Pandangan kosong dilempar ke arah sekujur tubuh yang kaku di atas katil hospital tersebut. Dunianya seakan sedang runtuh apabila melihat keadaan si cinta hati.
Separuh hati rasa bersyukur kerana Aylana berjaya diselamatkan. Separuh lagi hati sedang meraung kerana situasi Aylana yang sedang koma.
Wajah pucat yang penuh kesan calar dan lebam itu dibelai lembut.
"My strong woman..." dahi Aylana yang berbalut dikucup.
"Ilaria,aku minta maaf sebab aku kau jadi macamni. Aku minta maaf sebab lambat datang selamatkan kau. I'm sorry,wifey. I'm truly sorry. Sepatutnya aku yang terbaring sakit sekarang ni. Bukan kau. Kau tak layak nak rasa kekejaman ni,wifey"
Tangan Aylana yang berada di dalam genggamannya dikucup syahdu. Mata terpejam rapat. Hatinya masih rasa serba salah.
Mengapa perlu libatkan Aylana jika dirinya yang mereka mahukan. Kenapa perlu sakitkan permaisurinya?
Bunyi pintu yang dibuka dari luar membuatkan Marteen menoleh. Kedua orang tua Aylana ada di sana. Sedang berjalan mendekat ke arah katil Aylana.
Marteen bangun dari duduknya. Tangan mertuanya dicapai untuk bersalaman.
"Ateem minta maaf. Ni semua salah Ateem. Ateem minta maaf sebab tak jaga anak ibu ayah dengan baik. Tolong maafkan Ateem"
Air mata yang ditahan sekian lama akhirnya gugur. Ya,Marteen kalah. Dan Marteen akan selalu kalah dalam setiap hal yang melibatkan permaisuri hatinya.
Aylana adalah segalanya buat Marteen. Kekuatan dan juga kelemahan. Baru sahaja tidak dapat mendengar suara gadis kecil itu untuk satu hari sudah cukup membuatkan dunia Marteen kacau-bilau.
Tuan Ziyad menarik Marteen masuk ke dalam pelukan. Belakang badan Marteen ditepuk beberapa kali bagi menyalurkan kekuatan.
"Marteen..." panggil Puan Zariyah.
Marteen melihat wajah tenang ibu mertuanya.
"Anak ibu beruntung. Sebab dia jatuh cinta dengan lelaki hebat yang boleh sayang dan cintakan dia sepenuh hati. Ateem jangan lah risau. Ibu kenal anak ibu. Dia kuat. Nanti dia bangun lah. Ateem pun kena kuatkan diri untuk Lana. Ateem tak mahu kan nanti bila Lana bangun,dia tengok Ateem tak berdaya macam sekarang?"
Marteen tersenyum nipis. Kata-kata Puan Zariyah sedikit sebanyak menenangkan hatinya.
"Ibu dengan ayah tak boleh lama dekat sini. Kejap lagi ayah dah kena masuk kerja"
Marteen jatuhkan kepala.
"Kalau Marteen perlukan bantuan apa-apa,hubungi sahaja ayah. Kalau boleh tolong,inshaAllah ayah tolong"
"Terima kasih,ayah"
Marteen menghantar ibu bapa mertuanya sehingga ke depan lift. Hilang sahaja bayang mereka,bilik yang menempatkan Aylana kembali dituju. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik,Joshua dan Muzameel sudah ada di sana dan sedang bersandar pada dinding.
"Masuk" arah Marteen.
Sofa yang tersedia di dalam wad itu didekati. Ketiga-tiga manusia itu melabuhkan duduk. Joshua meletakkan sampul bewarna coklat bersaiz a4 ke atas meja.
"Aku tak dapat cari siapa yang upah,tapi aku dapat jumpa siapa yang ada dalam kereta tu" kata Joshua.
Marteen masih lagi meneliti beberapa keping kertas a4 yang ada pada tangannya.
"They touch my queen" bisik Marteen perlahan.
"Touch them back,bro. Easy" jawab Muzameel selamba.
Serentak Joshua dan Marteen menoleh ke arah Muzameel dengan wajah berkerut.
"Bodoh ke?" kan dah kena setepek dengan Joshua.
"Tak,korang kenapa? Tak payah la sentuh guna tangan sendiri. Diorang pun upah orang kan" Muzameel membela dirinya.
Marteen dan Joshua mengendahkan Muzameel. Bukan boleh. Makin dilayan makin mengarut nanti.
![](https://img.wattpad.com/cover/316165174-288-k304378.jpg)
YOU ARE READING
MARTEEN'S QUEEN
RomanceAYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya wattpadlah tempat Aylana meluah perasaan. Menjadikan encik crush sebagai seorang tokoh utama di dalam ce...