Aliya mendekati pintu kaca balkoni. Hujan lebat berserta guruh itu lansung tidak menakutkannya kerana dia sudah terbiasa.
Danny yang tertidur pulas disofa lansung tidak terganggu. Aliya tahu Danny tidak memakai wangian tersebut. Sebab itu dia boleh menyentuh Danny.
"Danny, bangun. Kau ni asyik tidur jela." Aliya cuba menggerakkan Danny, namun Danny sekadar mengeliat malas dan menukar posisi.
"Aku cakap bangunlah." Geram Aliya lalu dijentik dahi Danny. Danny berkerut. Tercelik matanya.
"Nak apa?" Tanya Danny bersama suaranya yang tidak bermaya.
"Sekarang lepas zuhur, kau tak solat?"Danny meraup mukanya. Dalam hati tersangat kesal dengan diri sendiri.
'Tak guna, hantu pulak pergi ingatkan aku.'.
.
.
.Aliya menerawang di seluruh ruang tamu. Resah dan gelisah sebaik Danny menghabiskan bacaan doa. Danny yang telah selesai solat keluar dari bilik, membawa satu laptop ditangan.
"Kau buat apa Danny?"
"Aku nak marathon anime."
"Oh."
"Kau ada ketuk pintu ke tadi?"Aliya menggeleng. Namun kepalanya tertoleh ke arah pintu ruang tamu.
"Ada orang ketuk kat luar, aku mana boleh keluar. Kang sakit jantung orang tu nanti."Danny menghampiri pintu utama itu lalu tombol dipulas dari dalam. Aliya pula sekadar menyorok di belakang Danny.
"Lilin?"
Terlihat satu kotak lilin diletak di dalam plastik yang dilekatkannya dipintu.
"Jiran bagilah tu." Ujar Aliya buat Danny tertawa kecil.
"Selalu ke macam ni?" Tanya Danny.
"Taklah, sejak ada kau."
Danny mengangguk faham. Kotak lilin itu diambil.Koridor tingkat itu sunyi. Danny tertanya-tanya tapi dipendam dahulu. Pintu rumah ditutup lantas dia mengeluarkan satu lilin dan menerangi di bahagian ruang tamu sahaja.
Walaupun sudah tengah hari, namun cahaya suram berserta kilat memancar memberi sedikit pengcahayaan. Sebab itu dia malas nak bazirkan bateri pada handset dan torchlightnya.
Lilin segera dinyalakan dan diletakkan di ruang tamu sahaja.
"Kau pergilah buat kerja kau, mengendeng kat aku ni dah kenapa?" Hairan Danny."Aku nak takutkan sape? Tak de manusia lalu depan flat ni."
"Kerja kau menakutkan manusia je ke?" Tergelak Danny.
"Dah tu apa lagi? Sesatkan manusia? Aku belum dapat lesen jadi jin atau super iblis."
"Kau merapu apa ni Aliya?"
"Kerja?"
"Dahla kau, duk sini dengan aku. Kita tengok anime ni."
"Anime?""Yang ni."
"Ni kartun."
"Kau jangan nak samakan kartun dengan anime eh, aku bagi pelempang nanti."
"Dah tu apa yang bezakan dia?"
"Kau akan faham nanti. Sebelum tu, kau pandai baca tak?"
"Kau ingat aku hantu jenis buta huruf ke?"
"Mana tau en?"
"Menyampah betul aku dengan mamat ni." Gumam Aliya sambil pandang ke arah lain.
"Kau cakap apa tadi?"
"Aku cakap sampah kat dapur berlonggok, kau nak buat sarang tikus ke lipas?"
"Kau buta ke apa? Kat luar tu hujan."
"Sebelum ni tak hujan, tak buang pulak. Alasan je lebih."
"Kalau hari-hari macam ni, stress aku. Boleh botak aku dibuatnya." Danny pulak menggumam. Berpaling ke arah lain dan menyibukkan diri dengan laptopnya. Bercakap dengan Aliya memang tak boleh menang.Satu jam kemudian. . . . . . .
"Hisk hisk."
Danny mengeluh. Ni bukan nak tengok sad story ni. Horror story adalah.
"Kau menangis ke mengilai tu Aliya?"
"Hisk, Hua! Asal sedih sangat cerita ni?"
"Ha! Baru kau tau apa rasanya mendalami anime dengan kartun."
"Aku tak boleh ahh, tengok sedih-sedih ni."
"Kenapa? Elok je kau menangis. Tak de keluar air mata darah pun."
"Ish kau ni, aku tak boleh tidur nanti."
"Hantu pun tidur ke?"
"Aku pun perlukan tenaga lah."
YOU ARE READING
HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES C
HorrorHorror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbiasa dengan kehadiran roh yang tidak aman itu sejak dari kecil. Imannya tidaklah sekuat mana dan dia j...