Sebelum kejadian
"Jadi kau nak cakap, mamat tu tahu tentang kerja kita?" Lelaki itu, Hafiz Tarmizi.
"Ya, aku rasa budak tu tahu. Kita terlepas bukti ke dalam rumah tu?" Hairan Zati. Dia dah cari maklumat tentang rumah lama itu yang kini pemegang utama rumah itu adik bongsu mereka. Adik mereka menyewakan rumah itu.
"Kau rasa ni kerja Zamri ke?" Hafiz berserkap jarang tentang adiknya itu.
"Kau rasa?" Zati juga sama berasa curiga. Siapa tak risau dengan perkara yang mereka lakukan? Boleh jadi bisnes mereka lingkup kalau semuanya terbongkar.
"Apa kata kita beli rumah tu?" Cadang Zati memberi usul.
"Tapi tu atas nama Zamri. Kita mana nak dapat ambik alih macam tu je." Ujar Hafiz menghela nafas lemah.
"Kau yakin? Aku banyak idea ni." Zati yang merasa diri cerdik pandai itu menarik perhatian Hafiz.
"Apa dia?"
...........
Keesokan harinya...
"Kak, tu rumah arwah abah. Zam sayang rumah tu." Zamri dan isterinya bermuka simpati. Sedih melihat ketegasan kakaknya Zati itu.
"Hey! Kau dengar sini! Dari kau sewakan untuk orang lain, baik kau jual rumah tu kat aku. Aku dah plan nak kahwin hujung tahun ni, jangan berkira sangatlah!." Marah Zati.
Zamri menghela nafas lemah. Isterinya dipandang. Sumpah dia memang tak nak jual rumah tu kepada kakaknya. Itu permintaan abahnya secara peribadi.
"Tapi kak, Zam sumpah nak kekalkan namanya ke atas nama Zam. Zam pun, nak tinggal dalam rumah tu nanti bila kami lahirkan cahaya mata kami kali ni." Rayu Zamri sambil memegang perut isterinya yang sudah membesar seperti bola.
"Kau ni memang kerja buat anak je. Patutlah suami kau makin hari makin kurus aku tengok, rupanya menjaga kau ni. Kau Zamri, kalau kau tak nak jual rumah tu kat aku, kau tukarkan nama kau kepada nama aku. Aku tak nak bini kau dapat rumah tu. Aku tak percaya perempuan ni." Luah Zati jujur dan tak berperikemanusiaan.
"Apa!? Kak! Kami dah bersama puluhan tahun, apa salahnya nama rumah tu dipindahkan atas nama dia kalau Zamri takde!? Dia yatim piatu kak." Zamri marah, bininya dibela adil.
"Sebab dialah keluarga kita ni mati! Dia ni pembawa sial kau tahu tak!"
Dengan berangnya Zamri naik tangan. Akhirnya wajah Zati dilempang.
"Kau ingat kau kakak aku boleh mengata keluarga aku!? Kalau macam ni sikap kau, aku tak nak tengok muka kau! Berambus kau dari rumah aku sekarang!" Zamri dah berang. Dia ditenang isterinya disisi.
"Sabar bang." Isterinya risau.
"Okey! Kau jangan ingat aku duduk diam. Aku bawak perkara ni ke mahkamah. Kita settle dekat sana. Kalau kau tak nak serahkan rumah tu, aku akan guna kuasa pewaris. Siapa layak untuk tukarkan nama rumah." Ucap Zati riak. Dia puas hati setelah memprovok adiknya itu. Zati keluar dari rumah itu.
Zamri terpempan, ya dia tiada kuasa untuk membantah kerana hakikatnya bukan dia yang membuat keputusan begitu. Sejak kematian abah mereka, aset-aset harta semuanya dikebas kakak dan abangnya, dia tak layak menjaga apa-apa. Jadi permintaan untuk memberi rumah arwah adalah permintaannya. Sekiranya kakaknya mengambil balik, dia tidak tahu macam mana nak dijelaskan kalau itu sebenarnya permintaan abahnya secara peribadi.
.
.
.
.Done throwback
"Abang.." Suara isterinya yang lembut menyedarkan dia dari lamunan.
![](https://img.wattpad.com/cover/317791894-288-k934530.jpg)
YOU ARE READING
HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES C
HorreurHorror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbiasa dengan kehadiran roh yang tidak aman itu sejak dari kecil. Imannya tidaklah sekuat mana dan dia j...