P15 - Hitam

560 58 7
                                    

Danny mengusap kucing hitam di pehanya setelah diberikan mandi. Kemudian kepalanya tertoleh memandang Aliya yang tertawa bermain bersama satu susuk anak lelaki yang turut kurang sama dengan nasib Aliya.

Roh yang tidak tenteram, menumpang di tubuh haiwan belaannya sehingga kini. Budak lelaki itu menoleh kepalanya memandang Danny. Anak mata yang tiada dan hitam didalamnya tidak dapat diminta menjadi normal seperti hantu Aliya lakukan.

"Kau pandang apa?" Budak lelaki itu bertanya. Aliya pula sudah tertawa, pasti melihat tingkahnya yang serba tidak kena.

"Aku, cuma tak sangka kau ikut aku balik rumah. Hawa keberadaan kau memang aku tak rasa lansung bila kau menumpang di tubuh haiwan." Jujur Danny sambil membelai si kucing.

"......."

"Tapi, aku tertanya-tanya dari tadi, kenapa kau ikut aku?"
"Aku nak pinjam tubuh kau."

Danny melarikan wajahnya dan malas ingin melayan keinginan budak lelaki itu. Dia dah agak, kedatangan budak lelaki itu pasti bersebab.

"Danny cukup pantang mana-mana hantu nak pinjam tubuh dia. Lagilah dia tak suka." Jelas Aliya bantu menjelaskan.

"Kenapa?" Tanya budak lelaki itu ingin tahu.

"Sebab aku tak suka. Faham?" Danny mencelah.

"Tak faham." Jawapan yang boleh mengundang amarah. Danny tarik nafas. Gaduh dengan manusia, masih boleh bersabar lagi. Hantu? Memang menguji kesabaran dia.

"Kalau kau masih dengan permintaan mengarut kau tu, pergi balik tempat asal kau. Aku tak nak kau menumpang dalam rumah aku."

"Eee, tak baik cakap macam tu. Dia budak kecil lagi." Aliya berpihak kepada budak lelaki tersebut.

"Budak ke tak budak, aku kena buat juga. Kalau tak, spesies korang nanti makin lama makin banyak merempat kat tempat tinggal aku. Bukan home sweet home namanya kalau dah hantu yang duduk dalamnya." Ucap Danny selamba. Kucing di peha diletak ditepi lalu dia bangkit menuju ke dapur.

Perut yang lapar ingin diisi. Semasa hendak memasak, Aliya datang terbang menyapanya.

"Kau nak apa lagi?"
"Kau tak kesian ke? Dia mana ada tempat tinggal."
"Aku dah cakap, jawapan aku muktamad. Kalau kau keras kepala, aku pagar satu rumah ni supaya dia tak akan masuk."
"Atleast kau bagilah kucing dia tempat tinggal yang berbumbung dan selamat. Dia tumpang tubuh kucing sebab dia owner kepada kucing tu. Selagi dia tak jumpa mak dia, selagi itu dia stay dalam tubuh kucing tu."

'Bila dia ni speaking, aku tak rasa aku cakap dengan hantu.' Danny menggaru kepala yang tak gatal.
"Aku bagi dia sangkar, tapi duduk kat luar. Kalau hujan aku boleh bawak masuk dalam. Tapi bab kasi makanan dan taik kucing tu kau buat. Barang-barang dia aku beli. Macam mana? Deal?"

"Okey, cun. Tapi kenapa kau tak bagi dia pinjam tubuh kau? Kau pun tahu dia nak buat apa dengan tubuh kau. Perkara baikkan?"

"Aku tahu dia nak cari mak dia guna tubuh aku. Tapi cuba kau bayangkan, anak dia yang dah mati, tiba-tiba merasuk aku dan mengaku dia anak kepada perempuan tu, siapa yang terkejut? Aku atau mak dia? Nanti tak pasal-pasal aku dicop gila. Lepastu, kalau mak dia buat report polis, aku nak jawab apa? Kenapa aku ganggu mak dia? Tak cukup dicop gila, dicop pula aku ni melakukan sexual harassment. So, kalau boleh aku tak nak terlibat dengan sesi pinjam tubuh ni even dia tawarkan sesuatu sekalipun."

Aliya menganga. Pasti tak sangka dia akan dapat ayat Danny yang paling panjang. Sudah jelas Danny memang tak akan berubah fikiran.

"Oh, macam tu." Budak lelaki itu tiba-tiba muncul di dinding. Jadi semuanya sudah didengarkan.

"......." Danny malas nak berkata lagi.

