalan. Tiga orang pelajar perempuan yang berdiri didepannya dikerling sedikit sebelum satu keluhan halusdihembuskan.
"Wey,dia sigh kan kita la..." salah seorang dari tiga orang perempuan itu berbunyi.
"Hoi budak,kau dah makin berani eh?" bahu Medina Alya ditolak kuat sehingga terundur beberapa langkah ke belakang.
"Kau tu dah la kolot. Dengan pakai tudungnya lagi. So,low class sial" mereka memandang Medina dengan wajah jijik.
Buku-buku ditangannya ditepis hingga jatuh ke lantai. Medina pejamkan mata. Menahan segala gelora jiwa di dalam hati.
Mata dark olivenya yang dilindung oleh lens bewarna hitam itu mencerlung tajam kehadapan.
"Kau? Jeling aku? KAU JELING AKU?!" suara itu melengking memenuhi koridor.
"Berani eh kau? Kau ingat kau siapa? Nak besar kepala sangat!" kepala Medina ditunjal beberapa kali sehingga terhantuk ke dinding.
Tiga orang pelajar perempuan itu sedikit tersentak. Tidak berniat untuk membuat perkara seteruk ini. Tetapi riak wajah sehabis baik dineutralkan.
Medina pegang kepala yang terasa sedikit berpinar. Di dalam hati tidak habis berselawat supaya dapat mengawal api kemarahannya.
"Kesian kau kan. Dah la kolot. Lepastu parents pula tak sayang. Pitty you..." ejeknya.
"Macam mana you tahu parents dia tak sayang dia babe?" soal lagi seorang pelajar perempuan.
"Sebab parents dia tak datang perjumpaan waris esok" ketiga-tiga pelajar perempuan itu gelak kuat.
Medina hanya diam. Sedikit pun tidak terasa dengan ejekkan itu. Kerana ibu bapanya ada sebab tersendiri kenapa mereka tidak dapat hadir.
Medina duduk bercangkung di lantai. Buku-bukunya dikutip semula. Tiga orang pelajar perempuan tadi dilepasi begitu sahaja.
Ruang makan itu hanya dipenuhi dengan bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan. Medina memandang abangnya yang masih ralit mengunyah makanan.
"Abang..." panggilnya perlahan.
Maleeq Adryan angkat muka memandang wajah puteri kecilnya. Dahi sedikit berkerut saat melihat dahi suci adiknya mempunyai kesan lebam yang samar-samar.
Wajah Medina ditarik perlahan menghadap dirinya. Mata dark olive itu tekun memandang kesan lebam tersebut. Nampak macam masih baru.
"What happened?" nadanya kedengaran beku dari kebiasaan.
Medina tegup liur.
"Tadi,kepala princess terhantuk dekat pintu kelas waktu rushing nak balik" tipunya.
Maleeq masih memandang Medina.
"Sure? Tak tipu abang?" kepala laju dijatuhkan.
Maleeq hembus nafas perlahan. Rasa macam susah pula nak percaya tapi...
Maleeq malas mahu bertanya lanjut.
"Esok abang free?" soal Medina kembali.
"Don't worry,princess. Abang tak lupa. Esok tunggu abang dalam kelas okay?" Medina jatuhkan kepala lagi.
Satu senyum kecil terukir. Rasa bersyukur apabila dikurniakan abang seperti Maleeq Adryan.
YOU ARE READING
MARTEEN'S QUEEN
RomanceAYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya wattpadlah tempat Aylana meluah perasaan. Menjadikan encik crush sebagai seorang tokoh utama di dalam ce...