"Oi oi oi, ape ni?"
Danny menahan ledak tawanya. Melihat Aliya berpakaian serba putih tetapi cantik itu membuatkan dia mula tahu sebab apa.
Ameer dan Is saling berpandangan, apa ni Danny?
"Aku tak akan bagi Ameer tengok kau. Dengan kau macam ni? Huh, aku tak sangka hantu pun ada hati?"
Danny selamba melepasi Aliya. Beg pakaiannya dicampak atas sofa.
"Asal Dani?" Hairan Ameer. Is pulak balik ke bilik. Tak nak join.
"Setan tetap setan. Kau tak layak bersama manusia." Ucap Danny selamba tanpa sedar menyakiti hati Aliya.
Tv dihadapan dibuka.
Balik-balik sahaja, wajah Aliya yang cantik menyapa muka. Even pucat, nampak manisnya.
Dia. Sedikit cemburu?
"Aku pun nak kenal housemate kau, salah ke?" Soal Ameer berjauh hati.
Danny berpaling.
"Bukan kau just datang untuk tengok keadaan aku? Make sure kau jangan salah niat balik Malaysia." Tegur Danny sekalipun mendiamkan Ameer."Kau jahat Danny!"
Terpelanting satu pasu ke arah Danny, namun Danny mengelak baik. Ameer yang melihat situasi tersebut terkebil-kebil.
Tak sangka hantu Aliya teringin berkenalan dengannya.
"Mungkin belum tiba masanya Aliya, kau jangan berkecil hati. Ini untuk kebaikan bersama." Ucap Ameer sambil tersenyum.Aliya yang mendengar menahan tangis. Memuncung menahan sakit hati dengan Danny.
Dia suka Ameer. Jatuh cinta pandang pertama? Tidak. Dia hanya sekadar ingin berkenalan. Siapa tak teringin mengenali oppa? Huishhh
Danny yang mendengar, mencuri lihat reaksi Aliya. Wajah itu mencuka. Pucat sepucatnya kembali. Tidak bersinar seperti tadi.
"Jaga batas." Tegur Danny lagi sehinggalah Ameer membawa diri keluar dari rumah. Tujuannya sudah dilaksanakan.
Memastikan Danny balik dalam keadaan sihat dan selamat. Ameer menyalami Danny.
"Is aku balik dulu!"
"Ya!" Sahut Is dari dalam bilik.Pintu utama akhirnya ditutup dari luar.
Aliya mendengus.
"Apa masalah kau? Aku cuma nak kau buka hijabnya seketika. Kami hanya ingin berborak."
Danny mencebik.
"Ia tak termasuk dalam perjanjian kita Aliya. Jadi kau, jangan nak terlibat dengan manusia. Bukan kau boleh tahu mana manusia baik dan jahat."
"Kau yang jahat!"
"Ya, aku tahu aku jahat. Kau tak sedar ke? Selama ni aku cuma nak rumah ni. Dan aku penuhi permintaan kau. Adilkan?"
"Kau berubah Danny."
"Manusia boleh berubah."
'Padahal aku cuma duduk dua minggu je kat hospital, celah mana aku berubah tu.' Ucap hati Danny sendiri.
YOU ARE READING
HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES C
TerrorHorror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbiasa dengan kehadiran roh yang tidak aman itu sejak dari kecil. Imannya tidaklah sekuat mana dan dia j...