Danial merenung gelas dihadapannya. Dia tidak mengalihkan pandangannya sejak dari tadi.
Hanya kerana ingin keluar dan menemui Danny, dia terpaksa meninggalkan kain penutup matanya.
Pesan Danny, jangan gelabah dan panik. Jalan seperti biasa dan anggap sahaja tidak nampak apa-apa, yang penting jangan langgar orang. Itu sahaja.
Danial menggenggam erat tangannya, takutnya masih tidak surut. Namun tidak berani dia mengangkat kepala, kerana risau makhluk tersebut ada sekelilingnya. Mujur sahaja dia memilih kedai mamak yang ramai orang. Jadi, dia tidak ketakutan sangat.
"Assalamualaikum, Danial?"
Danial mengangkat kepala. Senyumannya melebar.
"Waalaikumussalam Danny, duduklah." Ajak Danial gembira.
"Kau tak sekolah ke?" Hairan Danny.
"Tanya aku, kau pun sama." Gurau Danial.
"Aku ada appointment gigi dengan dokter, kau pulak sebab apa?" Tanya Danny hairan sambil mengambil order dengan mamak berdekatan."Aku, tak selesa gi sekolah. Sana sini aku nampak benda tu. Kalau tak kacau aku tak apa, masalahnya setiap kali aku dihampiri mereka, atau diserang. Aku auto pengsan tanpa sempat buat apa-apa." Adu Danial.
Danny mengangguk faham.
"Sejak bila kau boleh tengok benda-benda ni semua?" Tanya Danny sambil menyedut minumannya."Dua minggu lepas, masa aku pernah tengok kau kat balai. Hari tu."
"Balai? Kau ada kat sana ke?"
"Haah, rasanya kau tak kenal aku."
"Aku rasa aku pernah tengok kau, kau bagi keterangan pasal hantu, tapi pihak polis tak percaya. Eh, aku ada belakang kau lah masa tu.""La yeke, tapi kalau kau tahu semua tu wujud, asal kau tak tolong aku?"
"Dengar sini Danial, tak semua orang percayalah benda ghaib. Polis percayakan fakta dan logik, kau bagi kebenaran sekalipun, mereka tak akan ambil keterangan kau sebagai bukti. Jadi, perbuatan kau sia-sia. Cuba kau bayangkan, kalau aku pun tolong kau masa tu, silap haribulan dua-dua kena hantar hospital gila. Aku tak nak, aku muda lagi. Awek pun belum dapat."Danny minum airnya sambil melihat reaksi Danial yang menunduk sedih.
"Jadi, aku nak buat apa dengan mata aku? Aku tak nak nampak semua benda tu. Kalau cantik tak apa lagi, ni semua hodoh. Makan pun tak ada selera tau tak." Keluh Danial sambil merengus."Kau cakap sebelum ni, Ustaz tu tak mampu tutup hijab kau. Jadi, kau kena kuatlah selepas ni."
Danial menyandar. Malas.
"Nak kuat macam mana, hantu belum sentuh aku, aku dah pengsan. Ni nak kena pulak berani. Berdiri pun goyah." Danial tunjuk sikap putus asa."Kau nak ikut aku, aku bawak kau jumpa hantu paling cantik supaya kau tak pengsan." Cadang Danny sambil tersenyum.
"Ada hantu cantik ke?" Hairan Danial.
"Ada. Kau je belum pernah jumpa." Cakap Danny masih dengan senyumannya.
"......."
"Ha, sebelum tu aku nak bagi kau ni." Danny keluarkan satu botol panjang. Macam minyak wangi.
"Apa ni?"
"Wangian pelindung, aku buat bisnes dengan ni."
"Biar betul kau?"
"Yup betul, disamping aku jadi pelajar aku jual minyak wangi pelindung. Berkesan dan mujarab. Hanya orang tertentu pasti percaya." Ucap Danny sambil menggoles sedikit ke tangan Danial. Danial menciumnya.
"Wangi, aku beli satu boleh?"
"Apanya? Aku bagi jela yang ni," Danny tarik tangan Danial lalu letak dalam telapak tangannya.
Danial merenung seketika. Danny sangat baik.
"Jom, lepak rumah aku. Ah ya, kalau kau tengok perempuan dalam rumah aku. Dia Housemate aku."
YOU ARE READING
HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES C
HorrorHorror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbiasa dengan kehadiran roh yang tidak aman itu sejak dari kecil. Imannya tidaklah sekuat mana dan dia j...