Rumah berhantu : 4

214 26 2
                                    

Danial berjalan masuk ke perkarangan rumah, dilihat abangnya sedang mencangkul apa entah. Ni mesti hari ni hanya daftar pertukaran kolej je. Tu yang sempoi je.

"Ha Nial, balik dah kau. Pergi buatkan air untuk kitorang!" Jerit Zafran dari jauh sambil melambai.

"Ya!" Sahut Danial lalu masuk ke dalam rumah. Sunyi. Ibunya dan kakak-kakaknya entah kenapa hilang. Mungkin keluar.

Beg sandang diletak ke sofa. Dapur ditujui. Mencari sirap untuk dibancuh. Saat sedang meletak gula dan mengaul rata, tiba-tiba peti sejuk terbuka perlahan-lahan.

Danial mengerling. Kalau orang lain pasti dah rasa cuak. Tapi Danial tidak sebab dia mampu melihat keberadaan tersebut.

Muka yang comel dan polos menatapnya. Tangan kecil itu memegang pintu peti sejuk.

"Nak aiskrim."

Danial telan air liur, tak tahu nak bereaksi apa. Habislah, takkan dia nak setuju? Gila apa? Nanti hantu kecil tu kerap minta perhatian darinya.

"Nak aiskrim."

Danial tak peduli, pandangan dikalih ke jug air lalu mempercepatkan kerjanya. Letak ais, dapatkan gelas, lantas kaki dipercepatkan.

"Nak aiskrim...." Sayu suaranya semakin jauh. Danial merasa serba salah. Dia kena buat begitu. Demi kebaikan keluarganya.

"Kalau kau rasa nak aman bahagia, jangan sesekali layankan permintaan diorang even pun kau nampak hantu bayi sekalipun. Mereka semua ada makhluk lemah yang boleh dijadikan pengantara iblis kemudian hari. Waktu tu, kau tak akan nampak hantu yang sama. Tapi iblis yang menguasai kau."

"Kau dah kenapa termenung je ni Nial?"

Tersentak Danial ditegur abangnya, sedar-sedar dia dah berada di laman. Fikirannya entah melayang mengingat Danny memesan sebegitu.

Melihat ayahnya sedang meneguk air dibuatnya membuatkan Danial merasa serba salah dan takut dalam satu masa. Dia tak nak disebabkan dia, semua orang kena tempiasnya. Takut pula keluarganya diapa-apakan.

"Kolam ada jumpa?" Danial bertanya tukar topik.
"Ada, memang agak tersorok jugak. Tak sangka Izz perasan." Jelas Zafran.

Danial beredar, mencari kolam yang dimaksudkan. Kakinya dibawa ke sisi rumah dimana bilik dia dan Izz ditempatkan disitu. Sampai sahaja disana, Danial berhenti dan meliar matanya memandang ke arah tanah hijau berlumut dan bercak. Waktu itulah Danial sedikit perasan akan kewujudan kanvas tersebut. Dan juga, roh gadis ditengah-tengah kolam.

Rupanya sangat persis seperti pontianak, namun Danial tahu ianya roh tak tenteram. Kalau pontianak, spesies itu akan menyerang siang-siang begini.

Roh gadis itu berbaju lusuh, kuyup dan basah. Muka kebiruan pucat. Danial tidak mahu bertentangan mata. Danial memerhati lebar kanvas di kakinya.

'Besar...'

Danial mencangkung, menguis kanvas di kakinya. Berfikir jugak apa akan jadi kalau kanvas tu dibuka. Risau muncul segala bintang bahaya macam ular ke.

"Kau tak sepatutnya pergi ke sini budak." Ucap seseorang disebelah Danial. Danial tidak terkejut, awal-awal sudah menyedari kewujudan hantu di biliknya itu.

Danial tak faham. Kenapa dia tak sepatutnya berada disitu?
"Adakah, ini petanda bahaya yang aku kena hadapi?" Gumam Danial sendiri namun jelas didengar hantu tersebut.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now