"Kalau begitu, aku minta tolong satu benda. Tolong jagakan kucing aku, sebelum ni memang ramai. Tapi semua tak mampu jaga sebab kucing aku ni berbeza sikit dan jadi menakutkan bila aku yang kawal semata-mata nak berinteraksi dengan manusia. Dari situ, mereka buang kucing aku."

"Dan kau pulak nak kemana lepas tu?" Tanya Danny nak tahu.
"Aku nak tengok keadaan mak aku. Dan, cuba berinteraksi dengan dia dengan cara lain. Ada something aku nak beritahu tapi asyik tak ade kesempatan. Aku ingat, kalau rasuk manusia aku boleh menjelaskannya lebih detail. Rupanya payah."

Danny mengangguk faham.
"Akak pun boleh tengokkan." Aliya menyampuk sambil tersenyum.
"Terima kasih semua." Budak lelaki itu tersenyum. Kemudian menghilang perlahan-lahan.

Muncul kelibat kucing hitam mengeow memasuki dapur. Mungkin menyedari tuannya tiada. Pasti tercari-cari.

"Nama dia apa Aliya?" Tanya Danny. Nak panggil, takkan panggil kucing je kot. Kucing hitam itu dibelai kepala. Kesian pulak dengan nasib si kucing. Sudahlah dibuang, merempat pulak tu. Ditambah lagi si roh yang tak tenteram pulak menumpang. Pasti banyak tenaga si kucing gunakan. Kesian.

"Panggil si hitam jelah, memandangkam bulu dia hitam."
"Kesimpulan yang ringkas." Danny respect. Aliya kalau bab bagi nama memang cepat.

"Dah lapar ke? Aku pi keluar dulu beli barang dia Aliya. Macam biasa, kau jaga rumah. Kalau dia berak, cepat-cepat letak dalam toilet. Faham?"

"Faham. Yeay, hitam! Hari ini aku tak sunyi. Jom main." Ajak Aliya disambut meow si hitam. Danny berkerut. Macam faham je.

"Budak tadi sape name? Aku lupa tanya nama dia."
"Nama dia Risyam, aku panggil dia Syam je tadi."
"Nice name." Puji Danny ikhlas. Dia bersiap-siap keluar rumah setelah membasuh perkakas dapur dan pinggan mangkuk yang dia gunakan.

...........

Danny menuruni tangga, semasa hendak turun, satu kepala terjuntai jatuh tepat dihadapannya secara mengejut. Danny apa lagi, jatuh dari tangga dek terkejut disapa hantu yang entah dari mana.

Jatuh dari tangga, siapa tidak menyangka kini Danny pengsan tidak sedarkan diri disitu juga. Dari atas ke bawah, siapa je tak sakit. Tapi yang lebih teruknya, kepala Danny kini sudah berlumuran darah dek terhantuk dengan sisi tangga yang tajam.

"Kau buat apa!? Kau bunuh kawan aku!" Muncul Risyam tiba-tiba disana. Wajahnya memucat menakutkan. Niatnya ingin mengikuti Danny lagi, tidak sangka ada hantu lain yang datang menganggu.

"Dia nampak aku, dia nampak aku. Hahaha, dia nampak aku!"
"Dia kawan aku, kau tak berhak sentuh dia!" Marah Risyam kepada hantu yang membuatkan Danny pengsan tadi.

"Aku akan memilikinya!" Jerit hantu itu histeria lalu cuba ingin merasuki Danny. Sayangnya, dia terpelanting terlanggar dinding.

"Kau tak akan dapat sentuh dia, sebab dia ada pendinding. Heh." Risyam tersenyum sinis. Dia terbang terapung menuju ke satu rumah. Menembus masuk ke rumah orang itu lalu dibuka dari dalam.

"Mak, pintu terbukalah mak. Mak keluar tadi tak kunci pintu ke? Bahayalah." Seseorang muncul cuba ingin menutup pintu.

"Eh, mak kuncilah tadi."

"Ya Allah, mak! Mak sini! Ada orang jatuh tangga!"

Pintu dibuka seluas-luasnya sebaik nampak kelibat Danny jatuh pengsan dihadapan rumah mereka. Keadaan jadi tak kecoh sebaik jiran-jiran yang lain turut melihat keadaan tersebut. Akhirnya, Danny dihantar ke hospital kerana masih tidak sedarkan diri walaupun wajahnya telah disapu air bagi sedar. Sayangnya, dia tetap begitu.

Risyam yang melihat situasi tersebut sudah risau. Lebih baik dia bagitau Aliya agar Aliya tidak tertunggu-tunggu kepulangan Danny. Dan mungkin Danny tidak pulang buat sementara waktu ini.

"Semua ni salah aku. Kemunculan aku, semuanya jadi begini."













HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now