Rumah berhantu : 1

287 26 0
                                    

Danial terkebil-kebil melihat segala beg dan laguage yang dipindahkan ke lori. Dia memandang ibu ayahnya berborak dengan pemandu lori itu.

Manakala kakak dan abangnya sibuk berpunggah barang walaupun tampak mereka juga belum menukar pakaian sekolah.

"Kenapa ni bang?"
"Oh, ni ayah dapat pertukaran pekerjaan mendadak kat Gombak, kita pun terpaksa pindah sekolah." Ucap abangnya tanpa pandang dia.
"Takde ribut takde angin, takkan tak diberitahu awal-awal." Danial bersunggut.
"Dah diberitahu dah, tapi ayah tak sedar surat kontraknya jatuh belakang peti sejuk, nasib ibu perasan." Tambah kakaknya pula Amy.

"Aduh, barang-barang aku macam mana?" Lekas Danial masuk ke rumah. Tengok-tengok je semua barangnya dah lesap. Sah ibunya sudah menyumbat segala barang yang tak patut dilihat seperti majalah dewasa.

"Malaweih." Danial mengeluh.

..........

Sampai sahaja di destinasi, rumah banglo besar menjadi tatapan mereka.
"Serieslah kita duduk banglo?" Sukar hendak percaya mereka duduk di rumah besar sekarang.

Danial memandang sekeliling. Boleh dikatakan hampir setiap ceruk ada penghuni. Lekas-lekas Danial mengambil beg laguage di bonet kereta. Tak sedia nak cipta musuh di awal hari.

Manakala lori sewa bersedia menurunkan barang-barang mereka.
Tak nak Danial melihat keadaan rumah baharu itu.
"Nial, ada penghuni tak rumah ni?" Datang ayahnya berbisik.
Danial mengangguk. Si ayah garu kepala.

Izzudin, Zafran saling berpandangan. Bisik antara Danial dengan ayah mereka sudah menaikkan bulu roma.

"Nak azankan tak ayah?" Tanya Huda pula. Amy sibuk bantu ibunya.

"Kita kemas dulu, nantikan ayah azankan."

..........

Di dalam bilik itu, Danial berpura-pura memungah barang dalam begnya ke almari. Namun sosok berbaju putih bersalut darah sedap duduk mencangkung di dalam almari pakaiannya. Danial buat kerja serba tak kena.

'Banyak-banyak tempat kenapalah dia dalam almari, aduh.' Pucat riak Danial. Jangan dihampiri sudah. Dia ni bukannya berani sangat. Minyak wangi dibelinya dari Danny pun tidak sempat pakai sekarang.

"Weh."

Terlontar seluar dalam Danial dek terperanjat oleh panggilan abangnya Izzudin.
"Apa? Kau tak reti bagi salam ke?" Geram Danial buatkan Izzudin tersengih.
"Oh, ade eh dalam bilik kau?"
"Mulut tu berlapik sikit, kang naya kau didatangi 'mereka.' " Danial berbalas sambil senyum menyengih.

Izzudin mencebik.
"Tolong aku jap, tengokkan bilik aku. Boleh?" Pinta Izzudin cantumkan tangan. Belum sempat Danial berkata, datang pula Huda dan Amy.
"Ha, sekali bilik kamilah." Tambah Amy tersengih.

"Aku ni jadi tukang tilik bilik korang ke? Upah mana upah?" Danial tak puas hati disuruh-suruh melihat. Sejak mendapat kelebihan begitu, melebih-lebih pula adik beradiknya.

"Aku bagi RM10." Izzudin angkat tangan.
"Aku masakkan kau makanan kesukaan kau mula esok sampai lusa." Amy senyum bangga.
"Memandangkan bilik aku sekali dengan Amy, jadi aku tolong kemas bilik kau lepas ni." Huda senyum semanis mungkin.

"Okey deal."

Danial meronda-ronda seluruh bilik-bilik yang dipinta. Dari bilik Izzudin yang kosong tidak berpenghuni itu, darilah bilik Amy dan Huda yang mempunyai hantu kanak-kanak kecil.

Namun, ini kali pertama Danial melihat hantu kanak-kanak comel itu. Hantu itu menyedari pandangan ke atasnya namun tidak peduli kehadirannya. Pelik.

"Setakat ni bilik kau takde, cuma adalah roh budak kecik main masuk bilik kau kalau bilik kau ni suram Izz." Ucap Danial berbisik dengan Izzudin. Sengaja menakutkan Izzudin. Bukan dia tidak tahu yang Izz ni kaki rokok dalam bilik, pengotor dan tidak sesekali membuka tingkap dek dikatakan cahaya silau.

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now