Rumah berhantu : 17

300 25 0
                                    

Danial berpeluk tubuh. Kereta polis bersama lampu biru merahnya tiada tanda-tanda mahu berhenti. Pasukan bomba juga tidak lepas keluar masuk.

Dari jauh, terlihat ayahnya memberi keterangan. Mujurlah sudah mempunyai alasan mereka berpindah dan mendiami rumah Hafiz.

Ayah Danial menghampiri Danial.
"Disebabkan apa yang berlaku, ayah terpaksa hadir ke mahkamah minggu depan untuk memberi keterangan lanjut." Ayahnya berdecak lemah. Sukar meramal kegiatan anaknya.

"Polis takkan buat apa-apa ke atas keluarga kita kalau kita mempunyai bukti kukuh. Lagipun, ini bukan kerja kita. Nial cuma bagi satu keluarga ni berjumpa." Danial tersenyum tipis.

"Hakikatnya, encik Hafiz hilang. Dan Puan Zati koma. Ini sudah membuatkan keluarga kita jadi bahan media Danial."

Danial menatap ayahnya.
"Maafkan Nial menyusahkan ayah. Tapi ini satu-satunya cara kita selamatkan diri dari gangguan tu. Nial tak nak kehilangan sesiapa. Lagipun, Nial tak nak kita bertambah masalah nak cari rumah lain. Jadi, masalah ni kita boleh berbincang dengan encik Zamri memandangkan hanya dia satu-satunya pemegang aset adik beradiknya. Kita tiada pilihan lain berteduh di rumah encik Hafiz." Jelas Danial persatu tentang rancangannya sebelum ini.

"Hmm, tak mengapalah begitu. Lagipula, encik Zamri berterima kasih kat kamu Nial. Kerana memberi pengadilan ke atas anak-anaknya." Ayah Danial mengusap kepala Danial lembut.

Danial berdiam. Dia sendiri yang menyambung permainan yang telah dilenyapkan empat tahap n lepas. Jadi, dia tidak perlu rasa gembira. Entah kenapa, senyumnya melebar. Dia puas.

Dia puas membalas dendam. Mimpi yang dialami yang nyata itu akhirnya mampu dibalas kan juga.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Di rumah Danny.

Danny menatap lama berita yang terpampang di skrin telefonnya. Dalam diam sebenarnya, tidak bersetuju sangat dengan idea Danial yang terlalu bahaya.

Namun, dia tiada hak untuk masuk campur memandangkan Danial terlihat tiada apa-apa dan dalam keadaan baik sahaja.

"Hmm, tak sangka watak utama kali ni Mikail." Ucap Is disebelah turut panjangkan lehernya ke sisi. Rapat ke Danny.

"Hakikatnya tiada siapa yang tahu Danial dirasuk oleh Mikail. Kalau hantu tu buat apa-apa yang membahayakan Danial, kita tiada pilihan lain masuk campur." Danny letak henfonnya ke meja.

"Tapi sekarang semuanya dah berakhir. Mereka dah bebas." Is minum airnya. Mata mereka kembali menatap tv.

"Tapi, encik Hafiz hilang."

Danny dan Ia saling berpandangan. Aliya yang selamba makan kentang goreng dengan polosnya membalas pandangan mata secara terkebil-kebil.

"Apa? Betullah." Aliya jengkit bahu. Malas peduli tatapan Is dan Danny. Fokusnya menghala ke TV.

"Rasanya, kita tak payah masuk campurlah Dani. Settle macam ni jela." Risau Is. Danny mengangguk setuju.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jauh dari pedalaman hutan, terlihat seorang manusia bertubuh penuh luka diikat dengan akar hutan di sebatang pokok.

Matanya menatap tajam ke tanah. Seketika, terdengar tawa darinya.

"Hahaha! Kau semua dah mati! Kau semua dah mati! Hahaha! Aku dah bunuh kau semualah hahaha!"

Dihadapannya kini, terdapat Mira dan yang lain, berkumpul dan menatap Hafiz tajam. Dalam diam, mereka menyeksa Hafiz sampai jadi gila.

Biarlah dijumpai pihak berkuasa sekalipun, namun inilah satu-satunya membuka mulut Hafiz.

"Kau semua dah mati!"

Jeritannya meliar ke seluruh hutan. Biarlah keadaan seperti itu sehingga Hafiz kehilangan akal sehatnya. Menjadikan Hafiz gila adalah permainan mereka saat ini.















End







Sorry for late update n setia menu ggu. Sorry to say, but I don't have much time to write. I'm struggling next sem. So, wish me luck. And thank you support me. If I have idea again, maybe next time I write in this book.

Have a nice day. Thank you so much you guys! 💕

HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now