Rumah berhantu : 10

212 20 0
                                    

Danny meletakkan beg sandangnya ke atas katil, katilnya berkongsi dengan Is yang sekarang tengah mandi. Di penjuru bilik, ada dua hantu yang seakan sebayanya. Tapi tampak muda. Mereka memandangnya tajam.

"Kau cakap tadi ni kawan budak Danial kan?, asal aku rasa aura dia lain macam?"

"Manala aku tahu, apa yang samanya mereka guna minyak wangi busuk tu." Ucap Mikail mula hendak melangkah keluar dari bilik itu.

Namun, kali ini Victoria dan Mira pula masuk ke bilik tetamu itu. Mikail berhenti disana. Nak tengok jugak apa dibuat Mira ni.
"Uish, banyak hensemnya bang. Hahaha." Mira bergurau. Berubah raut muka Azman, dengan selambanya Azman menarik kolar baju Mira lalu dibawak keluar. Mikail geleng kepala.

"Victoria, jum keluar. Kenapa ni?" Hairan Mikail melihat raut wajah Victoria yang teruja dengan kehadiran Danny.

"Abang ni ada khawan sama macham kita jughak." Pelat dia berkata sambil jari telunjuknya lurus menghadap Danny yang ketika itu sedang mengeluarkan baju untuk dipakai selepas ini.

"Jangan dekat dengan dia, nanti Victoria cedera. Bahaya manusia ni tau." Pesan Mikail cuba membawa Victoria keluar. Hampanya, Victoria enggan. Masih berdiri teguh dengan mulut gelembungnya.

"Hmm, yalah-yalah. Victoria duduklah sini, tapi jangan berani dekat tau. Nanti Victoria cedera." Pesan Mikail risau.

"Ay, Ay kapten."  Victoria tersenyum lebar.

Mikail terus keluar dari bilik itu, tidak tahan dengan bau di tubuh Danny. Entah mengapa Victoria semacam berminat pula dengan kawan-kawan Danial ni.

Bunyi pintu tandas terbuka. Muncul Is yang usai mandi. Danny berpaling, Is terkaku dan menatap satu susuk tubuh genit dihadapannya.

"......."

"Uwahhhhhh! Comelnya! Macam anak patung!" Terus Victoria dihadapannya diterkam. Victoria bergelak tawa apabila dirinya dipeluk ceria oleh Is.

Danny yang melihat sudah ternganga.

"Oii Is,"

Is tak berpaling, sibuk sukat tubuh badan si kecil, lalu dipadankan pula dengan mana-mana baju comel yang entah muncul dari mana. Macam magic.

"Wah, kalau dia dibuat cosplay Nezuko-chan mesti kawaii (comel) gila." Mata Is dah ber bling-bling bintang. Comel do budak perempuan dihadapannya itu.

"Oi, Is. Kau dah tak boleh bezakan hantu dengan manusia lagi ke?" 😑

Krik

Krik

Krik

Is diam, tapi tangannya masih bergerak mencubit pipi si Victoria kecil.

"Is!" Nak naik marah Danny.

"Ala, dia budak lagi. Ni siapa nama?"

Danny geleng kepala, ditimang-timangnya pulak budak hantu tu, susah nak cakap dengan Is yang terlebih minum susu Anmum ni.

"Victoria! Abhang siapa name?"

"Oh may god Danny, she so cute Danny!" Is gocang tubuh Danny, bagi kegilaannya berjangkit dengan Danny. Danny be like,

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now