Kereta milik Aylana masih lagi bergerak dalam kelajuan yang tidak tahu bila masanya akan menurun. Bibirnya dikemam kuat. Takut? Sudah tentu.
Suara Marteen masih lagi menemani dirinya. Sesekali mata melihat cermin pandang belakang. Mencari kelibat kereta yang masih lagi mengekori dirinya. Semakin lama semakin rapat.
BUM!
Hentakan dari bahagian belakang kereta membuatkan Aylana menjerit kuat. Genggaman pada stereng diperketat apabila kereta yang tadinya berada di belakang kini sudah berada di sisi.
Sekali lagi kereta Aylana dirempuh. Tapi kali ini dibahaguan sisi. Kereta yang tadinya masih lagi mampu dikawak kini diseret oleh kereta sebelahnya hingga ke bahu jalan. Perlanggaran kereta denga bahu jalan membuatkan tubuh Aylana terasa remuk.
Darah segar dari kepala yang terhantuk dengan stereng dapat dirasa sedang mengalir turun. Seatbelt dibuka. Heels yang tersarung di kaki juga dibuka. Dengan kudrat yang masih ada,cermin sebelah tempat duduk pemandu yang sudah mula retak dipecahkan.
Suara Marteen yang memanggil namanya diendahkan. Pecah sahaja cermin kereta itu,Aylana melompat keluar ke dalam sungai.
Hidung terasa sesak dengan air yang mula memasuki rongga pernafasan. Bunyi letupan dari atas sana membuatkan Aylana menoleh.
Matanya semakin memberat. Tenaganya sudah habis digunakan. Perlahan-lahan mata cantiknya tertutup rapat.
Kepulan asap yang semakin jelas kelihatan membuatkan Marteen menekan padel minyak semakin kuat. Kelajuan keretanya ditingkatkan.
Kereta diberhentikan dibahu jalan. Pemandangan yang menjamah mata dark olivenya membuatkan tubuh Marteen melemah.
Kaki yang ingin rebah digagahkan untuk berdiri.
"Ilaria..."
"Ilaria..."
"Ilaria..."Panggilnya perlahan.
Marteen mula berlari kecil. Mendekati kereta yang sedang hangus dijilat api. Tubuh tegapnya ditahan kuat oleh Muzameel.
"Kau gila ka?!" tempik Muzameel kuat.
"Wife aku tu bodoh!" jeritnya tidak kurang kuat.
"ILARIAAA!!!" wajahnya memerah.
Marteen meracau kuat di dalam dakapan Muzameel.
"Sabar Marteen Uqael!" Muzameel masih lagi mencuba menenangkan Marteen.
Nafasnya termengah-mengah. Dadanya naik turun dengan laju untuk mengepam oksigen ke dalam peparu.
Rasanya bagai sedang melihat sebuah mimpi ngeri. Bagaimana jika Aylana masih berada di dalam kereta itu.
Membayangkan sahaja sudah cukup buat Marteen rasa hilang arah.
"Ateem!!" laung Joshua dari jauh
Jarinya ditala ke arah sungai berdekatan. Marteen dan Muzameel menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Joshua.
Terus membulat mata Marteen. Pelukan Muzameel pada badan kekarnya dilepaskan serta-merta. Kot yang membaluti badan dilempar ke sebarangan arah.
Tidak sampai sesaat,badan tegap Marteen sudah berada di dalam air. Marteen menghampiri sekujur tubuh yang sedang dihanyutkan oleh arus air. Dengan sekali rentap sahaja,tubuh kecil itu sudah berada di dalam dakapan Marteen.
Tangannya bergetar hebat saat menyentuh wajah pucat tidak berdarah milik Aylana. Laju sahaja Marteen membawa Aylana naik ke darat. Detak jantung Aylana yang semakin perlahan membuatkan Marteen gementar.
"Wifey,please...Please be strong..." rayunya.
Tanpa dipinta,matanya mula mengeluarkan cecair jernih yang panas.
Terus diangkat Aylana untuk masuk ke dalam kereta. Badannya dan badan Aylana yang basah kuyup diendahkan.
Joshua dan Muzameel pula hanya melihat kereta Marteen berlalu pergi meninggalkan tempat kejaadian.
"So...?" Muzameel melirik ke arah Joshua.
"Let start our works" kereta milik Aylana yang sudah hangus dijilat api sebentar tadi dihampiri.
Marteen bejalan keluar dari toilet dengan pakaian bersih. Bilik pembedahan yang masih menempatkan Aylana di dalamnya dihampiri.
Punggung dilabuhkan di atas kerusi menunggu yang disediakan. Wajahnya diraup kasar. Hatinya masih lagi tidak tenang selagi belum mendapat khabar berita tentang isteri tercinta.
Neuron kepala ligat berfikir tentang dalang disebalik kemalangan ini. Mengingatkan kembali wajah pucat dan kesan lebam milik Aylana membuatkan Marteen mengetap kuat rahangnya. Urat-urat hijau mula kelihatan pada dahi,leher dan tangannya.
Bunyi pintu bilik pembedahan yang terbuka menghancurkan segala lamunan Aylana.
"My wife?" soalnya sambil berjalan menghampiri seorang doktor.
"Maafkan saya,Tuan Muda. Kami..."
YOU ARE READING
MARTEEN'S QUEEN
RomanceAYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya wattpadlah tempat Aylana meluah perasaan. Menjadikan encik crush sebagai seorang tokoh utama di dalam ce...