Rumah berhantu : 8

219 24 0
                                    

"Weh Danial, sumpah aku cakap dia memang tak takut lansung! Aku dah cuba macam gaya halau dia, tapi lansung tak endah."

Danial abai Mikail yang sudah risau semacam, takutlah tu kalau bilik nanti dipagar, biar terpenjara dalam bilik je.

Izzudin bangkit dari mencangkungnya dari menghadap katil.
"Macam ada tikuslah dalam bilik kau."

"Mana kau tau?" Danial tak puas hati dengan jawapan Izz.
"Aku masuk nak tengok-tengok bilik kau, lepastu kerusi belajar kau gerak sendiri, lepastu lampu bilik kau berkelip-kelip, lepastu aku dengar derap kaki tapi aku tak nampak apa-apa. Bijak gak tikus tu."

"Celah mana tikus gerakkan kerusi? Lepastu terbang main lampu? Lepastu jadi manusia sampai ada kaki? Tikus ada akal ke?"

"......." Izzudin diam. Nak kelentong Danial, dia sendiri terperangkap.

"Kau tahu ke bilik aku ni berpenghuni?" Danial sengaja menakutkan Izzudin.
"Tahu, Zafran ada cite. Tapi, aku masuk cuba nak comfirmkan something.. Hantu tu aku tak kacau, sebok je kacau aku."

"Duh, makan dalam." Mikail buat drama tengah bilik.

Danial berkerut dahi melihat Izzudin sekali lagi pandang bawah katil.
"Apsal dari tadi kau dok tengok bawah katil aku?"
"Kau rasa aku cari apa?" Izzudin turut menyoal sengaja.

"Aku takde masa lah nak bertekak teki dengan kau, kau cari apa ni?" Soal Danial dah garu kepala. Tak gatal pun.
"Aku, macam ada mimpikan seseorang. Dia macam sakit jantung. Rasanya dia sakit jantung kut, tapi benda yang aku nak cari tu benda yang dia pegang. Aku tak ingat. Dia baling bawah katil ni."

"Baling bawah katil?" Danial berkerut tak faham.
"Dia ingat mimpi tu ke? Tapi, aku bukan sakit jantung. Tu masa aku dah semput hidu gas." Ujar Mikail turut mendekat ke arah mereka.
"Haah, aku ingat dia baling something."

'Ke masa tu aku keluar mintak bantuan eh? Tinggalkan dia dalam bilik ni, tup-tup dia dalam almari. Sempat jugak dia baling barang.' Danial jeling Mikail yang turut bertinggung sebelah Izzudin.

"Macam mana kau tau ia dalam bilik aku?"
"Sebab aku dah tengok keadaan bilik aku, tak sama dalam mimpi. Aku usha bilik Zafran dengan yang lain. Pun tak sama. Jadi last, bila aku perasan keadaan bilik kau, macam aku pernah berdiri dalam bilik ni."

"Oh, kau mimpi apa tu?"
"Mimpi tu, macam nightmare."

Danial berkerut. Dia pun rasa yang dia alami memang mimpi ngeri. Tapi kejadian tu memang nyata.

"Kau ingat tak yang aku cakap pasal kolam belakang bilik kita?"
Danial angguk.
"Jangan bagitau sape-sape tau, mimpi aku macam satu petunjuk tau. Tahu-tahu memang ada kolam." Ceritanya penuh drama. Siap buat gaya ala-ala bulat dengan mukanya penuh kejutan.

Danial be like ' yes you are '
Mikail be like , yes you are '

Cuba bayangkan muka dua-dua macam ni ha 😑, Danial geleng kepala lepastu.

"Jadi, kau rasa apa bawah katil tu?" Tanya Danial sambil melihat-lihat lagi ke bawah lagi.

"Entah, tak ingat do aku mimpi apa masa tu.." Izzudin garu kepala kasar.

"Mungkin masa tu aku sorokkan kamera milik Nurul hari tu, tapi tu cuma badan kamera bukan memory card. Aku simpan dalam almari. Ada celah-celah bawah almari."

'Jadi, tu bukti yang aku nak sangat cari. Ia ada dalam almari selama ni.' Danial senyum meleret. Mikail mungkin beranggapan kemera terlalu besar untuk disumbat dimana-mana. Dan boleh jadi dijumpai orang yang tak mahu membela nasib roh-roh tak tenteram disana. Lebih kepada tak percaya manusia.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now