Danny menutup hidungnya. Aliya yang berbau busuk dihadapannya buat dia bengang.
"Kau pergi mandi sekarang." Arah Danny geram.
"Tak nak, nak macam ni je. Kan wangi.."
"Aduh hantu, busuk sia.., celah mana kau cakap wangi wehh..." Danny geleng kepala bawa diri menjauhi Aliya.
Aliya garu kepala yang tak gatal. Padahal dia sembur satu badan dia dengan air loji kumbahan terbaru yang baru dibina. Kawannya mengesyorkan untuk pakai. Katanya sangat wangi berbanding air loji yang lain.
"Wangilah, kenapa dia cakap aku busuk wehh , sedih aku dibuatnya.." Gumam Aliya sendu. Dia bawa diri ke tingkat atas.
.....
Bunyi ketukan dan salam dilaungkan di luar. Is yang berada dir ruang tamu membuka pintu.
"Ha, sampai pun. Aku ingat kau tak datang Danial." Ujar Is lalu menjemput tetamu tersebut.
"Ada Jamed sebab kemalangan kat tempat aku. Lalu je en, nampak kereta terbakar. Satu family.." Cerita Danial.
"Uish, Innalillah.." Datang Danny baru tiba di ruang tamu tersebut.
"Jadi, kau okey tak dalam perjalanan?" Tanya Danny lagi.
"Bolehlah, cuma terdetik jugak hati aku..Yang muda-muda dah menghadap Tuhan terlebih dahulu..Aku cemburu." Danial senyum kecil.
"Kita hidup kena teruskan hidup Danial." Tegur Is tepuk bahu Danial. Danial angguk.
"Kita hari ni tak ada latihan." Danny tiba-tiba bawak berita.
"Eh kenapa?" Hairan Danial, tak ke percuma je datang sekarang.
"Sebab kami penat, hari ni ingat nak keluar jenjalan. Tepi otak aku duk rumah ni." Ucap Is.
"Dengan Aliya pulak sejak akhir-akhir ni buang tabiat. Tak faham aku." Danny mengeluh.
"Kenapa dengan hantu tu?" Danial berminat nak tau. Yelah, kalau kes dia. Hantu semua seram. Kes Danny dengan Is, takde istilah seram dalam hidup mereka. Meremang je ada.
"Hmm, aku perasan jugak bau rumah ni.." Is menggosok hidungnya. Masa itulah Danial terkebil-kebil, mencium orama bau yang sangat....
"Ya Allah, busuknya..Ini, bau..Macam taik.."
"Kan.." Serentak Danny dna Is berkata.
"Apa terjadi?"
"Aliya, dia ingat perfume, jadi dia spray satu rumah dengan wangian entah mana dia kutip dekat hantu lain." Bengang Danny.
"Aku tak boleh marah dia sebab hantu tu memang lurus bendul sangat." Is serba salah.
"Bau sangat ke?"
"Arghh kau melompat tinggi!" Latah Is terkejut secara terundur-undur. Keberadaan Aliya disana sangat mengejutkan dia.
"Haah bau." Is setuju.
"Lain sangat bau kau ni Aliya. Kami tak suka. Rasa nak keluar rumah." Jujur Danny.
"Kau..Nak pindah keluar ke?" Aliya jadi sedih tak semena-mena.
"Itu kalau kau tak mandi sekarang, kalau tak aku akan keluar rumah.." Tak cakap pun nak pindah, keluar je kan..
"Manalah kau tibai bau macam taik ni Aliya.." Hairan Is sambil picit hidung.
"Ha, bau taik. Biar betul!? Cik ponti cakap ni bau limited edition, dia cakap manusia pasti datang dekat dengan kita. Tu dia cakap.."
Danial menganga. Is tepuk dahi. Danny,
"Tu guna punya hantu pontianak, tunggu malam ni.. Aku spray wangian pelindung satu pokok tu nanti.." Danny nak marah tak tentu pasal.
"Kau kena tipu ni Liya, wangian mawar cik ponti memang terdapat kat pokok tu. Bagi kami, bila bau wangi tu sebenarnya dekat. Bila bau busuk, kami tau diorang masih jauh. Sebab tu kena berwaspada." Danial ingatkan.
"La, percuma aku bagi nasi lebih semalam." Aliya merengus tak puas hati.
"Nasi? Nasi basi semalam? La, patutlah tiada. Kau rembat rupanya." Danny menggeleng.
"Kau rasa hantu tu sakit perut tak kalau makan nasi basi?" Fikir Is pula."Sakit kot.." Danial membayangkannnya.
"Kenalah tu dengan perbuatan dia. Berani dia scam Aliya aku yang lurus bendul ni, padan muka dia." Ucap Danny tersengih-sengih. Is tertawa, Danial senyum sahaja.
Aliya...
"Hmm, aku tukar perfume dulu. Lepas ni aku takkan tertipu lagi dekat Cik pintu."
"Kalau dia scam kau lagi bagitau aku. Tahulah aku nak buat apa." Ucap Danny dah Gayang abang.
"Kau nak buat apa?" Is musykil.
",Aku tebang pokok belakang flat ni. Biar padan muka dia." Danny gelak jahat. Keluar tanduk di atas kepala. Bayang je."Aliya, pergi mandi. Tak payah layan hantu Danny ni." Tegur Is.
"Ha pergi-pergi. Jangan buat kami pulak jadi hantu." Halau Danial pula tersengih-sengih.
"Manusia-manusia.....Memang menyeramkan..." Aliya tak nk cari pasal. Membawa diri pergi dari situ.
Cik ponti.
"Hachumm! Uish, nak demam ke ni..Perut aku pulak ni dari tadi memulas. Aduh sakit.."
YOU ARE READING
HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES C
HorrorHorror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbiasa dengan kehadiran roh yang tidak aman itu sejak dari kecil. Imannya tidaklah sekuat mana dan dia j...