Danial pening. Bukan sebab apa yang berlaku ke atas dirinya sekarang, tetapi keluarganya.
"Dik, kau orait tak orait ni? Sejak kebelakangan ni kau asyik pengsan." Bebel si kakak kedua risau. Namanya Amylin. Lebih dikenali sebagai Amy.
"Hospital cakap pun dia tak ada penyakit apa-apa." Ujar ayahnya sambil picit dahi.
"Tapi dokter cakap, dia pengsan sebab kejutan melampau. Tekanan darahnya tinggi mendadak dek terlampau terkejut." Ujar ibunya pula.
"Kau terkejut apa dik?" Tanya abang sulung, Zafran.
"Kau ada masalah ceritalah." Ucap kakak keempat, Huda.
"Masalahnya dari semalam tak bukak mulut. Menyusahkan kerja orang, kita nak tolong dia." Bebel abang ketiga, Izzuddin.
Danial tak berani mengangkat kepala untuk bercakap, dia takutkan sesuatu disebalik tiang rumahnya. Ada lembaga berbaju kurung lusuh sedang memandanginya tajam.
"Danial, cerita kat ibu. Kenapa diam je ni?" Risau ibunya.
Danial mengangkat kepalanya perlahan-lahan lantas melihat wajah ibunya sahaja.
"Sebenarnya ibu, Danial.."
Semua tekun mendengar.
"Danial nampak hantu.".........
Danial meletakkan Al-Quran disebelah katilnya, surah-surah pelindung dibaca dan air yang dibacanya dispray di seluruh bilik.
Cukup penat tapi lagi sakit bila perkataan ditolak mentah-mentah oleh keluarganya. Apatah lagi kesemua adik beradiknya menggelakkan dia dan menganggapnya bergurau. Sedangkan dia sekarang, bergelut untuk menyelamatkan diri sendiri. Cuba mengatasi ketakutan sendiri. Cuba untuk tidak mengambil peduli.
Danial terus baring ke katil. Semoga hari esok dia boleh menjalani hari biasa.
.......
"Kamu dah kenapa Danial? Termenung dari tadi?"
Danial tersentak. Kehadiran guru wanita dihadapan mejanya membuatkan dia menggeleng.
"Maaf cikgu, saya rasa saya tak sedap badan." Tipu Danial. Sebenarnya, dia cuba mengelak memandang sesuatu yang setia menunggu di pintu kelas. Hantu itu dari tadi merayau-rayau di koridor kelasnya. Dia tidak boleh memberi perhatian.
"Kalau kami tak sedap badan, kenapa kamu datang sekolah? Aish kamu ni, menyusahkan cikgu tau, menyusahkan kawan-kawan kamu juga. Mereka hendak belajar. Tapi disebabkan kamu, pelajarannya jadi tergendala. Kenapa...."
Belum pun habis guru wanita itu membebel, Danial terus mengangkat punggung dan membawa begnya. Tindakannya agak kurang ajar, namun itu lebih baik dari menghadap lembaga yang dari tadi mengintainya di tingkap. Danial tak senang duduk. Macam-macam benda hendak mendekatinya kalau dia menyedari kehadiran mereka.
"Kamu nak kemana Danial!?"
"Maafkan saya, saya minta izin dari guru kelas untuk balik, saya betul-betul tak sihat." Ucap Danial menahan gemuruh. Takut mula menguasai.Tanpa sebarang jawapan dari guru wanita itu, Danial terus keluar dari situ dan keluar dari sekolahnya.
Dia ketakutan.
Sebaik sampai di stesen bas, dia duduk menunggu disana. Tiada sesiapa disitu memandang sekelilingnya sangat sunyi.
Sekali lagi ketakutannya menguasai diri.
YOU ARE READING
HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES C
HorrorHorror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu tu menakutkan dan sangat seram bila dibayangkan. Tapi tidak Danny, yang sudah lama terbiasa dengan kehadiran roh yang tidak aman itu sejak dari kecil. Imannya tidaklah sekuat mana dan dia j...